
- Juara dunia orde baru, adu beradu makanan seteru, kalibat kelihatan mengeliru, gelagat gelojoh haru-biru, hidup penuh hasad cemburu, produktivitinya terburu-buru, riba diraut berbillion ribu, jualan senjata simata kelabu, medan perang untuk merapu, dollar-dinar semua disapu.- Juara dunia orde baru, kata damai dalam peluru, meja darah ditiga penjuru, janji bagai bibir ditanam tebu, sedang soldadu dibelakang kubu, menanti arahan untuk menyerbu, bila diseru serang segala ditalu, lalu bumi permai berubah silu. - Juara dunia orde baru, pada syaitan mereka berguru, bertuhan dunia kerana nafsu, bermahkota pada takhta palsu, derita rakyat tak diambil tahu, malah daif rakyat yang dimahu, agar mudah semua diperlembu, justeru umat bangkitlah bersatu, hebahkan akan kebesaran Tuhan yang satu, tiada upaya tanpa Dia menentu, dan hanya Dia sahaja yang dapat membantu.
No comments:
Post a Comment