Sunday, August 16, 2009

Konsep kendiri - 1


Konsep kendiri (Self concept) adalah suatu penilaian atau suatu tanggapan seseorang terhadap dirinya sendiri samaada dilantasan kebaikan, keburukan, positif atau negatif. Suatu konsep yang meliputi persepsi tentang dirinya, kebolehannya, kemampuaannya serta penampilannya dalam mana suatu proses yang menentukan seterusnya tingkah-laku, pemikiran, gaya hidup mahupun kepada jati-diri yang dimiliki.

Konsep kendiri ini adalah suatu konsep yang bergantung dari sudut mana yang diambil untuk menilai sesuatu tersebut, tentang apakah yang dianggap sesuatu itu kebaikan atau keburukan dan asas yang diambil untuknya menetapkan sesuatu keputusan tentang apakah sesuatu tersebut samaada asas dari dirinya iaitu dari pegangan hidup, pengalamannya, pengetahuan, imaginasi diri dan seterusnya atau dari penilaian pihak lain seperti masyarakat sekitarnya, teman-temannya, alam pendidikannya, pengaruh media-media, sesuatu ideologi dan seterusnya.

Sesuatu penilaian atau tanggapan pada konsep kendiri itu mungkin pada dirinya adalah sesuatu kebaikan tetapi pada penilaian pihak lain, ia adalah suatu keburukan atau sebaliknya. Mungkin juga dalam masyarakat ditempat dimana tinggalnya, bercanggah-canggah penilaian terhadap sesuatu tersebut, namun begitu dalam apa-apa keadaan, tetap adanya rumusan pada setiap individu apa itu konsep kendirinya samada kesan dari tanggapan pihak majoriti atau pihak minoriti serta juga mungkin bentuk rumusannya adalah luar dari persepsi masyarakat sekitarnya.

Apa yang dimengertikan melalui tanggapan masyarakat sekelilingnya yang menganggap sesuatu itu kebaikan mungkin hakikatnya adalah suatu keburukan seperti contohnya disuatu masyarakat yang tanggapan umumnya yang menilai seseorang yang begitu bergaya, berpakaian berjenama mahal, berkenderaan mewah itu membawa tanda seorang yang berjaya atau penuh kebaikan sedangkan hakikatnya ramai yang penilaian konsep kendirinya sebegitu, terperangkap dengan hutang yang menimbun serta hidup dalam hipokrasi dibawah falsafah biar papa asal bergaya.

Atau dalam sesuatu masyarakat yang menganggap sesuatu itu keburukan sedangkan hakikatnya adalah kebaikan contohnya suatu masyarakat yang menganggap seorang gadis yang menutupi auratnya, bertudung labuh mahupun berniqap adalah kolot atau ketinggalan zaman sedangkan pada gadis yang konsep kendirinya menutup aurat itu adalah suatu kebaikan dalam mana sigadis tersebut terselamat dari gejala fitnah seperti mengoda setiap lelaki untuk melihat tubuh badan dirinya mahupun terselamat dari kehidupan bebas lepas yang membuat ramai gadis lain yang tidak menutup auratnya menderita dipermainkan oleh pihak-pihak lelaki jahat.

....bersambung....

Tuesday, August 11, 2009

Berita 2: Wasiat Kemerdekaan.


Selamat menyambut ulang Tahun kemerdekaan.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda.

-----------------------------------------------------------------------------------
Sejarah Perak menentang penjajahan.

Pada November 1874, Birch dilantik sebagai Residen British yang pertama di Perak. Tugasnya adalah mengutip cukai dan mentadbir Perak. Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Birch juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Tindak tanduk Birch dan pihak Inggeris tidak menyenangkan orang-orang Melayu. Birch juga mendapat tentangan dari Sultan Abdullah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874 yang kesal kerana 'terlajak' dengan Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di dalam HMS Pluto di Pulau Pangkor. (Satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dalam perjanjian itu yang membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi atau dalam kata lain iaitu penjajahan secara diplomatik keatas negeri Melayu)

Peluang penjajahan ini diambil oleh Inggeris terutama kerana Perak adalah pengeluar timah yang terbesar manakala Birch yang menjadi Residen Inggeris yang pertama terus bertindak agresif dan mentadbir dengan bantuan polis untuk menakutkan orang. Lalu orang-orang Melayu bangkit menentang Inggeris yang mana diketuai oleh Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Laksama Mohamad Amin serta Ngah Ibrahim dibawah restu Sultan Abdullah.

Pada 1 November 1875, ketika Birch dan kumpulannya berada diPasir Salak, mereka diserang sehingga Birch sendiri berjaya dibunuh. Kejadian ini mengakibatkan beberapa siri peperangan antara orang-orang Melayu dengan pihak Inggeris hingga tahun 1876. Pihak Inggeris kemudiannya melakukan pembunuhan dan penangkapan keatas orang-orang Melayu yang menentang mereka. Antara yang dihukum bunuh adalah Dato Maharaja Lela dan Datuk Sagor manakala Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim serta juga Sultan Abdullah sendiri dihukum buang daerah oleh pihak Inggeris ke Pulau Seychelles.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya ditewaskan oleh pihak Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dalam mana semangat kemerdekaan tidak pernah pudar dari jiwa orang Melayu terutama semangat mempertahankan agama Islamnya.

Wednesday, July 29, 2009

Perasaan dan pemikiran - 5


Akal seakan seperti melukis petak-petak dengan garis yang teratur manakala perasaan pula seakan sesuatu yang unik yang menimbulkan gubahan-gubahan ukiran diatas petak-petak tersebut. Sebagaimana, akal mungkin sahaja dalam konteks yang berkira-kira pada jawapan yang tepat, nyata, rasional, logik, penyelesaian kepada sesuatu permasaalahan, pencarian maslahat kepada sesuatu perkara, manakala perasaan pula merupakan sesuatu seni, unik, misteri, berubah-ubah dan seterusnya.

Sebagai contoh, melalui logik persekitaran, seorang anak bangsawan yang kaya-raya akan mencari seseorang yang setaraf dengannya, namun perasaan anak bangsawan tersebut dapat mengubah segala yang dikatakan logik seperti kerana perasaan cintanya pada seorang gadis miskin, dia sanggup meninggalkan segala darjat kebangsawannya. Atau sesuatu kota yang kelihatan begitu tinggi tamadun serta tersusun kehidupan rakyat didalamnya, namun sebaliknya terdapat begitu banyak pusat-pusat therapi jiwa, kerana tekanan-tekanan perasaan yang dialami oleh rakyatnya.

Dalam mana, apa keputusan yang dibuatnya, perasaanlah tunjak kepada segalanya kerana akal adalah hanya seperti sesuatu alat pembantu seperti juga segala deria-deria mahupun anggota-anggota tubuh badan namun perasaan adalah kenyataan sebenar seseorang individu tersebut.Hanya bezanya, seseorang tersebut adalah wajar sahaja dipertanggung-jawabkan atas sesuatu tindakan kerana akalnya atau kerana tidak menggunakan akalnya(seperti seorang yang baligh iaitu mencapai umur yang dikira dewasa atau seseorang yang waras bukan gila adalah bertanggung-jawab sepenuhnya diatas tindakan yang dilakukan dirinya)

Dipertanggung-jawabkan kerana pemikiran berkemampuan terikat pada akal, yang seharusnya membantu tindakan-tindakan yang diambil tetapi dalam pada itu, perasaan pula terikat pada nafsu. Sedang nafsu adalah sesuatu yang lazimnya bukan selari dengan akal, dan perbezaan ketara bila bertembung sesuatu yang bertentangan antara yang hak dan batil yang mana nafsu akan cuba memenuhi apa sahaja keinginan perasaannya tanpa mengira hak atau batil sedang akal adalah alat pertimbangan apakah sesuatu ynag dilakukannya adalah hak atau batil atau apakah kesan dari tindakannya.

Sedang wahi bukanlah diturunkan melalui setiap insan atau setiap tempat tetapi diturunkan hanya melalui mereka-mereka yang perasaan serta pemikiran mereka memang dipilih oleh Allah, Sang Pencipta segalanya. Sehinggalah kepada insan pilihan yang terakhir iaitu Nabi Muhamad yang mana merupakan penutup pintu wahi, dalam mana wahi yang diturunkan kepadanya adalah mutakhir untuk dituruti oleh sekelian umat, tempat dan waktu sehinggalah keakhir dunia.

Justeru itu hanya berpegang pada wahi tanpa penilaian atau ikutan disudut perasaan dan pemikiran anbiya yang diturunkan wahi melaluinya,(seperti apakah sunnah iaitu cara hidup dan perjuangan matlamat para anbiya tersebut) maka jadilah seperti kaum terdahulu, yang mana mereka adalah berketurunan para anbiya yang diturunkan wahyu-wahyu yang dikitabkan kepada mereka berserta begitu ramai para solehan lagi cerdik-pandai lahir dikalangan mereka, namun kaum tersebut sentiasa menyeleweng malah mengubah ayat-ayat wahyu tersebut mengikut selera nafsu mereka kerana membelakangkan apa sebenar perasaan dan pemikiran anbiya yang diturunkan wahi melaluinya.

Nabi Muhamad adalah seorang insan yang sedari awal sebelum wahyu diturunkan kepadanya, telah mempunyai akhlak yang mulia, kebijaksanaan, perasaan tanggung-jawabnya menyelamatkan insan sekelian, kerisauan lalu menggunakan akalnya memikirkan bagaimana menyelamatkan insan sekelian yang hidup dalam kegelapan dizaman jahiliah serta bergelumbangan dengan perbuatan-perbuatan yang diluar pertimbangan waras seorang insan. Apatah lagi diatas perbuatan kaum-kaum dizamannya yang menyembah berhala-berhala yang nyata sekali tidak mampu melakukan apa-apa, hatta berhala itu sendiri diukir oleh insan yang menyembahnya.

Diatas perasaan dan pemikirannya itu, Nabi Muhamad kemudiannya selalu menyendiri digua hira dalam mencari-cari jalan penyelesaian, sehinggalah waktu Allah memutuskan menurutkan wahyu kepada Nabi Muhamad untuk membimbing sekelian insan diseluruh alam kepada jalan hidayat, jalan penunjuk kearah keselamatan didunia dan akhirat. Dan Nabi Muhamad tidaklah mengucapkan wahyu yang diturunkan melalui nafsunya tetapi adalah ucapan yang benar dari Ilahi yang disampaikan melalui Jibrail, sebagaimana Allah sendiri berfirman:

• Demi bintang ketika terbenam, (QS. 53:1)
• kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, (QS. 53:2)
• dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur'an) menurut kemahuan hawa nafsunya. (QS. 53:3)
• Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), (QS. 53:4)
• yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat, (QS. 53:5)
• Yang mempunyai akal yang cerdas (kebijaksanaan); dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli. (QS. 53:6)
• sedang dia berada di ufuk yang tinggi. (QS. 53:7)

Thursday, July 23, 2009

Perasaan dan pemikiran - 4


Kehidupan insaniah sehariannya tanpa disedari atau disedari adalah suatu yang seakan dibuai-buai oleh gelombang-gelombang dari perasaan dan pemikirannya. Samaada gelombang yang kecil atau gelombang yang besar, samaada gelombang yang datang dengan mara bahaya atau sebaliknya namun yang pasti, setiap insan tetap dibuai saban waktu dalam detik kehidupannya kerana kehidupan insaniah sendiri adalah seperti dalam suatu pelayaran dilautan yang luas samada ada ditemui destinasi dipenghujungnya dalam kejayaan mahu pun sebaliknya atau karam dipertengahan lautan kehidupan yang dilaluinya.

Gelombang-gelombang perasaan dan pemikiran tersebut adalah contohnya datang dari rutin-rutin kehidupan seharian seperti pekerjaannya, pergaulannya, perhubungannya dengan insan lain, persekitarannya, tekanan-tekanan dalam dirinya seperti dari kebosanan dan lain-lain mahupun tekanan dari persekitaran, dari corak kehidupan yang dilalui seharian iaitu budaya kehidupan yang diamalkan, bentuk-bentuk hiburan atau media yang menguasai diri, dari pergolakan kehidupan yang dilalui, pertikaian yang tercetus, pemikiran-pemikiran keatas sesuatu hal seperti dari ideologi-ideologi mahupun anutan yang dipegangi, masaalah-masaalah yang dibebani dan seterusnya.

Gelombang-gelombang dari perasaan dan pemikiran insan dikehidupan sehariannya wajar sahaja berlalu pergi sebagaimana hari yang berlalu pergi dengan sejuta kisah masing-masing namun adakalanya ia menjadi suatu gelombang yang mampu merobah secara drastiknya kehidupan sesuatu individu atau sesuatu kelompok masyarakat yang berjumlah besar.

Dalam pada itu, gelombang pemikiran yang mampu memainkan peranan penting mengatasi perasaan, adalah dikuasai oleh pengetahuan, pengalaman dan maklumat sedang akal adalah suatu element alat khas, sebagaimana seseorang itu mungkin mampu berpengetahuan tentang sesuatu, mempunyai pengalaman(disini pengetahuan dan pengalaman dipisahkan kerana pengetahuan lebih bersifat teori seperti dari membaca dan lain-lain tetapi pengalaman adakah khusus untuk pratikal sebagaimana seseorang itu berpengetahuan cara-cara berenang melalui pembacaannya tetapi bila berada didalam air, belum tentu dia mampu berenang kerana berenang memerlukan pengalaman pratikal) serta maklumat ( contohnya maklumat dimana boleh berenang, dalam atau tidak tempat berenangnya, berbahaya atau tidak seperti adanya jerung atau buaya dan lain-lain) sedang fungsi akal adalah sesuatu yang mengurus seterusnya secara rasional seperti wajarkah dia berenang sedangkan dia belum pernah melakukan pratikal berenang atau apakah tempat berenangnya benar-benar selamat dan seterusnya.

Kenyataannya, pemikiran boleh sahaja membawa kepada kebaikan atau juga permasaalah kepada kesan yang buruk tetapi akal, fungsinya adalah sebagai alat yang lebih membawa kepada kebaikan kerana sifat fitrahnya sebegitu. Contohnya seseorang yang menyembah sesuatu objek seperti pokok atau patung kerana mempercayai adanya sesuatu kuasa disebalik objek tersebut, manakala bila dia mula menggunakan akalnya, maka dia akan merasa itu adalah suatu yang amat mustahil kerana masakan objek-objek yang sendirinya tak mampu bergerak, hanya terjegat, mampu berkuasa.

Jadi apakah sama perasaan dan pemikiran mereka yang menggunakan akal dengan mereka yang tidak menggunakan akal? Yang pastinya, mereka yang menggunakan akal berlandaskan kepada wahyu, (dalil aqli berasaskan pada dalil wahi) adalah suatu kurniaan yang amat besar dan berguna untuk diri sendiri mahupun pada insan lainnya kerana gelombang pemikiran sebegini adalah akalnya dipandu arus kebenaran yang hakiki. Sedang mereka yang hanya berpandukan pada akalnya tanpa wahyu adalah seperti seorang pakar papan luncur bermain diombak-ombak dilautan yang terdapat begitu banyak jerung-jerung menanti untuk membahamnya.

Ini kerana keadaan insan itu sendiri adalah begitu terbatas, semua perasaan yang didapati dari derianya terbatas (seperti pandanganya terbatas, pendengarannya terbatas, penglihatannya terbatas dan seterusnya) hatta pemikirannya pun terbatas, namun atas rahmat Allah, Maha Pencipta yang menguasai segala-galanya, diturunkan wahyu-wahyu kepada utusan-utusanNya (sehinggalah kepada penutup segala anbiya iaitu Nabi Muhamad s.a.w )untuk memberi untuk pedoman seterusnya kepada insan sekelian.


……..bersambung…
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga