Wednesday, July 10, 2013
Saturday, June 01, 2013
Kebebasan bersuara - 1
Menururt
pandangan Imam al-Jurjani rah. berkenaan kebebasan bersuara: “Keluar
daripada pengabdian terhadap makhluk dan memutuskan sebarang bentuk
ikatan dan kesibukan dengannya”.
Oleh itu, kebebasan bersuara
atau menyuarakan pendapat adalah anugerah daripada Allah Taala yang
perlu digunakan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.
yang mengikut tata-tertib dan adab-adab Islam. Dimana prinsip kebebasan
bersuara hendaklah selari dengan prinsip didalam agama Islam serta dalam
batas-batas menghormati hak-hak individual lainnya.
Sedang dalam sistem demokrasi yang mendoktrin minda masyarakat bahawa
kebebasan bersuara atau pendapat adalah hak mutlak juga dilihat ada
kebaikannya, namun ianya sering sampai menafikan nilai akhlak serta
kebenaran, mahupun hak-hak peribadi sesebuah pihak. Berhak bersuara
sampai menganggu hak peribadi pihak lain mahupun menutup kebenaran yang
dimiliki oleh sesuatu pihak minoriti lantaran yang bersuara tersebut
adalah pihak majoriti.
Menggambarkan manusia sebagai “makhluk
yang bebas untuk hidup bergerak, tidak dibelenggu dengan sebarang
kerisauan dan tidak memandang kepada kehancuran sesuatu nilai dan
akhlak”.
Hak kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia
sebagaimana didapati dalam Perkara 19 (Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat) dan diiktiraf undang-undang antarabangsa dalam Perjanjian
Antarabangsa tentang Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR).
Hak
bersuara adalah asas untuk memperkatakan atau mendakwahkan kebenaran
namun ia juga sebagai asas untuk mendakyahkan kebatilan kerana serampang
dua mata yang dimiliki.
Andai dirujuk kembali dalam
Perundangan Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis secara
besar-besaran pada 1789 Masihi lalu dan seterusnya menjadi acuan buat
hak bersuara mengikut Barat, akan dapati dalam dokumen hak asasi manusia
ketika itu menyatakan “Hak Kebebasan Bersuara”.
Semuanya itu
adalah daripada kefahaman yang di asaskan oleh golongan-golongan yang
berfahaman Sekular, Liberal dan Demokrat bagi memberi ruang
seluas-luasnya untuk menyatakan suara dan pendapat mereka.
Maka kebebasan bersuara dikalangan masyarakat Barat yang menjadi rujukan serta ikutan diseluruh dunia boleh dikatakan berunsur:
1. Kebebasan bersuara secara mutlak
2. Tidak semestinya berpandukan kepada nilai dan akhlak
3. Suara majoriti adalah benar walaupun tidak selari dengan kehendak agama
4. Tujuan menghalalkan cara
Bersambung...
Kajian keatas pengertian Kebangsaan/Nasionalisme - 2
Perkataan
kebangsaan juga dimaknakan sebagai ashabiyah, namun begitu, perkataan
ashabiyah membawa dua pergertian iaitu ashabiyah tercela dan ashabiah
terpuji, sebagaimana perkataan bidaah, satu disebut bidaah dholalah
iaitu bidaah tercela manakala satu lagi disebut sebagai bidaah hasanah
iaitu bidaah terpuji.
Lantaran itu, benarkah bila memperkatakan atau memperjuangkan agenda Melayu-Islam itu suatu perjuangan ashabiyah yang tercela? Terdapat suara-suara sumbang yang mengklaimkan bahawa memperjuangkan agenda Melayu-Islam adalah suatu perjuangan yang sia-sia, namun jelas pihak ini lantaran tidak memahami apakah makna sebenar ashabiyah, lalu mereka menghukum secara pukal sedangkan perjuangan keatas agenda Melayu-Islam sekiranya dibawah konsep Ashabiyah keagamaan adalah merupakan suatu kewajipan buat semua umat Melayu-Islam.
Ashabiyah, berasal dari kata ashaba yang berarti mengikat dan ashabah dengan makna ikatan. Ashabiyah merujuk pada ikatan sosial budaya yang dapat digunakan untuk mengukur kekuatan kelompok sosial. Istilah ini sudah dikenal sejak zaman pra-lslam. Ibnu Khaldun, cendekiawan Muslim, menjadikannya sebagai konsep sosial dalam bukunya Muqadimmah.
Konsep ashabiyah dalam pandangan Ibn Khaldun memiliki ruang lingkup pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Pengertian yang sempit terbatas pada suatu nasab yang ia sebut nasab khusus, kerana mereka merupakan keluarga yang satu. Sedangkan pengertian luas adalah nasab-nasb lainnya yang disebut nasab umum, yang bergabung bersama nasab yang kuat sebagai suatu sekutu (contohnya perbezaan antara al ashabiyah al Islamiyah iaitu semangat keIslaman dengan al ashabiyah al jinsiyyah iaitu semangat fanatisme kesukuan).
Pandangan Ibn Khaldun terhadap realiti umat Islam pada zamannya, berkaitan dengan konsep pergabungan atau integriti masyarakat multi-etnik dalam rangka menciptakan persatuan dan kesatuan bangsa yang kukuh. Jika proses tersebut berjalan secara efektif maka anggota masyarakat tidak lagi mempersoalkan asal-usul keturunannya. Ashabiyah yang mereka kembangkan bukan lagi berdasarkan ikatan keturunan, akan tetapi lebih pada hubungan perdagangan, hubungan kerja dan usaha, profesi, idiologi serta kesefahaman (contohnya dari sudut pegangan agama yang sama).
Implikasi dari kesedaran ashabiyah sebegini tentunya akan bertunjak kepada keperluaan adanya suatu pergerakan yang kuat, yang akan menguruskan kepentingan-kepentingan buat kelompok ashabiyah tersebut. Untuk itu secara langsungnya, diperlukan keberadaan pemimpin (contohnya Amir, Ahlu Syura, Sultan dan lain-lain) yang berperanan menjaga dan mencegah terjadinya perpecahan atau permusuhan antara sesama kelompok ashabiyah tersebut. Oleh itu, pemimpin yang sebagai pemegang kekuasaan diberi superioriti (al-taghalluf) atas yang lain dalam hal ‘ashabiyah. Sebaliknya, tanpa keberadaan pemimpin, maka urusan buat kesatuan ashabiyah sebegini, tidak dapat dilaksanakan secara efektif atau berkesan.
Superioriti (al-taghalluf) ini dimengertikan sebagai kedaulatan (al-mulk), yang melebihi cakupan pengertian kepemimpinan (al-riyasat). Al’Riyasat, adalah keadaan menjadi pemimpin atau ketua suku yang dipatuhi oleh sukunya, namun tidak ada kekuasaan penuh dalam urusan memimpin. Sementara al-mulk, adalah boleh dikatakan lazimnya suatu superioriti yang memiliki kekuasaan penuh dalam urusan memimpin.
Sebuah ikatan ashabiyah yang kuat akan menguasai semua ikatan ashabiyah lain yang ada sehingga menjelma menjadi suatu koalisi atau gabungan ashabiyah yang lebih besar, seperti menjadi sebuah kenegaraan dengan memiliki superioriti keatas rakyat golongannya, dan seterusnya memungkinkan menjadi superioriti atas rakyat dari ashabiyah-ashabiyah lain yang tidak memiliki hubungan apa-apa dengannya. Sebaliknya, jika ashabiyah yang satu sama kuatnya dengan ashabiyah yang lain, maka masing-masing akan tetap menguasai daerah dan rakyartnya sendiri, sebagaimana halnya kabilah-kabilah dan bangsa-bangsa diseluruh dunia.
Akan tetapi, jika satu ashabiyah menaklukkan ashabiyah yang lainnya dan diantara mereka terjalin hubungan akrab, maka pihak yang menang akan memperoleh tambahan kekuatan dari pihak yang kalah. Namun sebaliknya pihak yang kalah pada suatu saat akan menuntut kekuasaan dan superrioriti yang lebih baik, sehingga kekuatannya akan dapat menyamai pihak yang menang dan berkuasa. Kemuncaknya, jika ashabiyah yang menang dan berkuasa sudah melemah, dan diantara mereka tidak ada yang mampu mempertahankan kekuasaan yang mereka raih, maka ashabiyah yang baru akan muncul dan lalu merebut kekuasaan. Disamping itu juga adanya kemungkinan ashabiyah yang baru berkuasa, bersekutu dengan ashabiyah-ashabiyah yang lain yang memiliki kekuatan untuk mencapai tujuan politiknya.
Jadi menurut Ibn Khaldun, konsep ashabiyah dikaitkan dengan agama adalah kekuatan suatu ashabiyah yang tidak cukup hanya bergantung kepada kekuatan fisikal, tetapi ianya juga wajar memiliki kekuatan moral yang didasarkan pada agama dan akhlaq. Semangat keberagamaan merupakan jawapan serta solusi buat mencegah dari terjadinya pertentangan dan perpecahan dalaman yang diikat oleh ashabiyah sebegini. Dari itu, suatu pemerintahan (daulat) akan dapat tegak dan menjadi kukuh oleh agama. Al-mulk, tercapai lantaran superioriti, superioriti diperoleh kerana ashabiyah, serta bersatunya kehendak dan jiwa untuk mencapai tujuan buat menegakkan agama Allah.
Demikian pula peranan da’wah dapat menambah kekuatan ashabiyah keagamaan yang menjadi dasar tegaknya daulah, sebab agama dapat mengendalikan persaingan dan permusuhan diantara pendukung ashabiyah, dan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang satu serta maksud hidup yang satu. Dengan demikian, jatuh bangunnya suatu daulah, dalam pemikiran Ibn Khaldun, sangat bergantung pada superioriti suatu ‘ashabiyah terhadap yang lainnya. Ashabiyah keagamaan, kewujudannya menyatukan umat buat kemashlahatan bersama, membimbing umat kepada kebenaran hakiki dan seterusnya mempertahankan kebenaran tersebut.

Saturday, May 11, 2013
Kajian keatas pengertian Kebangsaan/Nasionalisme - 1
Secara etimologi : Kebangsaan/Nasionalisme berasal dari perkataan “nasional” dan “isme” iaitu mengandungi makna kesedaran dan semangat kecintaan pada tanah air, memiliki kebanggaan sebagai suatu bangsa atau memelihara kehormatan bangsanya, memiliki rasa simpati terhadap musibah dan kekurangan bangsanya atau sebaliknya iaitu merasa gembira diatas keberuntungan saudara setanah air, sebangsa dan senegaranya.
Kebangsaan/Nasionalisme ditampilkan dalam beberapa kategori dimana lazimnya kategori-kategori tersebut saling kait-mengait atau mencampur-aduk antaranya. Kategori-kategori tersebut adalah:
1 - Nasionalisme sivik (atau nasionalisme sivil), sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari penyertaan aktif rakyatnya, "kehendak rakyat"; "perwakilan politik". Teori ini mula dinyatakan oleh Jean-Jacques Rousseau dan menjadi bahan-bahan tulisan. Antara tulisan yang terkenal adalah buku bertajuk On the Social Contract (atau dalam Bahasa Melayu "Mengenai Kontrak Sosial").
2 - Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat. Ia dinyatakan oleh Johann Gottfried von Herder, yang memperkenalkan konsep Volk (bahasa German untuk "rakyat").
Nasionalisme organik atau nasionalisme identiti adalah lanjutan dari nasionalisme etnik dimana negara memperolehi kesahihan politik secara semulajadi ("organik") hasil daripada sesuatu bangsa atau ras.
3 - Nasionalisme Budaya adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya bersama atau kesamaan dan bukannya "sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya.
4 - Nasionalisme kenegerian ialah variasi kepada nasionalisme sivik, selalunya digabungkan dengan nasionalisme etnik. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan. Kejayaan suatu negeri atau dearah itu selalunya kontras dan berkonflik dengan prinsip masyarakat demokratik. Penyelenggaraan sebuah 'national state' adalah suatu hujah yang ulung, seolah-olah ia membentuk kerajaan yang lebih baik dengan tersendiri.
5 - Nasionalisme keagamaan ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi "political legitimacy" dari persamaan agama.
Bertolak dari pengertian kategori-kategori tersebut maka dapat disimpulkan bahawa nasionalisme adalah kefahaman yang meletakkan kesetiaan tertinggi individu yang harus diberikan kepada sesuatu iaitu bangsa atau negaranya, dengan maksud bahawa individu sebagai warga-negara memiliki suatu sikap atau perbuatan untuk mencurahkan segala tenaga dan fikirannya demi kemajuan, kehormatan untuk menegakan kedaulatan buat bangsa atau negaranya.
Terdapat juga dua perbezaan akan apa itu kebangsaan/nasionalisme iaitu pertamanya dalam pengertian sempit: kefahaman kebangsaan yang berlebihan dengan memandang bangsa sendiri lebih tinggi (unggul) dari bangsa lain. Kefahaman ini sering disebut dengan istilah “Chauvinisme”. Chauvinisme seperti Zionis yang mengagungkan bangsa Yahudinya atau Adolf Hitler mengagungkan bangsa Jermannya, dimana ianya adalah suatu yang bersifat negatif atau suatu yang membawa kepada keburukan.
Manakala kebangsaan/Nasionalisme dalam pengertian yang luas, iaitu kefahaman kebangsaan yang meletakkan kesetiaan tertinggi individu terhadap bangsa dan tanah airnya dengan memandang bangsanya itu merupakan sebahagian dari bangsa-bangsa lain didunia ini yang memiliki hak-haknya tersendiri.
Bersambung...
Tuesday, April 09, 2013
Hutang
Zaman kredit membuat insan semakin kedekut? Dizaman kredit yang mudah didapati diwaktu ini, menyebabkan ramai yang terjerat terutama diatas keinginan memiliki apa yang dikatakan terbaik atau terbaru. Tambahan atas sifat ingin menonjolkan diri sebagaimana falsafah Melayu, "biar papa asal bergaya", ramai yang tidak teragak-agak atau memikirkan jalan lain, terus berhutang dalam mengejar arus duniawi.
Dari itu juga, ramai yang bukan sahaja semakin berbangga-bangga dengan apa yang dimiliki (secara kredit) malah semakin menjadi sifat kedekutnya lantaran hutang keliling pinggan yang ditanggung. Dan semakin dikejar kebendaan, semakin tenggelam diri dalam lautan kebendaan yang semakin membukit.
Hutang terutamanya lantaran hajat hidup seperti memiliki tempat kediaman mahupun kenderaan menyebabkan ramai yang kehidupannya hanyalah untuk membayar hutang-hutang yang mengelilinginya. Dan masalah yang timbul memberati adalah harga-harga barang yang dihajati seperti kenderaan, iaitu dari membeli yang murah atau second-hand berlandaskan kemampuan diri, dibelinya sesuatu yang mahal yang melebihi kemampuan diri. Atau rumah kediamannya yang bukan hanya sebuah dimiliki malah mahu dimiliki 2-3 buah tetapi kemampuan diri amatlah terhad.
Lantaran itu, perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan diri seperti menunaikan haji mahupun hanya umrah, tidak dapat dilakukan. Dan malah yang lebih parah adalah bila kehidupan terikat dengan riba lantaran bunga yang sewajarnya dibayar atas hutangnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory