Perkataan
kebangsaan juga dimaknakan sebagai ashabiyah, namun begitu, perkataan
ashabiyah membawa dua pergertian iaitu ashabiyah tercela dan ashabiah
terpuji, sebagaimana perkataan bidaah, satu disebut bidaah dholalah
iaitu bidaah tercela manakala satu lagi disebut sebagai bidaah hasanah
iaitu bidaah terpuji.
Lantaran itu, benarkah bila memperkatakan
atau memperjuangkan agenda Melayu-Islam itu suatu perjuangan ashabiyah
yang tercela? Terdapat suara-suara sumbang yang mengklaimkan bahawa
memperjuangkan agenda Melayu-Islam adalah suatu perjuangan yang sia-sia,
namun jelas pihak ini lantaran tidak memahami apakah makna sebenar
ashabiyah, lalu mereka menghukum secara pukal sedangkan perjuangan
keatas agenda Melayu-Islam sekiranya dibawah konsep Ashabiyah keagamaan
adalah merupakan suatu kewajipan buat semua umat Melayu-Islam.
Ashabiyah, berasal dari kata ashaba yang berarti mengikat dan ashabah
dengan makna ikatan. Ashabiyah merujuk pada ikatan sosial budaya yang
dapat digunakan untuk mengukur kekuatan kelompok sosial. Istilah ini
sudah dikenal sejak zaman pra-lslam. Ibnu Khaldun, cendekiawan Muslim,
menjadikannya sebagai konsep sosial dalam bukunya Muqadimmah.
Konsep ashabiyah dalam pandangan Ibn Khaldun memiliki ruang lingkup
pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Pengertian yang sempit
terbatas pada suatu nasab yang ia sebut nasab khusus, kerana mereka
merupakan keluarga yang satu. Sedangkan pengertian luas adalah
nasab-nasb lainnya yang disebut nasab umum, yang bergabung bersama nasab
yang kuat sebagai suatu sekutu (contohnya perbezaan antara al ashabiyah
al Islamiyah iaitu semangat keIslaman dengan al ashabiyah al jinsiyyah
iaitu semangat fanatisme kesukuan).
Pandangan Ibn Khaldun
terhadap realiti umat Islam pada zamannya, berkaitan dengan konsep
pergabungan atau integriti masyarakat multi-etnik dalam rangka
menciptakan persatuan dan kesatuan bangsa yang kukuh. Jika proses
tersebut berjalan secara efektif maka anggota masyarakat tidak lagi
mempersoalkan asal-usul keturunannya. Ashabiyah yang mereka kembangkan
bukan lagi berdasarkan ikatan keturunan, akan tetapi lebih pada hubungan
perdagangan, hubungan kerja dan usaha, profesi, idiologi serta
kesefahaman (contohnya dari sudut pegangan agama yang sama).
Implikasi dari kesedaran ashabiyah sebegini tentunya akan bertunjak
kepada keperluaan adanya suatu pergerakan yang kuat, yang akan
menguruskan kepentingan-kepentingan buat kelompok ashabiyah tersebut.
Untuk itu secara langsungnya, diperlukan keberadaan pemimpin (contohnya
Amir, Ahlu Syura, Sultan dan lain-lain) yang berperanan menjaga dan
mencegah terjadinya perpecahan atau permusuhan antara sesama kelompok
ashabiyah tersebut. Oleh itu, pemimpin yang sebagai pemegang kekuasaan
diberi superioriti (al-taghalluf) atas yang lain dalam hal ‘ashabiyah.
Sebaliknya, tanpa keberadaan pemimpin, maka urusan buat kesatuan
ashabiyah sebegini, tidak dapat dilaksanakan secara efektif atau
berkesan.
Superioriti (al-taghalluf) ini dimengertikan sebagai
kedaulatan (al-mulk), yang melebihi cakupan pengertian kepemimpinan
(al-riyasat). Al’Riyasat, adalah keadaan menjadi pemimpin atau ketua
suku yang dipatuhi oleh sukunya, namun tidak ada kekuasaan penuh dalam
urusan memimpin. Sementara al-mulk, adalah boleh dikatakan lazimnya
suatu superioriti yang memiliki kekuasaan penuh dalam urusan memimpin.
Sebuah ikatan ashabiyah yang kuat akan menguasai semua ikatan ashabiyah
lain yang ada sehingga menjelma menjadi suatu koalisi atau gabungan
ashabiyah yang lebih besar, seperti menjadi sebuah kenegaraan dengan
memiliki superioriti keatas rakyat golongannya, dan seterusnya
memungkinkan menjadi superioriti atas rakyat dari ashabiyah-ashabiyah
lain yang tidak memiliki hubungan apa-apa dengannya. Sebaliknya, jika
ashabiyah yang satu sama kuatnya dengan ashabiyah yang lain, maka
masing-masing akan tetap menguasai daerah dan rakyartnya sendiri,
sebagaimana halnya kabilah-kabilah dan bangsa-bangsa diseluruh dunia.
Akan tetapi, jika satu ashabiyah menaklukkan ashabiyah yang lainnya dan
diantara mereka terjalin hubungan akrab, maka pihak yang menang akan
memperoleh tambahan kekuatan dari pihak yang kalah. Namun sebaliknya
pihak yang kalah pada suatu saat akan menuntut kekuasaan dan
superrioriti yang lebih baik, sehingga kekuatannya akan dapat menyamai
pihak yang menang dan berkuasa. Kemuncaknya, jika ashabiyah yang menang
dan berkuasa sudah melemah, dan diantara mereka tidak ada yang mampu
mempertahankan kekuasaan yang mereka raih, maka ashabiyah yang baru akan
muncul dan lalu merebut kekuasaan. Disamping itu juga adanya
kemungkinan ashabiyah yang baru berkuasa, bersekutu dengan
ashabiyah-ashabiyah yang lain yang memiliki kekuatan untuk mencapai
tujuan politiknya.
Jadi menurut Ibn Khaldun, konsep ashabiyah
dikaitkan dengan agama adalah kekuatan suatu ashabiyah yang tidak cukup
hanya bergantung kepada kekuatan fisikal, tetapi ianya juga wajar
memiliki kekuatan moral yang didasarkan pada agama dan akhlaq. Semangat
keberagamaan merupakan jawapan serta solusi buat mencegah dari
terjadinya pertentangan dan perpecahan dalaman yang diikat oleh
ashabiyah sebegini. Dari itu, suatu pemerintahan (daulat) akan dapat
tegak dan menjadi kukuh oleh agama. Al-mulk, tercapai lantaran
superioriti, superioriti diperoleh kerana ashabiyah, serta bersatunya
kehendak dan jiwa untuk mencapai tujuan buat menegakkan agama Allah.
Demikian pula peranan da’wah dapat menambah kekuatan ashabiyah
keagamaan yang menjadi dasar tegaknya daulah, sebab agama dapat
mengendalikan persaingan dan permusuhan diantara pendukung ashabiyah,
dan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang satu serta maksud hidup
yang satu. Dengan demikian, jatuh bangunnya suatu daulah, dalam
pemikiran Ibn Khaldun, sangat bergantung pada superioriti suatu
‘ashabiyah terhadap yang lainnya. Ashabiyah keagamaan, kewujudannya
menyatukan umat buat kemashlahatan bersama, membimbing umat kepada
kebenaran hakiki dan seterusnya mempertahankan kebenaran tersebut.
Saturday, June 01, 2013
Saturday, May 11, 2013
Kajian keatas pengertian Kebangsaan/Nasionalisme - 1
Secara etimologi : Kebangsaan/Nasionalisme berasal dari perkataan “nasional” dan “isme” iaitu mengandungi makna kesedaran dan semangat kecintaan pada tanah air, memiliki kebanggaan sebagai suatu bangsa atau memelihara kehormatan bangsanya, memiliki rasa simpati terhadap musibah dan kekurangan bangsanya atau sebaliknya iaitu merasa gembira diatas keberuntungan saudara setanah air, sebangsa dan senegaranya.
Kebangsaan/Nasionalisme ditampilkan dalam beberapa kategori dimana lazimnya kategori-kategori tersebut saling kait-mengait atau mencampur-aduk antaranya. Kategori-kategori tersebut adalah:
1 - Nasionalisme sivik (atau nasionalisme sivil), sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari penyertaan aktif rakyatnya, "kehendak rakyat"; "perwakilan politik". Teori ini mula dinyatakan oleh Jean-Jacques Rousseau dan menjadi bahan-bahan tulisan. Antara tulisan yang terkenal adalah buku bertajuk On the Social Contract (atau dalam Bahasa Melayu "Mengenai Kontrak Sosial").
2 - Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat. Ia dinyatakan oleh Johann Gottfried von Herder, yang memperkenalkan konsep Volk (bahasa German untuk "rakyat").
Nasionalisme organik atau nasionalisme identiti adalah lanjutan dari nasionalisme etnik dimana negara memperolehi kesahihan politik secara semulajadi ("organik") hasil daripada sesuatu bangsa atau ras.
3 - Nasionalisme Budaya adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya bersama atau kesamaan dan bukannya "sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya.
4 - Nasionalisme kenegerian ialah variasi kepada nasionalisme sivik, selalunya digabungkan dengan nasionalisme etnik. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan. Kejayaan suatu negeri atau dearah itu selalunya kontras dan berkonflik dengan prinsip masyarakat demokratik. Penyelenggaraan sebuah 'national state' adalah suatu hujah yang ulung, seolah-olah ia membentuk kerajaan yang lebih baik dengan tersendiri.
5 - Nasionalisme keagamaan ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi "political legitimacy" dari persamaan agama.
Bertolak dari pengertian kategori-kategori tersebut maka dapat disimpulkan bahawa nasionalisme adalah kefahaman yang meletakkan kesetiaan tertinggi individu yang harus diberikan kepada sesuatu iaitu bangsa atau negaranya, dengan maksud bahawa individu sebagai warga-negara memiliki suatu sikap atau perbuatan untuk mencurahkan segala tenaga dan fikirannya demi kemajuan, kehormatan untuk menegakan kedaulatan buat bangsa atau negaranya.
Terdapat juga dua perbezaan akan apa itu kebangsaan/nasionalisme iaitu pertamanya dalam pengertian sempit: kefahaman kebangsaan yang berlebihan dengan memandang bangsa sendiri lebih tinggi (unggul) dari bangsa lain. Kefahaman ini sering disebut dengan istilah “Chauvinisme”. Chauvinisme seperti Zionis yang mengagungkan bangsa Yahudinya atau Adolf Hitler mengagungkan bangsa Jermannya, dimana ianya adalah suatu yang bersifat negatif atau suatu yang membawa kepada keburukan.
Manakala kebangsaan/Nasionalisme dalam pengertian yang luas, iaitu kefahaman kebangsaan yang meletakkan kesetiaan tertinggi individu terhadap bangsa dan tanah airnya dengan memandang bangsanya itu merupakan sebahagian dari bangsa-bangsa lain didunia ini yang memiliki hak-haknya tersendiri.
Bersambung...
Tuesday, April 09, 2013
Hutang
Zaman kredit membuat insan semakin kedekut? Dizaman kredit yang mudah didapati diwaktu ini, menyebabkan ramai yang terjerat terutama diatas keinginan memiliki apa yang dikatakan terbaik atau terbaru. Tambahan atas sifat ingin menonjolkan diri sebagaimana falsafah Melayu, "biar papa asal bergaya", ramai yang tidak teragak-agak atau memikirkan jalan lain, terus berhutang dalam mengejar arus duniawi.
Dari itu juga, ramai yang bukan sahaja semakin berbangga-bangga dengan apa yang dimiliki (secara kredit) malah semakin menjadi sifat kedekutnya lantaran hutang keliling pinggan yang ditanggung. Dan semakin dikejar kebendaan, semakin tenggelam diri dalam lautan kebendaan yang semakin membukit.
Hutang terutamanya lantaran hajat hidup seperti memiliki tempat kediaman mahupun kenderaan menyebabkan ramai yang kehidupannya hanyalah untuk membayar hutang-hutang yang mengelilinginya. Dan masalah yang timbul memberati adalah harga-harga barang yang dihajati seperti kenderaan, iaitu dari membeli yang murah atau second-hand berlandaskan kemampuan diri, dibelinya sesuatu yang mahal yang melebihi kemampuan diri. Atau rumah kediamannya yang bukan hanya sebuah dimiliki malah mahu dimiliki 2-3 buah tetapi kemampuan diri amatlah terhad.
Lantaran itu, perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan diri seperti menunaikan haji mahupun hanya umrah, tidak dapat dilakukan. Dan malah yang lebih parah adalah bila kehidupan terikat dengan riba lantaran bunga yang sewajarnya dibayar atas hutangnya.
Friday, March 08, 2013
Ketagihan Whatsapp, FB dll?
Whatsapp menjadi salah satu ketagihan buat
ramai insan termasuk yang telah berumur. WhatsApp adalah alat seperti
mana-mana peranti komunikasi yang lain dalam kehidupan seharian, namun
penggunaan smsnya yang amat mudah serta malah terbuka melintasi
segala sempadan membuat ramai yang menjadi ketagihan dan meletakkan
sepenuhnya perhatian dalam kehidupan seharian hanya pada message-message
yang diterima serta dibalas-baik tidak kira apa sahaja termasuk
bahan-bahan umpatan.
Terdapat banyak perkara dalam kehidupan sebenarnya yang layak mendapat lebih perhatian. Kita hanya perlu berfikir untuk seketika dan kita akan mendapati berjuta-juta perkara yang kita harus mengutamakannya namun perkembangan dunia modern komunikasi ini menyebabkan ramai yang tenggelam didalamnya lalu mensia-siakan waktu-waktu kehidupan mereka yang berharga.
Contohnya, ramai dahulunya berjiwa kreatif, menghasilkan setiap waktu banyak perkara seperti penulisan, lukisan, jahitan, bertukang dan sebagainya, namun bila tenggelam dalam dunia komunikasi ini, mereka meninggalkan perkara yang baik ini atau hanya sedikit waktu diperuntukkan untuk berkreatif.
Dan lebih parah dari itu, amal solehan yang dikerjakan semakin berkurangan samada dari sudut jumlahnya mahupun kualitinya. Dari sibuk memenuhi waktu dengan zikir, bacaan Al-Quran, solat sunat menziarahi sesamanya dan lain-lain amalan yang baik, ramai yang tenggelam dalam dunia modern komunikasi seperti Facebook, whatsapp dan lain-lain.
- Dari itu, sentiasalah kita berpesan-pesan sesama kita kearah kebaikan. Arus dunia sentiasa membadai tetapi dengan pelampung-pelampung yang dilontarkan, mereka yang tenggelam boleh juga bergayut...
Terdapat banyak perkara dalam kehidupan sebenarnya yang layak mendapat lebih perhatian. Kita hanya perlu berfikir untuk seketika dan kita akan mendapati berjuta-juta perkara yang kita harus mengutamakannya namun perkembangan dunia modern komunikasi ini menyebabkan ramai yang tenggelam didalamnya lalu mensia-siakan waktu-waktu kehidupan mereka yang berharga.
Contohnya, ramai dahulunya berjiwa kreatif, menghasilkan setiap waktu banyak perkara seperti penulisan, lukisan, jahitan, bertukang dan sebagainya, namun bila tenggelam dalam dunia komunikasi ini, mereka meninggalkan perkara yang baik ini atau hanya sedikit waktu diperuntukkan untuk berkreatif.
Dan lebih parah dari itu, amal solehan yang dikerjakan semakin berkurangan samada dari sudut jumlahnya mahupun kualitinya. Dari sibuk memenuhi waktu dengan zikir, bacaan Al-Quran, solat sunat menziarahi sesamanya dan lain-lain amalan yang baik, ramai yang tenggelam dalam dunia modern komunikasi seperti Facebook, whatsapp dan lain-lain.
- Dari itu, sentiasalah kita berpesan-pesan sesama kita kearah kebaikan. Arus dunia sentiasa membadai tetapi dengan pelampung-pelampung yang dilontarkan, mereka yang tenggelam boleh juga bergayut...
Wednesday, January 30, 2013
Ikan Yin Yang - kekejaman insan
Kekejaman
insan, ikan dimasak hidup-hidup, dan dihidangkan dalam keadaan ikan
tersebut begitu kesakitan lantaran digoreng, dipotong, dibubuh perasa
dan dimakan dagingnya. Inilah salah satu contoh bagaimana cinta dan syahwat insan boleh membawa insan kelembah kekejaman, kedurjanaan, tidak berperi-kemanusian dan berkelakuan lebih rendah tarafnya dari haiwan. Cintakan suasana riang bersama keluarga atau teman sekeliling, suasana jamuan yang disusun indah, suasana harmoni sambil menikmati juadah yang menselerakan tetapi atas syahwat yang tidak dikawal, tidak diindahkan langsung kesengsaraan ikan yang digoreng dan diratah sedangkan ikan tersebut masih dalam keadaan hidup.
- This dish, called “yin yang fish” or
“dead-and-alive fish,” which features a deep fried fish with its head
still twitching, due to the great cruelty inflicted on the fish, is
popular in China.
When diners pick the fresh meat with their
chopsticks, they can watch the fish’s stirring mouth, cry from
suffering. This is total an cruel act to animals and shows no respect or
mercy for life of others.
The fish’s which stare with his eyes
at those who eating him alive and left a great suffer to him that no
one can imaging will surely meet again all those people in Yaumul
Qiyamah (day of resurrection) for the higher price bill which they need
to pay in hell.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory



