Monday, August 12, 2013

Konspirasi diatas konspirasi

Hari ini, ramai yang terikut-ikut dengan pemikiran akan konspirasi Zionis, konspirasi NWO, Freemasons, Bilderberger, Knights Templar, Illuminati, Paganisme dan sebagainya dengan hanya menuding jari kepada pihak kapitalis disebelah blok Barat tetapi melupai suatu lagi landasan terbesar buat pergerakan Zionis ini, iaitu disebelah pihak sosialism atau yang dikatakan blog Timur.

Sedangkan pemahaman Komunis sendiri terbina dari kelompok Zionis, iaitu Karl Marl dan dikembangkan ideologi ini keRusia oleh Lev Davidovich Bronshtein, yang menukar namanya kepada Leon Trostsky agar lebih kedengaran sebagai nama orang Rusia, sebagaimana juga Joseph Stalin, yang kedua-duanya merupakan pembunuh paling kejam dan berketurunan serta berlandaskan pemikiran Yahudi-Zionis. Sebegitu juga, sebilangan besar pihak atasan yang berkuasa dizaman komunis Soviet adalah dari kalangan pihak Zionis sendiri.




Joseph Stalin, nama sebenarnya adalah Joseph Djugashvili, dalam bahasa Georgian, “shvili“ bererti anak kepada, manakala Djuga bererti Jewish (Djugashcili – anak Jewish / Jewison). Semasa zaman revolusi, beliau menukar namanya kepada Josep Stalin. Beliau juga sepanjang hayatnya memiliki 3 orang isteri yang semuanya berbangsa Yahudi iaitu yang pertama bernama Ekaterina Svanidze, kedua bernama Kadya Allevijah dan yang ketiga bernama Rosa Kaganovich.

Perhatikan permainan fikiran oleh pihak Zionis keatas seluruh umat dunia hari ini. Dalam mana kapitalis dan sosialism, semuanya termasuk sebagai alat buat permainan pencatur mereka menguasai dunia dari setiap sudut dan lantasan buat mengukuhkan kedudukan mereka tidak kira dimana serta apa keadaannya. Banyaknya negara-negara Islam mahupun yang lain telah berjaya diperkotak-katiknya.

Kini era perang dingin antara kapitalis serta sosialism telah berakhir, namun permainan dibelakang tabir kerajaan “Shadow Hand - Zionis“ ini tetap berterusan, lantaran itu, umat Islam wajar sentiasa berhati-hati diatas perkara ini.
Anasir-anasir yang berupa musuh-musuh Islam ini juga sentiasa cuba menangguk diair keruh, dengan mengambil kesempatan menyelitkan agenda-agenda mereka serta juga untuk memporak-porandakan negara-negara Islam agar negara-negara Islam sentiasa didalam keadaan lemah, namun dalam bab-bab konspirasi-konspirasi ini, wajar ditelaah dan dilihat dari sudut kedudukan sebenar umat-umat Islam, bukan selain darinya. 

Ini kerana, kekadang, terdapat pihak-pihak yang lantaran terlalu menghadam teori konspirasi-konspirasi, mana-mana kebangkitan rakyat umat Islam untuk menuntut kembalinya keadilan, keaman serta agar agama Islam dapat diamalkan dinegara mereka, terus dituduh sebagai konspirasi Barat sedangkan nyata, pemerintah yang ditentang jelas-jelas kalangan mereka yang zalim, menindas, mengekang umat Islam untuk beramal, membiarkan rakyatnya menderita serta membantu musuh Islam seperti Ben Ali, Hosni Mubarak, Bashar Assad dan lain-lain.

Sunday, August 11, 2013

Al-Ghazwul Fikri (peperangan minda)

Al-Ghazwul Fikri telah sekian lama melanda dunia Islam. Ianya adalah dari dua patah perkataan iaitu al-Ghazw dan al-Fikr. Al-Ghazw bermakna perang atau serangan manakala al-Fikr pula bermakna pemikiran (minda).

Dari segi definisi secara umum, ianya adalah satu gugusan usaha yang dilakukan oleh satu pihak atau bangsa untuk menjajah pihak atau bangsa yang lain dengan mempengaruhi mindanya sehingga mereka menghala ke arah yang sama.

Strategi Al-Ghazwul Fikri yang dilakukan oleh pihak musuh Islam ini dalam mengawal minda umat Islam boleh diklaskan sebagai::

Pertama – Tasykik, iaitu gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan kedangkalan (superficiality) aqidah umat Islam terhadap ajaran agamanya. Misalnya, tindakan segelintir manusia yang menyerang (memperlecehkan) Al-Qur’an dan Hadits, menghina Nabi Muhammad S.A.W atau berkempen bahawa hukum Islam tidak sesuai dengan tuntutan cara hidup zaman sekarang.

Kedua – Tasywih, iaitu gerakan yang berupaya menghilangkan kebanggaan umat Islam terhadap ajaran agamanya. Anologinya dengan memberikan gambaran Islam secara buruk sehingga timbul rasa rendah diri (inferiority) di kalangan umat Islam. Di sini, mereka melakukan penceritaan (naratif) negatif tentang agama Islam melalui media massa dan ceramah dengan menggambarkan bahawa agama Islam itu kelihatan menyeramkan, kejam, sadis, radikal dan lain-lain istilah yang kurang menyenangkan pendengarnya.

Ketiga – Tadzwib, iaitu usaha pencairan budaya dan pemikiran (dilution of culture and thought). Di sini, kuffar dan munafiqin telah mencampur-adukkan antara hak dan batil di antara ajaran Islam dan bukan Islam. Sehingga umat Islam kekeliruan dan kebingungan untuk mendapatkan bimbingan atau pedoman hidup.

Keempat – Taghrib, iaitu usaha menceritakan kelebihan pihak luar Islam dengan mengalak atau mendorong umat Islam untuk menerima pemikiran dan budaya mereka seperti sekularisme, pluralisme, nasionalisme songsang, dan liberalisme.



Perkara ini telah diberi amaran didalam Al quran juga hadith Nabi:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah S.W.T Itulah petunjuk (yang benar)”; dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah S.W.T tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah ayat 120)

“Daripada Abu Said Al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W sabda baginda: Kamu pasti akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu mengikutnya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan Nasrani? Kata baginda: Siapa lagi (jika bukan mereka).” - (Bukhari)

Hari ini, telah jelas bagaimana Al-Ghazwul Fikri ini dilakukan saban waktu oleh pihak musuh Islam. Lantaran itu, cara yang utama dalam menangkis serangan minda dari pihak musuh Islam adalah dengan menghidupkan sentiasa usaha dakwah dimana, hati dan pemikiran disatukan pertama-tamanya untuk bagaimana mengajak insan semua termasuk diri agar sentiasa cuba menuju jalan Allah.

Sunday, August 04, 2013

Updated





Updated samsung tab, dari android 4.1.2 ke android 4.2.2. Iman pula, belum updated lagi, sedangkan ramadan hampir kepenghujung... semoga dapat melipat-gandakan lagi amalan solehan agar dapat mengupdatedkan iman. ...zarch
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga