Monday, May 02, 2011

Sebab dan akibat - 3


Tidak keterlaluan bila dikatakan dunia Eropa barat atau keseluruhan dunia amnya, sebenarnya terhutang budi kepada para-para pemikir Islam seperti seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina (Avicenna), Ibn Rushd (Averroes), Ibn Al-Haytham (Alhacen), Al-Biruni dan lain-lain termasuk Imam Ghazali kerana telah menyumbang kepada asas-asas pemikiran modern hari ini dan membantu bagi proses pencerahan minda buat dunia Eropa Barat.

Dimana tidak dinafikan juga akan sumbangan para pemikir Yunani yang hadir 2-3 abad sebelum kelahiran nabi Isa a.s, namun usaha pemikir-pemikir falsafah Yunani ini tidak dapat mengambil tempat didunia benua Eropa Barat kerana hampir keseluruhannya waktu itu dibawah hegemoni kuasa Roman dan seterusnya dibawah ajaran Kristus yang berbeza persepsinya dengan pemikiran falsafah Yunani.

Hanya lewat setelah pemikir-pemikir Islam melakukan pengajian mendalam buat segala ilmu termasuk ilmu dari pemikir Yunani iaitu dengan meneliti dan memperbaikinya, maka dunia Eropa kemudiannya diperkenalkan kepada dunia pemikiran Islam dan Yunani. Sebagaimana prinsip kausaliti yang berkaitan dengan logika menyebabkan seterusnya kepada gelombang proses pencerahan dan merubah secara drastik keadaan didunia Eropa yang sebelumnya dikatakan sebagai zaman kegelapan.

Disamping itu, dalam dunia Islam sendiri, Imam Ghazali telah menyangkal cara pemikir-pemikir Islam sebelumnya seperti Ibn Sina, Ibn Farabi dan lain-lain dalam kitabnya Tahafud al-Falasifah, dimana Imam Ghazali sebenarnya telah berperanan meluruskan kembali cara pemikiran yang dilakukan oleh pemikir-pemikir Islam diwaktu itu kerana impak keburukan yang disedarinya sekiranya pemikir-pemikir Islam waktu itu terus hanyut dalam arus falsafah Yunani, termasuk kesan jangka panjang kepada generasi kemudianya. Sebagaimana ahli falsafah Perancis, Etienne Gilson (1884-1978) penulis buku "History of Philosophy", menyatakan bahawa pemikiran Ibn Rushd adalah sebenarnya merupakan akar bagi pandangan rasionalisme didunia Eropa dan dari pandangan ini seterusnya juga digunakan oleh para athiest iaitu mereka yang tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan untuk menentang wahyu serta disamping juga menyumbang kepada lahirnya sekularisme iaitu pemisahan antara hal dunia dengan agama.

Berbalik kepada sebab dan akibat, sebab dan akibat juga lazimnya berada dalam kategori kemungkinan kerana masih banyak persoalan tentang sesuatu sebab dan akibat belum terjawab atau masih hanya berbentuk teori. Seperti contohnya matahari bersinar saban waktu dikatakan mendapat tenaganya dengan membakar gas pada daerah core atau intinya dalam sebuah proses yang dikatakan fusi nuklear dan hampir keseluruhan terdiri dari hidrogen serta helium. Sebegitu juga dikatakan saiz core matahari sekian-sekian besar namun semuanya adalah masih dalam kategori teori iaitu masih dalam bentuk kemungkinan-kemungkinan kerana tiada insan yang mampu menghampiri matahari untuk memahami akan keadaan yang sebenar-benarnya. Sesuatu kemungkinan itu diperkirakan telah menjadi kepastian adalah setelah diselidik secara terperinci berulang-ulang kali dan dengan adanya alat-alatan untuk membantu untuk memastikannya seperti raksa yang digunakan untuk menyukat suhu atau haba yang terhasil oleh matahari dipermukaan bumi.

Atau seperti sewaktu dahulu, para pengkaji astronomi menyangkal bahawa matahari yang berputar mengelilingi bumi, namun mereka yang menyangkal ini tiada mempunyai peralatan yang cukup untuk membuktikan kepastian akan hal tersebut, hanya-sanya bila insan kini mampu menghantar peralatannya seperti satelite serta teropong terbang keluar keatmosphera bumi, maka gambaran yang jelas akan bagaimana pergerakan bumi mengelilingi matahari dapat dibuktikan.

Namun begitu, suatu yang dikatakan kepastian, wajar sahaja berubah menjadi hanya kemungkinan-kemungkinan diatas bukti-bukti yang menyanggahnya seperti contohnya, dikatakan pada tahun 1969, insan telah sampai kebulan, namun bila dilihat bukti-bukti yang menyanggahnya, ianya hanyalah seakan suatu kemungkinan, iaitu segala yang ditayangkan hanyalah sebuah rakaman yang dilakukan distudio, lantaran untuk mendapat nama atau keuntungan.

Sebagaimana pertanyaan, mengapakah sehingga kini, Amerika Syarikat tidak berkemampuan menghantar insan kebulan, sedangkan bulan wajar sahaja menjadi tempat yang ideal untuk negara-negara nuklear mendepotkan sisa-sisa nuklear mereka yang amat berbahaya dan sehingga kini masih tiada cara untuk melupuskannya. Dimana juga, biarpun kini setelah lebih dari empat dekad berlalu dari tarikh yang dikatakan insan telah sampai kebulan, namun yang mampu dilakukan hanyalah berligar-ligar mengelilingi atmosphera bumi. Atau pertanyaan lain adalah bagaimanakah kapal angkasa yang digunakan untuk mendarat dibulan yang bersaiz begitu kecil mampu mendarat tanpa meninggalkan apa-apa kesan pembakaran yang besar pada tempat pendaratannya serta bagaimana ia mampu terbang meninggalkan bulan sebegitu mudah seakan helikopter terbang meninggalkan landasannya? 

Sebegitulah juga suatu pemikiran atau hal yang berkaitan dengan prinsip kausaliti iaitu hubungan antara sebab dan akibat, selama-mana ia belum dapat dibuktikan kebenarannya, ianya hanyalah dalam kategori kemungkinan-kemungkinan dimana sebaliknya juga, sesuatu yang telah dikatakan suatu kepastian tetapi terdapat bukti kemudiannya yang kukuh untuk menyanggah, maka ia berubah kepada kategori hanya suatu kemungkinan-kemungkinan.


Bersambung...








Sunday, May 01, 2011

Sebab dan akibat - 2


Kausalitas atau kausaliti adalah hubungan terjadinya sebab dan akibat, seperti hubungan antara sebab dan akibat yang difahami secara suatu logik yang wajar, yang berkaitan dengan segala sebab yang diperlui untuk menghasilkan akibat dan juga peristiwa atau kejadian yang berlaku berhubung dengan sebab dan akibat. 

Contohnya, sebab dan akibat mengenai sebatang pokok bunga adalah dengan memahami secara logik akan pokok bunga tumbuh kerana sebab benihnya disemai (logical necessity), manakala segala sebab yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok bunga tersebut adalah seperti air, cahaya, kesuburan tanah dan lain-lain (necessary condition), sedang dimana dan bila pokok bunga tumbuh adalah peristiwa atau kejadian sebab dan akibat ini berlaku disekian-sekian ruang masa dan tempat (event). Manakala pokok bunga tersebut boleh sahaja dinamakan sebagai objek untuk sebab dan akibat, contohnya objek yang dinamakan bunga popi adalah sebab terhasilnya dadah dan akibat dari dadah tersebut membawa kemudaratan.


Prinsip kausaliti meliputi segala yang wujud dialam ini dan persoalan, pengajian, pemahaman mahupun perbualan keatasnya adalah asas kepada segala ilmu duniawi. Dari seorang kanak-kanak kecil yang mempelajari akan segala sebab dan akibat dari segala kejadian yang berlaku disekitar dirinya, sehinggalah kepada para sasterawan, para seniman, para pengkaji-pengkaji, para saintis dan seterusnya, semuanya terbabit dalam prinsip kausaliti untuk memahami lebih mendalam akan setiap sesuatu tersebut. Pengalaman memahami akan sebab dan akibat sesuatu tersebut seterusnya menghadirkan suatu pengetahuan tentangnya.

Sebagaimana sebaliknya iaitu sekira tiadanya prinsip kausaliti ini berlaku dialam ini, maka segalanya seakan suatu kekosongan seperti planet-planet lain yang kekosongan dari kehidupan dimana sebab dan akibat berlaku disitu hanya dalam bentuk asas iaitu adanya planet tersebut, adanya element-element seperti batu-bata, pasir-debu, gunung-ganang, siang-malam sedang selebih dari itu, tiada langsung aktiviti-aktiviti kehidupan mahupun sesuatu yang dikatakan suatu kehidupan itu sendiri seperti tumbuh-tumbuhan, haiwanat serta insan.

Dalam pada itu, berlakunya suatu sebab dan akibat tersebut samada dalam bentuk peristiwa atau objek, bukanlah suatu keutamaan untuk difikirkan sehingga ia dijadikan sebagai maksud hidup kerana peristiwa dan objek hanyalah sebahagian dari proses alamiah dan keseluruhan prinsip kausaliti itu sendiri termaktub dalam proses alamiah. Contohnya peristiwa berlakunya sebab dan akibat disekian-sekian kejadian dan tempat, iaitu berlakunya suatu tindakan antara A dan B mengakibatkan kewujudan C adalah tidak jauh bezanya bila dikatakan bahawa objek A dan B mengakibatkan kewujudan C atau akibat kewujudan C maka A dan B dapat dikesan sebagai penyebabnya.

Sebegitu juga bila dikatakan sebab-sebab lahiriah iaitu yang terdapat dialam sekitar serta dapat dicapai dengan panca-indera luaran atau sebab-sebab yang sebaliknya iaitu sebab-sebab batiniah dalaman seperti pemikiran serta perasaan insan atau kehidupan lain iaitu haiwanat dan jinnat, dimana kedua-duanya iaitu lahiriah mahupun batiniah berpotensi menghadirkan suatu sebab dan akibat. Iaitu dari kedua-dua cabang ini maka adanya sebab-sebab dan dari situ, samada membawa akibat-akibat yang kecil kesannya mahupun besar hatta yang melibatkan kelompok-kelompok insan-insan, mahluk-mahluk seperti haiwanat dan seterusnya kepada dunia amnya.

Sebab dan akibat lahiriah dari alamiah atau fizik adalah segala yang berlaku dan nyata akan kewujudanya dan dikatakan samada dalam suatu bentuk pusingan seperti contoh sebab turunnya hujan mengakibatkan adanya aliran air yang membantu menyuburkan tanah dipersekitaran sebelum aliran air ini menuju kelautan dan pancaran matahari menyebabkan air tersebut tersejat lalu menjadi awan dimana awan ini seterusnya menrunkan kembali air hujan atau dalam suatu bentuk yang tiada pusingan seperti gunung berapi yang melontarkan lava-lavanya dimana mengakibatkan segala kehidupan disekitar gunung tersebut musnah namun kemudiannya juga, lava-lava berapi yang membakar dipersekitaran gunung berapi itu juga kemudiannya menyumbangkan kepada kesuburan tanah-tanah disekitar gunung berapi tersebut.

Manakala sebab dan akibat batiniah adalah bagaimana sebab-sebab keatas pemikiran atau perasaan mengakibatkan suatu tindakan contohnya sebab rangsangan perasaan seekor ayam jantan kepada ayam betina mengakibatkan tindakan yang menghasilkan ayam betina tersebut bertelor. Sebab dan akibat batiniah ini jelas mampu memberi kesan pada kehidupan persekitaran terutama bila dikaitkan dengan sebab dan akibat batiniah insan yang mana jelas telah memberi kesan impak yang besar keatas arus kehidupan persekitaran, samada yang berbentuk kebaikan mahupun kerosakan mahupun sehingga keperingkat kerosakan total.

Atas itu, persoalan utama yang wajar diajukan dan difikirkan adalah, pernahkan insan bertanya akan sebab dan akibat kehadiran dirinya dialam ini? Pernahkan insan cuba memahami prinsip kausaliti ini untuk menyedari apakah maksud sebenar akan kewujudan dirinya? Apakah insan menyangka bahawa dirinya hanyalah sebahagian dari segala proses alamiah dan dibiarkan sebegitu sahaja selepas usianya didunia maya ini berakhir tanpa perlu bertanggung-jawab kepada segala akibat-akibat dari sebab-sebab perbuatannya?



Bersambung...


Saturday, April 30, 2011

Sebab dan akibat - 1


Sebab dan akibat, suatu perkataan yang lazimnya kedengaran dan menjadi perbualan atau pengajian sesejak dahulu lagi. Atas itu juga, dunia hari ini berubah dari semasa kesemasa, dari keadaan yang dikatakan primitif kepada keadaan yang dikatakan bertamadun, dari hanya berjalan kaki ke berkenderaan dan seterusnya kepada segala aktiviti-aktiviti kehidupan seharian insan. Dalam mana boleh dikatakan, atas pertanyaan sebab dan akibat, dunia modern hari ini terbina.

Ini kerana lantaran sebab dan akibat, segala yang berkaitan dengan alam ini seperti penyebab-penyebab segala sesuatu dialam ini serta apa yang dapat dihasilkan atau apa akibat dari sesuatu sebab dialam ini, didalami dan dipergunakan untuk kemudahan bagi membantu kehidupan seharian insan dimana sahaja. Contohnya dengan mengaji akan sebab adanya bahan-bahan binaan yang kukuh seperti simen, batu serta besi maka insan hari ini dapat membina binaan yang lebih kukuh serta tahan lama hatta sehingga hari ini, insan dapat memenuhi seluruh kota-kota didunia ini dengan bangunan-bangunan pencakar langitnya.

Kehidupan harian insan samada dikehendaki sebegitu atau cuba dihindari, adalah terikat dengan sebab dan akibat. Ini kerana dunia ini adalah dunia darul asbab, iaitu dunia bersebab. Dengan memahami, mempelajari serta mengkaji sebab dan akibat akan segalanya yang ada dialam ini, iaitu antara sebab yang mendatangkan akibat kebaikan mahupun kemudaratan, insan diseluruh dunia menjalani kehidupan sehariannya. Dari hari ke sehari, insan mengumpul segala pengalaman yang diperolehi akan sebab dan akibat dan seterusnya dari situ menjadi pengetahuan buat insan. Pengetahuan dari pengalaman adalah lumrahnya bersabit dengan pengalaman dari sebab dan akibat sesuatu tersebut.

Contohnya seorang tabib yang melalui pengalaman akan sebab-sebab penyakit aneh yang dialami oleh pesakitnya seperti dari sesuatu jenis kuman, akibat-akibat yang terhasil dari kehadiran kuman tersebut didalam tubuh pesakitnya serta seterusnya bagaimana mengubatinya, dimana pengalaman ini dikumpul dan disampaikan sebagai pengetahuan kepada pihak-pihak lain kemudiannya atau sebagaimana juga contohnya seorang petani yang berpengalaman akan sebab-sebab yang dapat menyuburkan tanaman mengikut musim dan keadaan tempatnya yang mana pengalaman ini diturunkan kepada generasi kemudian sebagai suatu pengetahuan. Dan seterusnya juga kepada segala aktiviti-aktiviti harian yang bersangkut-paut dengan pengalaman-pengalaman akan sebab dan akibat dari sesuatu dialam ini.

Menghindari kehidupan dari segala yang berkaitan dengan sebab dan akibat adalah nyata sesuatu yang amat mustahil dan boleh dikatakan tiada siapa dapat melalui tahap kehidupan sebegitu. Contohnya tiada siapa pun yang boleh hidup didunia ini tanpa sebab air atau udara, kerana disebabkan tanpa adanya air atau udara, bukan sahaja insan malah merangkumi segala kehidupan dialam ini akan mengalami kepupusan, namun dalam pada itu, insan masih berkemampuan mencuba meminimumkan segala yang berkaitan dengan sebab dan akibat dalam kehidupan sehariaannya seperti mengurangkan sebab-sebab dari bentuk keperluaan hidupnya, terutamanya setelah terbukti akan banyaknya akibat-akibat keburukan yang terjadi dimuka-bumi ini adalah diatas memenuhi sebab-sebab keperluaan dalam kehidupan insan disepanjang zaman.

Dari pertanyaan, pengajian, perbualan dan seterusnya, akan kaitan dengan sebab dan akibat ini juga, maka lahirnya berbagai pandangan sehingga kepada pegangan diatas sesuatu pendapat seperti kewujudan pandangan rasionalism yang mencari jawapan yang rasional dan logik, dimana ini membuat terhindarnya kepercayaan karut-marut. Ini adalah sesuatu yang telah membawa suatu pencerahan kepada dunia silam yang dipenuhi dengan kepercayaan karut-marut dimana-mana sahaja. Kepercayaan karut-marut ini nyatanya begitu payah diubah namun dunia hari ini terutama disebelah dunia barat, telah menyaksikan bagaimana gerakan dari kesan sebab dan akibat ini telah mengatasi masaalah-masaalah zaman gelap mereka suatu abad dahulu.

Namun dari itu juga, lantaran tiada bimbingan atau petunjuk sebenar kearah kebenaran, maka insan berkemungkinan besar mencapai atau menghampiri tahap pemikiran athiest iaitu tidak mempercayai adanya kuasa-kuasa ghaib yang menguasai segala sebab dan akibat dan mahupun tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan itu sendiri. Seperti juga bagaimana sebab dan akibat ini telah menyumbangkan kepada kebangkitan ideologi sekularisme.

Sebenarnya, segala sebab dan akibat itu sendiri bukanlah merupakan sesuatu yang mutlak atau berada didalam suatu kategori yang benar-benar pasti. Seorang muslim bila sahaja memahami, mempelajari, memerhati akan segala sebab dan akibat dialam ini, wajar menyakini bahawa disebalik segala sebab dan akibat adalah kekuasaan Allah semata-mata. Sebagaimana sebab kelahiran mengakibatkan kehadiran suatu nyawa didunia ini tetapi yang memberi nyawa dan membenarkan berlakunya kelahiran adalah dibawah kuasa Allah semata-mata. Sebegitu juga dengan sebab kematian mengakibatkan kehilangan nyawa, tetapi yang mematikan dan mengizinkan berlakunya kematian adalah dibawah kuasa Allah semata-mata.

Sebab adanya bahan-api maka adanya cahaya yang menyinar namun Allah mampu melakukan apa sahaja sebagaimana matahari yang bersinar saban hari sedari jutaan tahun dahulu, dimana sehingga kini para saintis tidak mengetahui apakah bahan-api yang digunakan oleh matahari untuk memiliki tenaga yang sebegitu hebat. Atau kerana sekian-sekian ubat, pesakit-pesakit mampu diubati, namun banyaknya kes-kes terjadi, dimana dua orang pesakit yang mengidap sekian-sekian penyakit yang sama dan mengambil ubat-ubatan yang sama, kemudiannya seorang darinya sembuh manakala seorang lagi, menjadi bertambah sakit sehingga meninggal dunia. Ini kerana, ubat tersebut hanyalah asbab, namun yang memberi manfaat dan syifat hanyalah dibawah kekuasaan Allah semata-mata.

Penyangkalan akan sebab dan akibat itu adalah suatu yang mutlak atau pasti inilah membuat pertembungan antara pemikiran Imam Ghazali dengan ibn Rushd dimana Imam Ghazali menyangkal bahawa segala sebab dan akibat itu semua suatu yang pasti kerana yang pasti adalah kekuasaan Allah semata-mata dan segalanya berlaku, bertindak, beraksi dan sebagainya adalah semata-mata dengan kekuasaan Allah sahaja. Imam Ghazali membawa konsep integrasi antara metafizik menurut pandangan Islam dengan fizik sedang Ibn Rushd lebih melihat dari sudut pengkajian sains atau fizik semata-mata, namun semata-mata melihat dari sudut fizik adalah suatu yang amat merbahaya terutama buat golongan yang tidak kukuh asas agama mereka atau lemah keyakinan mereka kepada Allah.


Bersambung...


Tuesday, April 19, 2011

Monday, April 18, 2011

Simulasi & stimulasi


Simulasi & stimulasi 
rekaan iblis dan sidajal,
mengarang sarang maya,
muat-turun skrip-skrip ngilu,
layar skrin dibalik bayangan,
menempel didewan kehidupan,
gelagat watak-watak insan mati jiwa,
yang berjalan mengheret sekujur tubuh,
dengan semakin memberat didera masa,
daging waja, urat wayar bersimpul keliru,
berotak kelkatu, menuju cahaya palsu,
dihayuni irama sipagan-pagan,
diruang tak bertingkap,
tak berpintu.



zarch-17.4.11

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga