Tuesday, May 29, 2012

Ijtima Itali 2012


Ijtima Itali (25-27 Mei) dibandar menara condong Pisa buat usaha keatas iman dan amal dengan menyatu-padukan semua umat Islam tidak kira bangsa, bahasa, nationaliti, kedudukan dan sebagainya. Alhamdulillah hari ini, dimana-mana sahaja diseluruh dunia, usaha dakwah-tabligh ini sentiasa bergerak disetiap sudut alam. Semuanya atas limpah rahmat dari Allah semata-mata.

Friday, May 25, 2012

Melayu dan Islam - 3


Perkataan orang Melayu-Islam merujuk kepada semua mereka yang berketurunan darah bangsa Melayu dan juga semua bangsa lain yang berugama Islam dan berkerakyatan Malaysia, contohnya India Islam atau digelar keturunan mamak, orang Cina yang berketurunan Nonya-Baba yang beragama Islam, kalangan penduduk pribumi lain yang beragama Islam seperti Iban, Kadazan, Sakai dan seterusnya.

Dari segi definisi budaya (cultural definition), bangsa Melayu itu merangkumi keseluruhan penduduk pribumi diNusantara, iaitu kalangan penduduk asal serumpun Nusantara tidak kira agama, bahasa mahupun adat istiadat masing-masing seperti keturunan jati Melayu dari selatan Siam, Semenanjung Malaysia, Sabah-Sarawak termasuk Brunei, selatan Filipine serta seterusnya dari keturunan suku-suku diIndonesia seperti Jawa, Bugis, Aceh, Mandaling dan lain-lain.

Manakala dari segi definisi Bumiputra Melayu diMalaysia adalah kalangan mereka yang asas keturunannya bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu. Bahkan juga lazimnya terjadi, mereka yang bukan kalangan pribumi, tetapi berkahwin dengan orang Melayu dimana samada dirinya memang beragama Islam atau baru memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Sedang dari sudut kenyataan umum yang lain, perkataan Melayu itu sendiri membawa identiti atau jati-diri akan suatu bangsa yang beragama Islam sebagaimana bila memperkatakan identiti atau jati-diri bangsa Arab, secara automatiknya dimengertikan bahawa bangsa tersebut adalah beragama Islam biarpun terdapat kelompok manoriti bangsa Arab yang menganut agama selain Islam.

Hari ini, bangsa Melayu merupakan salah sebuah bangsa yang majoriti dan terbesar didunia sebagai bangsa yang beragama Islam dengan angka yang melebihi dari 250 juta jiwa. Dimana juga suatu kelebihan yang sewajarnya dimaksimumkan keupayaannya dalam menyatukan semua bangsa Melayu adalah lantaran keseluruhan bangsa Melayu satu bahasa iaitu bahasa Melayu dan dibawah satu mahzab iaitu mahzab Syafie. Terdapat sejarah yang menyatakan bahawa pedagang India yang bermahzab Hanafi, membawa masuk agama Islam keMelaka dimana Melaka seterusnya menjadi pusat penyebaran Islam yang terulung dirantau Asia, namun begitu kebanyakan ilmu-ilmu Islam adalah berasal dari Aceh yang begitu awal telah menjadi sebagai pusat Islam bermahzab Syafie dirantau Nusantara dengan pesatnya usaha menterjemahkan kitab-kitab berbahasa Arab kedalam bahasa Melayu.

Fakta bahawa agama Islam adalah dibawa oleh pedagang-pedagang India keMelaka dapat dilihat dari segala stuktur budaya Islam yang dihidupkan sedari dahulu adalah amat berbeza dengan budaya Arab-Islam (seperti contohnya baju Melayu dengan songkoknya bukan berjubah panjang dan berserban atau juga dengan keadaan wanita-wanita orang-orang Melayu suatu waktu dahulu yang tiada langsung mencerminkan kebudayaan Arab-Islam, sedang tudung labuh mahupun niqab hanya dikenali dipertengahan abad ke-20 lantaran usaha-usaha dakwah-Tabligh dan lain-lain), sedangkan lazimnya daerah yang mendapat usaha agama terus dari bangsa Arab akan mengadaptasikan juga segala kebudayaan Islam dari orang-orang Arab sebagaimana didaerah-daerah Farsi, Turki, daerah-daerah diutara dan tengah Afrika serta juga Aceh suatu waktu dahulu.


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang dirumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

~ Usman Awang


Bersambung...

Melayu dan Islam - 2


Biarpun Tanah Malaysia telah mencapai kemerdekaan diatas usaha berterusan sesejak awal British menapak kuasanya dirantau ini dari orang Melayu-Islam (dimana asalnya hanya orang Melayu yang merasa dan menghargai apa itu sebuah kemerdekaan kerana merekalah penduduk asal serta pegangan agama yang amat berbeza dari penjajah, sedangkan kaum Cina dan India diwaktu itu rata-ratanya hanya sebagai pendatang yang berjiwakan negara asal mereka) namun tetap kaum Melayu merasa mereka belum merdeka sepenuhnya lantaran adanya suara-suara sumbang yang mahu menafikan kedudukan orang Melayu bersama imej negara Islam yang sentiasa diperjuangkan. Disamping keadaan orang Melayu-Islam yang lebih mundur dibandingkan dengan kaum pendatang lantaran sesuatu sebab membuat mereka seakan masih lagi sebagai penduduk jajahan kelas 3.

Kemunculan ideologi Komunis bukanlah untuk memerdekakan Tanah Malaysia tetapi hakikatnya hanyalah untuk meletakkan sesuatu bangsa mahupun kelompok untuk berkuasa secara mutlak. Pihak komunis ini yang kebanyakkannya adalah dari bangsa Cina telah melakukan begitu banyak onar dan tindakan durjana namun orang Melayu-Islam masih mampu bersabar kerana pihak komunis itu jelas musuh serta penganas tetapi bila pihak-pihak yang asalnya pendatang ini cuba mengambil kuasa melalui undi dan dengan niat menafikan atau mengugat kedudukan orang Melayu-Islam, maka tercetuslah 13 Mei 1969.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969

Dikatakan penyokong parti kaum Cina (Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP)) yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ini menampilkan anggapan bahawa penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang Melayu keluar.

Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif, disamping itu, keadaan menjadi bertambah buruk bila ada yang mencaci serta meludah dari atas lori kearah orang Melayu ditepi jalan. DiJinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian tersebut bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan-raya dengan menghina Melayu.

Orang Melayu berkumpul dirumah Menteri Besar Selangor diKampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan, sedangkan mereka yang berkumpul tersebut telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
 

3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu diSetapak yang hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita Melayu yang mengandung dibunuh dimana kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu disekitar Kuala Lumpur. Orang-orang Cina dan pemuda Cina ini sebenarnya telah lama lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing.
Maka keluar mengamuklah orang-orang Melayu lalu ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Dikatakan kononnya ada rakaman video akan beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan ditepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada bukti yang nyata mengenai rakaman ini.

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, diJalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina diskrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung manakala penonton Melayu yang tinggal dalam panggung tersebut ditetak mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal diSungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal diKuala Lumpur (yang masih hidup sehingga kehari ini) juga turut menonton wayang diOdeon tersebut dimana beliau yang cedera terkena tetakan dikepalanya, berpura-pura mati. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (Malay Dilemma) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan. 

 


Bersambung...

Thursday, May 24, 2012

Melayu dan Islam - 1

Sejarah lalu telah membuktikan dimana hari Malaysia hampir dikuasai sepenuhnya oleh mereka-mereka yang berniat menghapuskan bukan sahaja kekuasaan kaum Bumiputra Melayu malah memadamkan keseluruhan imej Islam diTanah Melayu ini tidak mustahil akan berulang sekiranya umat Melayu-Islam lepa dan lalai.

Kaum Melayu yang menjadi asas tulang belakang kepada keutuhan agama Islam diTanah Malaysia cuba digugat, dinafikan dan malah mahu menjadi kaum jajahan kelas 3 sebagaimana dizaman British, namun dengan bantuan Allah Taala, sehingga hari ini, tetap bersemadi kuasa orang Melayu-Islam dibawah kehormatan kepada Sultan-Sultannya yang diamanahkan untuk mempertahankan Tanah Malaysia buat selama-lamanya sebagai sebahagian dari Tanah Islam. 


Singapore adalah contoh jelas bagaimana sekeping tanah yang dahulunya sebahagian dari Tanah Islam, telah terlepas buat selama-lamanya. Dan diSingapore, bukan sahaja tidak boleh memperjuangkan hukum hudud melalui sistem demokrasinya, malah perkataan hudud itu sendiri seakan diharamkan untuk diperkatakan. Jadi apakah benar sistem demokrasi itu dapat menukar segalanya sebagaimana yang dilaungkan oleh sebahagian dari kalangan umat Islam yang jelas undi yang dimiliki mereka adalah hanya suku dari jumlah keseluruhan undian?

Semoga generasi ini sentiasa celek dan memahami segala helah musuh disamping sentiasa memperjuangkan Tanah Malaysia sebagai sebahagian dari Tanah Islam dan seterusnya mempertahankan keamanan yang dikecapi. Kini masanya hampir tiba untuk bangsa Melayu yang telah sekian lama ketinggalan dalam membawa Islam kemercu teratas sekiranya dibandingkan dengan bangsa Arab, Parsi, Turki mahupun Indo-Pak Muslim. Lantaran itu, menjadi kewajipan untuk bersatunya semua orang Melayu dibawah nama Islam dengan keutamaan diatas usaha dakwah dan jauhkan daripada helah politik yang memecahkan kesatuan umat serta seterusnya melemahkan umat Islam dari segala aspek.









Bersambung...

Monday, May 07, 2012

Islamic Expo Dornbirn, Austria

Hujung minggu, berjalan-jalan keIslamic expo diDornbirn, Austria. Masyaallah, meriah juga sambutan dia dan ramai orang Islam disini datang terutamanya dari bangsa Turki kerana yang menganjurkannya juga dari kalangan orang-orang Turki. Bermacam-macam jualan ada, dari kopiah hingga kebuku-buku. Dan disuatu sudut, tersedianya warung-warung makanan halal, alhamdulillah, dapat juga merasa daging panggang Adana dan disudahi dengan chai Turki.









- Bodensee, tasik terbesar diEropa yang berada disempadan antara Switzerland, Austria dan German. Cantik tasiknya.
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga