Friday, September 26, 2014

Bahasa Melayu



Perkembangan Bahasa Melayu, terbahagi kepada tiga peringkat utama iaitu:
* Bahasa Melayu Kuno,
* Bahasa Melayu Klasik
* Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno, merupakan keluarga bahasa Austronesia dimana era kegemilangannya adalah dizaman empayar Srivijaya dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Digunakan sebagai lingua franca, iaitu bahasa perantaraan buat segenap Nusantara dibawah Srivijaya. Digunakan sebagai bahasa pentadbiran, pengajian, perdagangan dan sebagainya.

Selain ianya sebagai bahasa utama buat empayar Srivijaya, ianya juga menjadi lingua franca kerana:
* Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
* Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
* Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa dan lain-lainnya.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit dimana bahasa Sanskrit banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Dipengaruhi Sanskrit kerana pengaruh agama Hindu ketika itu.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
* Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
* Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
* Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
* Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
* Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
* Susunan ayat bersifat Melayu
* Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
* bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
* Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
* Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
* Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
* Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin berkembang di Asia Tenggara pada abad ke-13, dimana bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Banyak perkataan-perkataan dari bahasa Arab yang diserap masuk lantaran bahasa Melayu Klasik adalah bahasa dakwah iaitu merupakan bahasa utama buat pekembangan agama Islam diseluruh Nusantara.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
* ditulis dalam huruf India
* mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
* bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
* masih memakai abjad India
* buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
* ditulis dalam tulisan Jawi
* membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik, kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
* Zaman kerajaan Melaka
* Zaman kerajaab Acheh
* Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:
* ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
* banyak ayat pasif
* menggunakan bahasa istana
* kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
* banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
* ayat songsang
* banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden, bermula pada abad ke-19 dimana dikatakan hasil karangan Munsyi Abdullah sebagai zaman permulanya. Dalam bahasa Melayu moden kemudiannya, terdapat perkataan-perkataan dari bahasa Latin, Belanda, Portugis serta Inggeris digunakan didalamnya. Kini, bahasa Melayu moden digunakan sebagai bahasa kebangsaan diMalaysia, Indonesia, Brunei serta Singapore.

Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Indonesia, majoriti besar populasinya adalah penduduk asal Indonesia dan tiadanya sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti diMalaysia, maka menukar nama bahasa Melayu pada bahasa Indonesia tiada masalah langsung. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama manakala di Malaysia, bahasa Melayu telah mengalami perubahan nama beberapa kali.

Pada awal tahun 70an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia tetapi kemudian, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Pada tahun 2007, atas rasa terlalu ingin bertolak-ansur sesetengah orang Melayu, bahasa kebangsaan Malaysia sekali lagi cuba dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua tanpa mengira kaum, namun mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".
Atas itu, pertukaran nama bahasa Melayu ke bahasa Malaysia tidak sah, tambahan tidak logik untuk menukar bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia lantaran didalam Malaysia, setiap kaum dibenarkan untuk belajar bahasa ibunda masing-masing dalam mana sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan India dibenarkan berluasan malah dibantu pembiayaannya oleh kerajaan. Bahasa Melayu sewajarnya tetap kekal dengan nama bahasa Melayu dengan digunakan sebagai bahasa utama, bahasa lingua franca buat Malaysia.

Tuesday, September 23, 2014

Nama Malaysia



Malaysia bermakna Melayu Nama Malaysia sebenarnya telah digunakan sejak tahun 1800an lagi merujuk kepada peta yang dibuat oleh Alexander Keith Johnston F.R.G.S (AK Johnston) pada tahun 1845. Ianya penyata buat Semenanjung Melayu dan kepulauan Melayu. Kepulauan Melayu merujuk kepada kawasan Sumatra, Tanah Jawa, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei (Borneo utara iaitu termasuk Sarawak dan Sabah), Timor dan Filipina. Kepulauan Melayu dikatakan mencecah lebih kurang 2 juta Kilometer persegi dengan lebih daripada 25,000 pulau-pulau didalamnya.

Peta yang dibuat oleh Alexander Keith Johnston F.R.G.S (AK Johnston) pada tahun 1845 diberi tajuk 'South Eastern Peninsula and Malaysia' dan dimuatkan didalam bukunya "National Atlas of Historical, Commercial and Political Geography". Malaysia juga merujuk kepada bangsa Melayu yang mempunyai kuasa dominannya dikeseluruhan kepulauan tersebut. Ini berdasarkan kepada nota didalam peta tersebut; "....the group (the malay peninsula and the malay archipelago ) has been named Malaysia from the Malays who are the dominant race in the archipelago...."

Nama Malaysia adalah amat sesuai iaitu mengambarkan nama Malay (Melayu) sebagai bangsa induk dan kuasa kekerajaannya serta bangsa asia lain yang duduk bernaung bersama.

- Alexander Keith Johnston F.R.G.S (AK Johnston) interest in geography had developed early, and his first important work was the National Atlas of General Geography, which gained for him in 1843 the appointment of Geographer Royal for Scotland. Johnston was the first to bring the study of physical geography into competent notice in England. His attention had been called to the subject by Alexander von Humboldt; and after years of labour he published his magnificent Physical Atlas in 1848, followed by a second and enlarged edition in 1856. This, by means of maps with descriptive letterpress, illustrates the geology, hydrography, meteorology, botany, zoology, and ethnology of the globe.

Johnston published a Dictionary of Geography in 1850, with many later editions; The Royal Atlas of Modern Geography, begun in 1855; an atlas of military geography to accompany Alison's History of Europe in 1848 seq.; and a variety of other atlases and maps for educational or scientific purposes. A book on astronomy named "School Atlas of Astronomy" (published 1856) has written by him.


Friday, June 13, 2014

Benarkah agama Hindu asalnya agama Monotheisme dari Nabi Ibrahim?

Benarkah agama Hindu asalnya agama Monotheisme (Tauhid) yang dibawa oleh Nabi Ibrahim tetapi diselewengkan kemudiannya? Buktinya akan Monotheisme adalah didalam kitab utama Hindu, Veda iaitu sebagaimana tercatit:

- Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yang berhak disembah.

- Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahawa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci.

- Yajurveda Ch. 40 V. 9 menyatakan bahawa “Andhatma pravishanti” ertinya memasuki, dan “assambhuti” ertinya benda/alam seperti api, air, dan udara. Maksudnya mereka yang menyembah benda/alam spt api, air, udara, telah masuk kedalam kegelapan.

- Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahawa sesungguhnya Tuhan itu Maha Besar
- Pada Rigveda yg dianggap paling suci, pada Rigveda Bk. 1 Hymn 64. V. 46 dinyatakan : Tuhan itu Maha Esa, panggillah Dia dengan berbagai nama (Didalam Islam juga ada 99 nama untuk Tuhan yang satu).

- Juga diulangi pada Rigveda Bk. 10 Hymn 114 V. 5 menyatakan Tuhan itu satu tapi Dia disebut dengan berbagai-bagai nama.

- Pada Rigveda Bk. 2 Hlmn 1 menyatakan bahawa ada 33 nama yg ditujukan pada Tuhan, diantaranya :
1) Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Brahama (pencipta), bahasa arabnya Kholiq.

2) Shvetashvatara Upanishad Ch. 4 V. 19 menyatakan tidak ada satu makhluk pun yg menyerupai Tuhan.

3) Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Vishnu (Wishnu) artinya Sustainer (pemelihara alam), yang memberi rizki (Bahasa arabnya adalah “Rabb”).
 
- Veda diambil dari kata sanskrita “ved” yang ertinya : pengetahuan, manakala Veda ertinya: pengetahuan yang sangat mulia.

- Brahma adalah perlambang Monotheisme, iaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman), sedang asalnya adalah Nabi Ibrahim iaitu Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH. (Telah lazim terjadi dimana setelah meninggalnya individu tertentu yang begitu penting, beliau kemudiannya diangkat oleh generasi kemudiannya sebagai Tuhan seperti Nabi Isa yang mendakwahkan ke-ESA-an ALLAH, diangggap pula sebagai anak Tuhan oleh penganut Kristien).

- Ajaran Monotheisme didalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha Pencipta.

Persamaan dalam Islam tentang Konsep Monotheisme Tuhan dengan yang tercatit didalam kitab Hindu adalah sebagaimana terdapat pada QS. Al-Ikhlas (112) : 1 – 4 :

- Ayat 1 : Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa” (Chandogya Upanishad Ch. 6 Sec. 2 V. 1 –> Tuhan hanya satu)
- Ayat 2 : Allah tempat meminta segala sesuatu (Bhagavat Gita Ch. 10 V. 3 –> Dia adalah Tuhan semesta alam)
- Ayat 3 : Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan (Shvetashatara Upanishad Ch. 6 V. 9 –> Tuhan tidak punya bapak & ibu)
- Ayat 4 : dan tidak ada sesuatupun yang setara dengan Dia (Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 dan Yajurveda Ch. 32 V. 3 –> tidak ada yg menyerupai Tuhan)

Umumnya umat Hindu percaya apa yg dinamakan “Samsara”, iaitu perputaran kelahiran & kematian berulang kali, yang dikenal dengan nama “Reinkarnasi”. Iaitu orang yang sudah mati rohnya akan berpindah pada sosok lain yang akan lahir kembali di dunia. Bila amalannya baik, maka ia akan lahir kembali dengan kehidupan yang lebih baik, tapi bila amalannya jelek maka ia akan lahir kembali dengan kehidupan yang buruk atau menjadi makhluk yang lebih rendah drajatnya. Begitulah terjadi berulang kali.

Akan tetapi ternyata hal ini tidak terdapat dalam Veda. Yang disebutkan hanyalah “Punarjanam” atau hidup berikutnya atau hidup lagi, tapi bukan perputaran hidup-mati. (Rigveda Bk. 10 Hymn 16 V. 4 – 5 berbicara mengenai kehidupan sesudah mati, bukan perputaran hidup-mati).

Dalam Veda juga terdapat konsep surga dan neraka yang mirip dengan konsep didalam Islam. Surga digambarkan sebagai tempat yang sangat indah, banyak mengalir sungai susu, berbagai-bagai buah-buahan, tempatnya indah manakala neraka digambarkan dengan gambaran api iaitu tempat penderitaan.

Asalnya agama ini adalah agama Monotheisme iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim (Islam-Muslim) sedangkan perkataan Hindu hanyalah datang kemudiannya.

Allah SWT dalam pun berfirman :


"Ibrahim bukanlah seorang Yahudi, dan bukan pula seorang Nasrani. Ia adalah seorang yang hanif (lurus hanya memper-Tuhan-kan Allah), dan muslim, oleh kerana itu ia bukan dari golongan orang-orang musyrik (memper-Tuhan-kan sesuatu selain Allah)." (QS.3 : 67)

Definisi Hindu

Agama Hindu adalah sebuah agama yang berasal dari daratan India, kemudian baru menyebar ke seluruh dunia. Sesungguhnya kata Hindu memiliki definisi geografis, iaitu orang atau keadaan orang yang menghuni di sekitar sungai Sindu. Menurut ahli sejarah, kata Hindu pertama kali dipergunakan oleh orang Persia ketika pertama datang ke India melalui jalan sebelah barat laut Himalaya. Menurut Encyclopedia of Religion and Ethics vol. 6 ref 699 : kata Hindu tidak ada disebutkan dalam setiap literatur India, bahkan dalam kitab sucinya sendiri sebelum orang Muslim datang ke India.

Menurut Jawaharlal Nehru dalam bukunya : Discovery of India page : 74 – 75 –> kata Hindu pertama kali digunakan pada abad ke-8 pada masa Persia, dan tidak pernah digunakan untuk menerangkan pengikut agama tertentu, tapi untuk menunjukkan suatu komunitas masyarakat. Dan kata Hindu pertama kali digunakan oleh orang Inggris untuk menunjukkan kepercayaan sebahagian besar orang India.

Menurut Encyclopedia Britanica vol. 20 Ref. 581 : kata Hindu pertama kali digunakan oleh penulis Inggris pada tahun 1830 untuk menggambarkan keadaan dan kepercayaan orang India. Dan kerana berasal dari orang Inggris, maka kata itu sekarang menjadi bahasa Inggris.

Sebenarnya orang Hindu terpelajar keberatan untuk penggunaan kata itu. Seharusnya nama agama Hindu adalah : Sanata Dharma (agama yang abadi), Vedic Dharma (agama Weda), atau Vedantist (pengikut Weda). Hal ini karena kata Sanata Dharma, Vedic, ataupun Vedantist memang ada tersebut dalam kitab-kitab suci Hindu.

Saturday, March 29, 2014

Taqwa, beza sahaba dan kita


- Bila para sahaba diberitahu; " Ittaqillah (takutlah pada Allah)", mata mereka akan berlinangan air-mata. Tetapi hari ini, bila seseorang memberitahu kita; " Ittaqillah (takutlah kepada Allah)" , kita merasa itu suatu yang memperkecil-kecilkan kita.

Thursday, March 13, 2014

Insiden MH370

)

Kapten Nurudin Abd Majid bendapat bahawa kita semua ter'hijab' oleh Allah kerana terlalu taksub dengan kecanggihan teknologi dan akal manusia. Semuanya menjadi buntu. Jawapan yang diberi juga jawapan yang buntu. Kita lupa bahawa ada satu lagi kuasa yang Maha Agung yang memiliki semua hal-hal yang nyata dan ghaib.
 

Baginya Ibrah (pengajaran) daripada peristiwa ini bahawa rakyat Malaysia khususnya mesti kembali merendah diri (agamawan, pemimpin dan rakyat jelata) kepada Allah SWT. Merayulah dan bertaubatlah kepada Allah agar dengan Rahman dan Rahim-Nya, dikembalikan MH370 kepada kita semua.

- Kapten Nurudin Abd Majid adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi. Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga