Berdasarkan Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683
masihi), kerajaan Srivijaya asalnya didirikan oleh Dapunta Hyang Sri
Jayanasa yang memimpin satu armada dengan 20,000 bala tentera dari
Minanga Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat
lain yang ditemui di Kota Kapur di Pulau Bangka (686 masihi), Karang
Birahi di Jambi Hulu (686 masihi) dan Palas Pasemah di selatan
Lampung, menceritakan peristiwa yang sama. Dari keterangan batu-batu
bersurat ini, dapat disimpulkan yang Jayanasa mendirikan Kerajaan
Srivijaya setelah mengalahkan musuh-musuhnya di Jambi, Palembang,
Selatan Lampung dan Pulau Bangka. Asal usul Jayanasa dan kedudukan
sebenar Minanga Tamwan masih diperdebatkan ahli sejarah, ada yang
berpendapat armada yang dipimpin Jayanasa ini berasal dari luar
Sumatera, berkemungkinan besar dari Semenanjung Tanah Melayu.
Berdasarkan Prasasti Sojomerto yang dalam tulisan Kawi dan berbahasa Melayu Kuno merupakan peninggalan Wangsa Sailendra yang ditemukan di Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Kabupaten Batang, Jawa Tengah, menyatakan yang Dharmasetu, Maharaja Srivijaya juga merupakan penguasa Wangsa Sailendra, menitahkan pembinaan beberapa mahligai dan santuari yang didedikasikan untuk Bodhisattva Padmapani, Vajrapani dan Buddha. Ini merupakan antara bukti terawal mengenai kewujudan hubungan kekeluargaan di antara Kerajaan Srivijaya dengan Sailendra semasa Sailendra dibawah kekuasaan Srivijaya. Dewi Tara, puteri kepada Dharmasetu mengahwini salah seorang kerabat Wangsa Sailendra bernama Samaratungga yang kemudiannya menaiki takhta Srivijaya sekitar tahun 792 - 840 masihi. Beliau yang membina candi Borobudur bermula pada tahun 824 Masihi.
Dalam Prasasti Ligor mengambarkan dua Mahajara iaitu Prasasti Ligor A menceritakan tentang seorang raja Sri Vijaya bernama Dharmasetu, merupakan raja-raja di dunia, yang membina Caitya Trisamaya untuk Kajara dan dalam Prasasti Ligor B bertarikh 775 Masihi yang ditulis dalam skrip Kawi, mengandungi maklumat tentang seorang raja yang bernama Visnu yang memegang gelaran Sri Maharaja. Dari itu, didalam tahun akhir-akhir era Rudra Vikraman, terdapat dua Maharaja Kerajaan Srivijaya iaitu Dharmasetu berkuasa disekitar kepulauan Sumatera dan Jawa, manakala Maharaja Visnu, gelaran buat Rudra Vikraman (atau mungkin dari generasi beliau) berkuasa disekitar Semenanjung Tanah Melayu sehingga keselatan Siam.
Berbalik kepada kisah Rudra Vikraman atau Raja Suran, semasa kerajaan Srivijaya dibawah Maharaja keturunan Wangsa Sailandra, dipercayai keturunan Rudra Vikraman ini hanya menjadi penguasa tempatan di Semenanjung Tanah Melayu dibawah kerajaan Srivijaya, manakala pusat pemerintah utama adalah dibawah keturunan Wangsa Sailandra.
Setelah berabad-abad kemudian, salah seorang dari keturunan ini bernama Sang Sapurba kembali ke Palembang berkahwin dengan Wan Sundaria, anak gadis Demang Lebar Daun, yang merupakan penguasa Palembang waktu itu. Hasil perkahwinan ini melahirkan 4 orang anak, 2 orang anak perempuan, Putri Sri Dewi dan Putri Chandra Dewi dan 2 orang anak lelaki, iaitu Sang Mutiara dan Sang Nila Utama. Dan seterusnya dari keturunan Sang Nila Utama, lahir Dharmaraja (1344 – 1414 Masihi) dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara (Iskandar Shah) di Temasik ( Singapore hari ini) yang kemudianya mendirikan kekerajaan Melayu Melaka.

No comments:
Post a Comment