Monday, July 23, 2012

Ramadan 2012

Jika tiba bulan Ramadhan,
maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.
Bukhari & Muslim

Saturday, July 14, 2012

Antara rokok dengan puasa

 
Terdapat dua komponen fisiologi dan psikologi dengan merokok. Dopamin ialah bahan semulajadi dalam badan insan yang menumpulkan kesakitan dan meningkatkan rasa keseronokan. Apabila merokok, nikotin akan meningkatkan tahap dopamin namun ianya bersifat singkat, lantaran itu, para perokok akan berterusan merokok untuk meningkatkan tahap dopaminnya. Terutamanya mereka yang tertekan atau gelisah jiwanya, lazimnya merupakan perokok yang tegar serta tinggi jumlah rokok yang diambilnya setiap hari. Oleh itu, apabila seseorang tersebut berhenti merokok, badan akan gelisah namun bila dirinya berterusan tidak merokok maka badannya akan menukar secara semula-jadi tahap dopamin kembali pada tahap normal.  

Disamping itu, masalah yang besar dalam usaha berhenti merokok adalah kerana tabiat atas suatu ketagihan tingkah laku dalam aksi sesuatu iaitu para perokok membiasakan diri dengan tindakan mengambil sesuatu dan memasukkannya kedalam mulut serta menyedut asap-asap tersebut, sebagaimana terdapat mereka yang memiliki ketagihan tingkah-laku seperti mengigit kuku, mengorek hidung, mengaru kepala dan lain-lain sedangkan itu bukan suatu yang semesti dilakukan tetapi telah menjadi kelaziman.

Lantaran itu, dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, ianya merupakan peluang buat para perokok untuk berhenti merokok kerana dengan berpuasa, komponen fisiologi dan psikologi dapat dibentuk dengan mudah. Tentunya masalah utama, kalau selepas berbuka, ramai yang disekeliling seperti teman-teman merokok, maka menyukarkan proses untuk berhenti merokok, namun dengan keazaman yang tinggi, maka segala halangan dapat ditandingi. 

Tembakau dalam bentuk rokok, dadah yang menyebabkan ketagihan didunia. Nikotin adalah salah satu daripada perangsang yang kuat yang dikenali, dan merokok adalah salah satu sistem penghantaran dadah yang paling berkesan. Merokok sebenarnya meletakkan ubat kedalam otak secara langsung daripada suntikan intravena. Memang benar bahawa salah satu "faedah" merokok adalah pelepasan ringkas ketegangan dalaman; malangnya, dalam masa 20 minit ketegangan kembali kuat daripada sebelum, menyebabkan untuk terus merokok. Banyak bahan kimia dalam asap tembakau juga membuat mereka yang disekitar yang tidak merokok (nonsmoker) menyedut asapnya, dimana ini satu lagi punca utama kanser paru-paru.

Angka kematian akibat merokok terus meningkat. Sebuah laporan terbaru yang dilansir oleh World Lung Foundation (WLF) mencatat, kematian akibat merokok melonjak hampir tiga kali lipat dalam satu dekade terakhir. WLF dan American Cancer Society mengatakan, jika kecenderungan ini terus berlanjut, maka satu miliar orang akan mati akibat penggunaan tembakau pada abad ini atau satu orang akan meninggal setiap 6 saat.

Seperti dinyatakan dalam web www.tobaccoatlas.org, tembakau telah membunuh 50 juta orang dalam 10 tahun terakhir, dan rokok bertanggung jawab atas lebih dari 15% dari semua kematian pihak lelaki dan 7% kematian dipihak wanita. DiChina, tembakau telah menjadi pembunuh nombor satu yang menyebabkan 1,2 juta kematian setiap tahun dan jumlah itu diperkirakan akan meningkat menjadi 3,5 juta setahun pada tahun 2030. 

Kanser paru-paru adalah pembunuh kanser terkemuka di kedua-dua lelaki dan wanita. Dianggarkan 180,900 kes baru kanser paru-paru dan kira-kira 160,880 kematian akibat kanser paru-paru akan berlaku hanya diAmerika Syarikat sahaja pada tahun berikutnya. Merokok adalah nombor satu punca kanser paru-paru. Kanser paru-paru juga boleh menjadi kanser yang paling tragik dan 87% kes kanser paru-paru disebabkan oleh merokok. Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia yang berbeza, banyak yang terbukti menyebabkan barah bahan, atau karsinogen. Cerut atau paip merokok juga meningkatkan risiko kanser paru-paru.

Lebih banyak masa dan kuantiti seseorang tersebut merokok, lebih besar risiko kanser paru-paru. Tetapi jika ianya berhenti merokok, risiko kanser paru-paru berkurangan setiap tahun sebagai sel-sel normal menggantikan sel-sel abnormal. Selepas sepuluh tahun, risiko jatuh ke tahap yang satu pertiga kepada setengah-risiko untuk orang-orang yang terus merokok. Disamping itu, berhenti merokok sangat mengurangkan risiko penyakit lain yang berkaitan dengan merokok seperti penyakit jantung, strok, emfisema dan bronkitis kronik.


Thursday, July 12, 2012

FB emo dan perasan

Apakah facebook adalah tempat mencurah perasaan dan tempat mengadu? Hari ini, tanpa disedari, beratus-ratus juta insan menjadikan facebook sebagai tempat mencurahkan perasaan dan tempat mengadu sedangkan ini adalah suatu kejahilan yang terang-terang. Facebook sebenarnya adalah alat perangkap dajal abad ini yang mana membuat ramai terperangkap didalam zoonya.

Ramai yang saban waktu menampilkan segalanya tentang diri sendiri dengan menyangka itulah suatu kebaikan, sedangkan hakikatnya, diri sendiri menjadi seperti haiwanat didalam jejaring zoo yang dipertontonkan serta diketawakan oleh sekelian ramai. Emosi akan sempati yang sebenar hanyalah ilusi dengan mana segalanya hanyalah mainan minda yang sebahagian besar dibawah kawalan syaitan.

Dari itu, sebaik-baiknya, facebook yang merupakan salah satu sosial-netz jika tetap ingin digunakan, hanyalah digunakan untuk berkomunikasi (seperti untuk kalangan ahli keluarga), menghasilkan bahan seni seperti dari sudut photo sehinggalah kepada penulisan, berkongsi bahan ilmiah atau pengetahuan yang bermanfaat, menyebarkan kebaikan dan seterusnya dalam hal-hal mengajak kearah kebaikan. Dan menanggislah didalam tahajud dengan mencurahkan segalanya kepada Allah Taala kerana Allah Taala sentiasa menanti hamba-hambanya memohon dari-Nya serta hanya Allah Taala sahajalah yang semata-mata dapat memenuhi segala permintaan hamba-hamba-Nya.
 

Friday, July 06, 2012

Politik primitif

 
Politik primitif,
dipentas tin-tin kosong,
memaki situ, memaki sini,
kalibat bak si pemabuk todi,
ada hati nak ajak mengundi.

Politik primitif,
fikir dicurah gatal keladi,
umpat-fitnah ungkapan duri,
dendam kesumat segala disumbat,
sangkaan mereka itulah bukti bakti,
sedang nyata itu perosak jati-diri,
membawa keigauan naugan ngeri.

Politik primitif,
tanpa mahu difahami apa erti,
apatah lagi menelaah atau meneliti,
antara mengawal emosi serta strategi,
politik barat untuk manfaat bangsanya,
kerajaan-pembangkang bergotong-royong,
tapi disini, politiknya memudaratkan bangsa,
kerajaan-pembangkang terhuyung-hayang,
menang bersorak-bertakbir, tanah tergadai,
dan akhirnya menumpang, dinegeri sendiri.

- zarch 05/07/12

Find more videos like this on Artists2artists Social Network

Saturday, June 30, 2012

Melayu dan Islam - 9




Bangsa Melayu yang merupakan pribumi pada negara Malaysia hari ini telah memiliki sejarah-sejarah silam akan kedaulatan kekerajaan-kekerajaan Melayu dirantau ini seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan lain-lain. Srivijaya merupakan salah sebuah kekerajaan atau empayar Melayu berdaulat yang terbesar dalam sejarah yang merangkumi segala tanah negara Malaysia hari ini, tanah negara Indonesia hari ini, Sri Lanka, Selatan Siam, Filipine hatta kedaerah Tainan (pulau Taiwan).

Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat diSumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara. Salah satu bukti kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.

Kewujudan Srivijaya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient. Kerajaan ini runtuh pada abad ke-13 (dan seterusnya disambung oleh kekerajaan Palembang pada abad ke-14 serta kemudiannya Melaka dalam abad ke-15) disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya yang asalnya beragama Hindu juga adalah pusat pengembangan agama Buddha yang utama dikepulauan Melayu.Ini dapat dilihat dengan pembinaan Angkor Wat diKamboja serta mahupun Borobodor diTanah Jawa yang ada kaitannya dengan penyebaran agama Buddha oleh Srivijaya.

Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan". Srivijaya yang merupakan kekerajaan maritim memiliki kekuatan dari segi perkapalan dan menguasai keseluruhan perairan Nusantara dizamannya. Ianya juga memiliki kekuatan dari segi ketenteraan darat yang mana anggota askarnya terdiri dari pelbagai taraf rakyat.

Selepas kejatuhan Srivijaya, ahli sejarah tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang sebesar Srivijaya wujud dikepulauan Asia Tenggara. Terdapat kerajaan-kerajaan lain seperti kerajaan Siam, Jawa, Ache dan lain-lain tetapi tidak sebesar Srivijaya. Sedang kerajaan Melaka adalah kesinambungan daripada kekerajaan Srivijaya itu sendiri.

Manakala juga, selepas kejatuhan Srivijaya, lanun-lanun yang asalnya merupakan sebahagian dari kalangan-kalangan bekas tentera laut Srivijaya yang lengkap dengan kapal-kapal serta senjata, melakukan kegiatan yang berluasan mereka diperairan rantau ini. Kegiatan ini kemudiannya dapat ditumpaskan bilamana Melaka mengambil-alih kuasa maritim dirantau ini berserta bantuan daripada Kekerajaan Tanah Besar Cina.

Kebesaran raja Srivijaya juga digambarkan melalui catatan saudagar Arab bernama Sulaiman dalam tahun 851M yang mensifafkannya sebagai Raja diGunung dan Maharaja diPulau. Raja diGunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak didaratan mahupun dilautan.
Raja Srivijaya yang tersusun sistem pemerintahannya memerintah secara multak dengan dibantu oleh wazir-wazirnya yang menjadi perantaraan antara siraja dengan rakyat sekelian.

Bersambung...
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga