Monday, October 19, 2020

Kata akhir - zarch (nazar)

 



Kata akhir (zarch)
Saat akhir, kan jua hadir,
buat setiap insan,
Tiada yang dapat mengelak,
dari menghadapinya,
Semuanya akan menjadi kenangan,
yang tersimpul rapi,
akan nanti menjadi bukti-saksi,
buat setiap insan
☆ tinggal pertanyaan, akan kalimah,
yang diungkapkan, buat kata akhir
pada saat, detik nafas terhenti
Saat akhir, kan jua hadir,
buat setiap insan,
Tiada yang dapat mengelak,
dari menghadapinya,
Semuanya akan menjadi kenangan,
yang tersimpul rapi,
akan nanti menjadi bukti-saksi,
buat tiap insan
☆ kerana itu, usahakanlah,
Kalimah mulia, disanubari
agar diri, terselamat, selama-lamanya

- lagu "kata akhir" gubahan aku, zarch (nazar jo) ini adalah khas sebenarnya ditujukan pada diri aku sendiri disamping berpesan-pesan pada yang lain.
- sesungguhnya kejayaan sebenar seorang insan adalah bila meninggal dengan kalimah Lailahaillallah.....

Rasulullah s.a.w bersabda,"Siapa yang akhir kalimahnya "La ilaha illallah, dia akan akan masuk surga,"

Monday, May 04, 2020

Kelawar dan fitrahnya

Kelawar dan fitrahnya menyembunyikan virus. Allah Taala telah mencipta jutaan mahluk dan setiap mahluk dicipta dengan kejadiannya tersendiri. Setiapnya ada fungsi-fungsi serta fitrahnya tersendiri sebagai mahluk ciptaan Allah. Kekadang kita memandang hina mahluk yang dianggap liar atau tidak sepadan buat kehidupan kita sedangkan mahluk itu dicipta oleh Allah dan setiap ciptaan Allah adalah sempurna.
Contohnya burung gagak, dicipta memakan bangkai haiwan dan ini dipandang keji tetapi hakikatnya fungsi burung gagak ini adalah memakan bangkai-bangkai dihutan lalu ia membersihkan kawasan sekitar dari bangkai tersebut.
Hari ini manusia menebang hutan-hutan lalu membina kediaman mereka dari kampung yang terpencil sehingga kota-kota konkrit yang besar, namun fitrah sigagak tetap sama, mencari bangkai dan memakannya. Kerana itu dilihat gagak-gagak berterbangan dikota-kota mencari bangkai dan sampah sarap dan sigagak bukanlah hina tetapi fitrahnya sebegitu.
Seperti anai-anai, manusia amat membenci serangga kecil ini kerana ia merosakan dinding rumah, perabut dan lain-lain yang berkaitan dengan kayu mati sedangkan fungsi anai-anai ini, dijadikan untuk memakan pokok-pokok yang telah tumbang dan mati dihutan dan dari itu, anai-anai ini akan membersihkan kawasan tersebut dari pokok-pokok yang telah mati, malah najis-najis anai-anai ini pula menjadi baja buat pokok-pokok lain untuk hidup.
Tetapi lantaran manusia menebang pokok-pokok dihutan dan membina rumah mereka atau membuat perabut mereka, maka anai-anai yang fitrahnya tidak memakan pokok yang hijau atau hidup, pergi mencari kayu-kayu dari pokok yang mati, lantas bila mereka bertemu rumah atau perabut dari kayu mati, ia akan memakan kayu-kayu mati tersebut.
Sebegitu juga dengan kelawar, dijadikan memiliki tubuh badan khas dan memiliki daya tahan tubuh yang spesifik, dimana mampu berperanan sebagai penyimpan agen penyakit atau virus yang amat berbahaya kepada kehidupan lain. Ianya seakan berfungsi mengumpul segala virus yang bahaya dengan fitrahnya bersembunyi dari segala kehidupan luar dalam gua-gua. Kelawar amat jarang keluar berdekatan dengan haiwan atau kehidupan lain.
Namun lantaran kerakusan manusia, diterokai gua-gua semata-mata untuk menangkap kelawar-kelawar ini untuk dijadikan makanan lantas bertebaranlah keluar virus-virus yang disembunyikan oleh sang kelawar didalam tubuhnya dimana virus-virus ini amat merbahaya sehinggakan boleh menghapuskan keturunan manusia itu sendiri.
Kerana itu, manusia tidak wajar memandang rendah setiap dari ciptaan Allah tetapi berakhlak atau bertindak kepada setiap mahluk lain menurut perintah Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w dimana telah jelas yang mana halal atau haram.
Setiap haiwan wajar diperlakukan mengikut fitrah mereka seperti misalnya babi bukanlah bahan makanan tetapi babi adalah jenis binatang liar yang wajar diasingkan hidup dalam alamnya sendiri, atau kucing yang merupakan binatang belaan yang bukan sangkar tempatnya tetapi bebas, atau anjing dengan hukum cara-cara sekiranya mahu memilikinya seperti untuk menjaga kebun atau berburu tanpa memelihara anjing tersebut didalam rumah seperti kucing.
Segalanya telah dijelaskan bagaimana seharusnya manusia hidup dengan alam sekitarnya didunia yang sementara ini mengikut pedoman Rasulullah s.a.w. Dan disitulah terletak kejayaan dunia dan akhirat.

Antara Echolalia dan Tourette komunikasi




Antara Echolalia dan Tourette. Mereka dengan echolalia lazimnya mengulangi bunyi dan frasa yang mereka dengar. Mereka kekadang mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan kerana mereka berjuang untuk mengekspresikan pemikiran mereka sendiri manakala Tourette adalah di mana seorang pembicara tiba-tiba dapat menjerit atau menyatakan perkara-perkara secara rawak sebagai sebahagian daripada nada mereka.
Echolalia iaitu ucapan berulang adalah bahagian yang sangat umum dalam perkembangan bahasa dan berperanan penting dalam perkembangan awal bahasa. Contohnya bagaimana penting bayi mula belajar pertuturan adalah dengan menyalin suara, perkataan dan akhirnya kepada corak pertuturan penjaga mereka.
Sindrom Tourette pula adalah gangguan yang melibatkan pergerakan berulang atau bunyi yang tidak diingini (tics) yang tidak dapat dikawal dengan mudah. Contohnya, anda mungkin berkelip mata berulang kali, mengangkat bahu atau mengeluarkan suara yang bukan kebiasaan mahupun kearah kata-kata yang menyinggung perasaan.
- Echolalia ini sebenarnya penting dalam sesuatu pembelajaran biarpun lazimnya ia lebih dikatakan proses untuk kanak-kanak belajar terutama yang mengalami sindrom autistic. Banyak pembelajaran adalah menggunakan sistem pengulangan seperti dari 6 sifat hatta sehingga ke kitab 6 Sittah kerana pengulangan keatas sesuatu lagi dan lagi membuat seseorang belajar tutur perkataannya dan malah seterusnya cuba memahami makna-maknanya.
- Tapi bila ia bertukar menjadi echo Laila, itu bermakna penyakit anggau, seseorang seperti majnun yang dilamun perasaan cinta dan berulang kali menyebut nama laila.

Saturday, January 11, 2020

Fakta sebenar kemasukan Islam di Nusantara - 1

Fakta kemasukan Islam di Nusantara yang diselewengkan dalam Teori Gujarat.

Teori Gujarat iaitu yang menyatakan Islam masuk ke Nusantara dibawa para pedagang dari Gujarat, India, di abad ke 14 Masehi adalah tidak benar. Teori Gujarat ini berasal dari seorang orientalis asal Belanda yang seluruh hidupnya didedikasikan untuk menghancurkan Islam. Orientalis ini bernama Snouck Hurgronje, adalah seorang agen perisik Belanda yang dihantar untuk menghancurkan kekuatan Islam diNusantara. Beliau yang demi mencapai tujuannya, mempelajari bahasa Arab dengan sangat giat, mengaku sebagai seorang Muslim dan bahkan berkahwin dengan seorang Muslimah, anak perempuan seorang Imam tempatan di Batawi.

Dari perkhawinan dengan anak Imam tersebut, beliau mendapat anak bernama Yusuf. Pada 1906 Snouck pulang ke Belanda dan pada 1910 beliau berkahwin dengan Ida Maria, anak paderi Dr AJ Gort di Zutphan. Beliau kemudian diangkat menjadi profesor di Universiti Leiden. Diakhir hayatnya, beliau dilaporkan mengalami penyakit gila dan pada 16 Julai 1936 Snouck meninggal dunia.

Snouck Hurgronje adalah penganut Kristian Protestan di Belanda dan cenderung menjadi paderi Kristian sebagaimana ayah dan abang-abangnya. Setelah tamat sekolah menengah di Belanda, Snouck belajar di Universiti Leiden dan jurusan ilmu teologi dan sastera Arab, 1875. 1880 beliau telah menyiapkan tesisnya 'Mekaansche Feest' (Perayaan di Mekah). 1884 beliau dihantar ke Mekah untuk mengkaji kehidupan akar Islam di bumi Mekah bagi tujuan politik Belanda.

Beliau kononnya memeluk agama Islam di Mekah dan menukar nama kepada Abdul Ghaffar. Tujuannya adalah untuk mendapatnya kepercayaan daripada ulama Mekah. Di Mekah, beliau berkesempatan bertemu dengan seorang Arab yang pernah menjadi wakil pemerintahan Aceh, bernama Habib Abdurrachman Az-Zahir.

Dengan bantuan Zahir dan Konsul Belanda di Jeddah JA Kruyt, beliau telah mempelajari kaedah bagi memenangi pertempuran di Aceh. Pada 22 Mei 1892 Snouck Hurgronje menulis laporan bertajuk 'Atjeh Verslag' iaitu tentang strategi ketenteraan di Aceh iaitu agar Aceh dipecah-pecahkan. Mulai 1903 taktik ketenteraan Belanda telah ditukar dimana akhirnya Kesultanan Aceh dapat ditakluk Belanda.

Teori Gujarat adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Snouck Hurgronje (1857-1936) yang mengatakan bahawa Islam masuk ke Indonesia dari wilayah-wilayah di anak benua India. Tempat-tempat seperti Gujarat, Bengali dan Malabar disebut sebagai asal masuknya Islam di Nusantara.
Dalam L’arabie et les Indes Neerlandaises, Snouck mengatakan teori tersebut didasarkan pada pengamatan tidak terlihatnya peranan dan nilai-nilai Arab yang ada dalam Islam pada masa-masa awal, yakni pada abad ke-12 atau 13. Snouck juga mengatakan, teorinya didukung dengan hubungan yang sudah terjalin lama antara wilayah Nusantara dengan daratan India.

Teori Gujarat yang katanya dicetuskan oleh Hugronje (yang berlakon memeluk agama Islam dalam agenda jahat beliau) sebenarnya diambil dari pendapat DR. Jan Pijnappel (1822-1901) seorang sejarawan Leiden yang menyatakan hal tersebut terlebih dahulu.

Jan Pijnappel sendiri adalah seorang orientalis Leiden yang concern pada manuskrip Melayu. Beliau pernah menulis kisah pelayaran Abdullah ke Kelantan untuk Pelajar Melayu. Dia juga mengedit naskah Maleisch-hollandsch Woordenboek atau Kamus Belanda-Melayu yang kemudian diterbitkan pada tahun 1875. Sarjana Belanda ini juga menulis kajian tentang Pantun Melayu yang diterbitkan tahun 1883 dengan judul Over de Maleische Pantoens. Selain menerbitkan karya sendiri, Pijnappel juga menerbitkan karya penelitian tentang Kalimantan yang ditulis oleh Carl A.L.M. Schwaner, yang pernah ditunjuk Kerajaan Leiden menjadi Anggota Dewan Sains di Hindia-Belanda.

Salah satu sanggahan yang mengkritik Teori Gujarat ini salah satunya datang dari Buya Hamka. Ulama Kharismatik ini malah curiga terhadap prasangka-prasangka penulis orientalis Barat yang cenderung memojokkan Islam di Indonesia. Penulis Barat, kata Buya Hamka, melakukan upaya yang sangat sistematik untuk menghilangkan keyakinan negeri-negeri Melayu tentang hubungan rohani yang mesra antara mereka dengan tanah Arab sebagai sumber utama Islam di Nusantara dalam menimba ilmu agama. Dalam pandangan Buya Hamka, orang-orang Islam di Nusantara mengenal Islam secara terus dari orang-orang pertama (orang Arab), bukan dari hanya sekadar perdagangan.

Bahan argumentasi yang dijadikan bahan rujukan Buya Hamka adalah sumber lokal Indonesia dan sumber Arab. Menurutnya, motivasi awal kedatangan orang Arab tidak dilandasi oleh nilai-nilai ekonomi, melainkan didorong oleh motivasi rohaniah dalam penyebaran agama Islam. Menurut pandangan Hamka, sedangkan sebaliknya iaitu jalur perdagangan antara Nusantara dengan Arab, ianya telah berlansung jauh sebelum tarikh masehi (iaitu sebelum Tanah Arab menganut agama Islam).

Sayyed Naquib Al Attas dalam bukunya “Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu” menyatakan bahawa sebelum abad XVII seluruh literatur Islam yang relevan tidak mencatat satu pun penulis dari India. Pengarang-pengarang yang dianggap oleh Barat sebagai India ternyata berasal dari Arab atau Persia, bahkan apa yang disebut berasal dari Persia ternyata berasal dari Arab, baik dari aspek etnis mahu pun budaya.

Nama-nama dan gelar pembawa Islam pertama ke Nusantara menunjukkan bahawa mereka orang Arab atau Arab-Persia (perlu ketahui bahawa Persia zaman Khalifah Abbasid adalah dibawah ajaran Sunni seperti kalangan Muhadis Kutub al-Sittah cth Imam Muslim, Imam Termizi, Ibnu Majah, Imam Nasai dan malah Imam Ghazali, seorang ulama sunni yang terkenal, adalah juga berasal dari Persia). Diakui, bahawa ada juga pendakwah datang melalui India, tetapi lazimnya adalah langsung datang dari Arab, Persia, Cina, Asia Kecil, dan Magrib (Maroko).

Meski demikian, yang penting bahawa faham keagamaan mereka adalah faham yang berkembang di Timur Tengah kala itu, bukan India. Sebagai contoh adalah corak huruf, nama gelaran, hari-hari mingguan, cara pelafalan Al-Quran yang keseluruhannya menyatakan ciri tegas Arab.

Bersambung...
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga