Sulalatus
Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan
di Hilir, Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Menurut Windstedt, Sejarah
Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 Masihi
dan siap pada tahun 1615 Masihi. Sulalatus Salatin menceritakan
keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan Iskandar
Zulkarnain hingga ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Uniknya kitab
ini, biarpun ia diarah ditulis untuk menyatakan keturunanan raja-raja
Melayu, didalamnya bukan hanya menyampaikan maklumat akan ketaatan
serta kemuliaan raja-raja tetapi juga kritikan kepada raja-raja
Melayu dahulu dimana ia bukan suatu kitab yang ditulis hanya untuk
membesar-besarkan nama raja-raja Melayu tetapi suatu kitab yang cuba
membawa generasi seterusnya terjun kedalam alam asal-usul keturunan
mereka.
Dari
itu, saya berpendapat, kisah Merong Wangsa yang dikaitkan dengan
Zulkarnian, raja agung yang menguasai dunia Timur-Barat, bukan
semata-mata untuk mengangkat darah kerajaan (sebagaimana ada pihak
yang mendakwa kisah Zulkarnian ini sengaja diselitkan untuk
mengambarkan keagungan darah raja Melayu) tetapi sememangnya ada
kaitan hanya-sanya diwaktu ianya dicatitkan, maklumat-maklumat
terdahulu terutamanya sebelum zaman Sang Sapurba adalah terlalu cetek
atau sedikit lalu hanya digabung sedikit-sedikit dari apa yang
diketahui waktu tersebut.
Hanya
dalam dekat ini, satu demi satu kesan sejarah lepas dapat dikaji
seperti contohnya kewujudan Sungai Batu di Lembah Bujang sebagai
suatu pusat penempatan serta pusat lebur besi yang jauh tarikh
waktunya dari yang diketahu sebelum ini iaitu sedari abad-abad
sebelum Masihi. Dari itu, boleh sahaja sejarah kewujudan pemerintahan
kerajaan Melayu jauh lama dari yang diketahui dan malah Merong
Wangsa bukanlah pemerintahan yang pertama kerana dikatakan
pemerintahan Merong Wangsa wujud hanya diabad ke-2 selepas Masihi.
Hatta
tidak keterlaluan kalau dikatakan dizaman Zulkarnian dimana beliau
telah pergi menjelajah seluruh benua, Zulkarnian telah sampai ke
Benua Nusantara dan darinya lahir keturunan yang ada kaitan dengan
bangsa Melayu (saya tetap berpendapat Zulkarnian bukan Alexendra the
great kerana zaman beliau jauh lebih awal, sebagaiman mana dikatakan
Zulkarnian melakukan haji dengan nabi Ibrahim dan nabi Ibrahim ada
pendapat menyatakan beliau telah sampai jauh ke bahagian timur Asia.
Dikatakan asal agama Hindu adalah agama Ibrahim, monotheis dan
perkataan kasta tertinggi dalam agama Hindu iaitu Bramin adalah
dikatakan dari nama nabi Ibrahim, hanya-sanya setelah lama berlalu,
agama Ibrahim bertukar rupa sehingga dikenali sebagai agama Hindu).
Al-Qurtubi
pula menyebut dia hidup pada zaman Nabi Ibrahim atau awal sedikit dan
membawa agama tawhid Nabi Ibrahim. Beliau dipercayai sebagai bangsa
Arab berdasarkan riwayat dan puisi-puisi arab, menceritakan beliau
berjalan kaki untuk menunaikan haji dan dan telah bertemu dengan Nabi
Ibrahim serta melaksanakan tawaf bersama-sama pada 2000 BC.
Dalam Almuhadlarah al-Awali, kitab yang dikutip Ibnu Katsir, disebutkan, suatu ketika Nabi Ibrahim AS bertemu dengan Zulkarnain di Mekah. Nabi Ibrahim memeluk dan menjabat tangan Zulkarnain serta memberinya bendera. Lalu ia mengikuti syariat yang dibawa oleh Nabi itu dan menyeru kepada manusia agar berpegang teguh pada syariat tersebut.
Hal ini dikuatkan kembali oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh salah seorang sahabat Nabi s.a.w , Ubaid bin Umair dan anaknya, Abdullah, yang menyatakan, selama masa jayanya, Iskandar Zulkarnain pernah melaksanakan haji dengan berjalan kaki. ketika Nabi Ibrahim mendengar berita tersebut, beliau menemuinya seraya menyeru kepada agama Tauhid dan memberikan beberapa nasihat. Nabi Ibrahim juga membawakan Zulkarnain seekor kuda agar dinaikinya. Akan tetapi Zulkarnain menolak, seraya berkata, “Saya tidak akan menaiki suatu kendaraan di suatu tempat yang di dalamnya ada Ibrahim Al-Khalil, yang dikasihi Allah.”
Dalam Almuhadlarah al-Awali, kitab yang dikutip Ibnu Katsir, disebutkan, suatu ketika Nabi Ibrahim AS bertemu dengan Zulkarnain di Mekah. Nabi Ibrahim memeluk dan menjabat tangan Zulkarnain serta memberinya bendera. Lalu ia mengikuti syariat yang dibawa oleh Nabi itu dan menyeru kepada manusia agar berpegang teguh pada syariat tersebut.
Hal ini dikuatkan kembali oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh salah seorang sahabat Nabi s.a.w , Ubaid bin Umair dan anaknya, Abdullah, yang menyatakan, selama masa jayanya, Iskandar Zulkarnain pernah melaksanakan haji dengan berjalan kaki. ketika Nabi Ibrahim mendengar berita tersebut, beliau menemuinya seraya menyeru kepada agama Tauhid dan memberikan beberapa nasihat. Nabi Ibrahim juga membawakan Zulkarnain seekor kuda agar dinaikinya. Akan tetapi Zulkarnain menolak, seraya berkata, “Saya tidak akan menaiki suatu kendaraan di suatu tempat yang di dalamnya ada Ibrahim Al-Khalil, yang dikasihi Allah.”
Merong
Wangsa dengan putera Rom bernama Marcus Aurelius ( 26
April 121 – 17 March 180 Masihi) adalah
dua individu yang berbeza. Marcus Aurelius bukan berdarah Zulkarnia
sedang Merong Wangsa adalah berasal dari benua Nusantara berdarah
keturunan Zulkarnia dan beliau amat gemar mengembara sehingga disuatu
ketika dipelabuhan India, beliau bertemu dengan rombongan Putera dari
Rom tersebut yang berhajat ke China lalu membantu mereka dengan
melalui laluan Nusantara. Dalam tempoh-tempoh abad pertama dan abad
kedua, ada sejarah yang mencatatkan hubungan pertama antara Rom dan
China. Rombongan pertama pihak Rom sampai ke China adalah direkodkan
pada tahun 166 Masehi oleh Hou Hanshu. Duta Rom ini datang mengadap
Maharaja Huan dari Dinasti Han.
Sebelum
itu, pada tahun 97 Masehi, jenderal China bernama Ban Chao juga
pernah berusaha untuk mengirim dutanya bernama Gan Ying ke Rom namun
Gan dihalangi oleh pihak Parthia (Parsi) semasa menuju Teluk Parsi.
Kebetulan sedari dahulu adanya permusuhan antara Parthia (Parsi)
dengan Rom. Hanya selepas beberapa dekat kemudian barulah terjadi
hubungan diplomatik ini dimana salah satu orang pertama yang
tercatat, yang diyakini berasal dari kaisar Antoninus Pius atau
putera angkat beliau bernama Marcus Aurelius dikatakan datang ke
China pada 166 Masehi. Bukti ini dikukuhkan dengan adanya duit
syiling Maximianus serta pingat-pingat dari masa
pemerintahan Antoninus Pius dan Marcus Aurelius di daerah Jiaozhi
(hari ini dalam Vietnam) dimana dikatakan ditempat ini menjadi
pendaratan pertama pihak Rom. Sebegitu juga terdapat Perangkat kaca
dan perak Rom ditemukan di China seawal zaman Han
serta di Jepun.
Tarikh
kedatangan rombongan pertama pihak Rom datang ke China adalah hampir
sama dengan tarikh Merong Wangsa kembali ke Lembah Bujang dengan
putera Rom, menjadikan adanya teori bahawa semasa Merong Wangsa
merantau ke benua India, beliau telah bertemu dengan putera Rom
disuatu pelabuhan lembah Indus dan atas hajat putera Rom mahu ke
China, Merong Wangsa telah menunjukan putera Rom jalan singkat
melalui Nusantara iaitu melalui pelabuhan Lembah Bujang dimana dalam
pada itu, beliau telah menjemput Putera Rom tinggal berehat buat
seketika di Lembah Bujang.
Di
India sendiri, waktu tersebut telah wujud banyak pelabuhan yang
menghubungkan perdagangan Timur-barat seperti pelabuhan Barbaricum
(hari ini dinamakan Karachi), Barygaza, Muziris, Korkai,
Kaveripattinam dan Arikamedu yang terletak diselatan Benua India.
Waktu tersebut pun, memang telah sedia ada pengangkutan laut antara
India dan Lembah Bujang samada dari sudut perdagangan mahupun dari
sudut kehadiran agama Hindu dirantau ini.
Setelah
itu, berabad-abad kemudian, Dapunta Hyang Sri Jayanasa, yang bukan
berasal dari Palembang tetapi membina kerajaan Srivijaya disitu
dengan kehadiran baginda bersama 20,000 bala-tenteranya adalah
berasal dari keturunan Merong Wangsa. Dari riwayat ini, dilihat
sentiasa ada hubungan erat Semenanjung Tanah Melayu dengan Sumetera
sedari dahulu lagi terutama dibawah kerajaan Srivijaya dan dari sini
turunnya darah kesultanan-kesultanan Melayu sehingga kehari ini.