Saturday, June 01, 2013

Kebebasan bersuara - 1

Menururt pandangan Imam al-Jurjani rah. berkenaan kebebasan bersuara: “Keluar daripada pengabdian terhadap makhluk dan memutuskan sebarang bentuk ikatan dan kesibukan dengannya”.

Oleh itu, kebebasan bersuara atau menyuarakan pendapat adalah anugerah daripada Allah Taala yang perlu digunakan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. yang mengikut tata-tertib dan adab-adab Islam. Dimana prinsip kebebasan bersuara hendaklah selari dengan prinsip didalam agama Islam serta dalam batas-batas menghormati hak-hak individual lainnya.

Sedang dalam sistem demokrasi yang mendoktrin minda masyarakat bahawa kebebasan bersuara atau pendapat adalah hak mutlak juga dilihat ada kebaikannya, namun ianya sering sampai menafikan nilai akhlak serta kebenaran, mahupun hak-hak peribadi sesebuah pihak. Berhak bersuara sampai menganggu hak peribadi pihak lain mahupun menutup kebenaran yang dimiliki oleh sesuatu pihak minoriti lantaran yang bersuara tersebut adalah pihak majoriti.

Menggambarkan manusia sebagai “makhluk yang bebas untuk hidup bergerak, tidak dibelenggu dengan sebarang kerisauan dan tidak memandang kepada kehancuran sesuatu nilai dan akhlak”.

Hak kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia sebagaimana didapati dalam Perkara 19 (Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat) dan diiktiraf undang-undang antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa tentang Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR).

Hak bersuara adalah asas untuk memperkatakan atau mendakwahkan kebenaran namun ia juga sebagai asas untuk mendakyahkan kebatilan kerana serampang dua mata yang dimiliki.

Andai dirujuk kembali dalam Perundangan Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis secara besar-besaran pada 1789 Masihi lalu dan seterusnya menjadi acuan buat hak bersuara mengikut Barat, akan dapati dalam dokumen hak asasi manusia ketika itu menyatakan “Hak Kebebasan Bersuara”.

Semuanya itu adalah daripada kefahaman yang di asaskan oleh golongan-golongan yang berfahaman Sekular, Liberal dan Demokrat bagi memberi ruang seluas-luasnya untuk menyatakan suara dan pendapat mereka.

Maka kebebasan bersuara dikalangan masyarakat Barat yang menjadi rujukan serta ikutan diseluruh dunia boleh dikatakan berunsur:

1. Kebebasan bersuara secara mutlak
2. Tidak semestinya berpandukan kepada nilai dan akhlak
3. Suara majoriti adalah benar walaupun tidak selari dengan kehendak agama
4. Tujuan menghalalkan cara
 
Bersambung...

Kajian keatas pengertian Kebangsaan/Nasionalisme - 2

Perkataan kebangsaan juga dimaknakan sebagai ashabiyah, namun begitu, perkataan ashabiyah membawa dua pergertian iaitu ashabiyah tercela dan ashabiah terpuji, sebagaimana perkataan bidaah, satu disebut bidaah dholalah iaitu bidaah tercela manakala satu lagi disebut sebagai bidaah hasanah iaitu bidaah terpuji.

Lantaran itu, benarkah bila memperkatakan atau memperjuangkan agenda Melayu-Islam itu suatu perjuangan ashabiyah yang tercela? Terdapat suara-suara sumbang yang mengklaimkan bahawa memperjuangkan agenda Melayu-Islam adalah suatu perjuangan yang sia-sia, namun jelas pihak ini lantaran tidak memahami apakah makna sebenar ashabiyah, lalu mereka menghukum secara pukal sedangkan perjuangan keatas agenda Melayu-Islam sekiranya dibawah konsep Ashabiyah keagamaan adalah merupakan suatu kewajipan buat semua umat Melayu-Islam.

Ashabiyah, berasal dari kata ashaba yang berarti mengikat dan ashabah dengan makna ikatan. Ashabiyah merujuk pada ikatan sosial budaya yang dapat digunakan untuk mengukur kekuatan kelompok sosial. Istilah ini sudah dikenal sejak zaman pra-lslam. Ibnu Khaldun, cendekiawan Muslim, menjadikannya sebagai konsep sosial dalam bukunya Muqadimmah.

Konsep ashabiyah dalam pandangan Ibn Khaldun memiliki ruang lingkup pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Pengertian yang sempit terbatas pada suatu nasab yang ia sebut nasab khusus, kerana mereka merupakan keluarga yang satu. Sedangkan pengertian luas adalah nasab-nasb lainnya yang disebut nasab umum, yang bergabung bersama nasab yang kuat sebagai suatu sekutu (contohnya perbezaan antara al ashabiyah al Islamiyah iaitu semangat keIslaman dengan al ashabiyah al jinsiyyah iaitu semangat fanatisme kesukuan).

Pandangan Ibn Khaldun terhadap realiti umat Islam pada zamannya, berkaitan dengan konsep pergabungan atau integriti masyarakat multi-etnik dalam rangka menciptakan persatuan dan kesatuan bangsa yang kukuh. Jika proses tersebut berjalan secara efektif maka anggota masyarakat tidak lagi mempersoalkan asal-usul keturunannya. Ashabiyah yang mereka kembangkan bukan lagi berdasarkan ikatan keturunan, akan tetapi lebih pada hubungan perdagangan, hubungan kerja dan usaha, profesi, idiologi serta kesefahaman (contohnya dari sudut pegangan agama yang sama).

Implikasi dari kesedaran ashabiyah sebegini tentunya akan bertunjak kepada keperluaan adanya suatu pergerakan yang kuat, yang akan menguruskan kepentingan-kepentingan buat kelompok ashabiyah tersebut. Untuk itu secara langsungnya, diperlukan keberadaan pemimpin (contohnya Amir, Ahlu Syura, Sultan dan lain-lain) yang berperanan menjaga dan mencegah terjadinya perpecahan atau permusuhan antara sesama kelompok ashabiyah tersebut. Oleh itu, pemimpin yang sebagai pemegang kekuasaan diberi superioriti (al-taghalluf) atas yang lain dalam hal ‘ashabiyah. Sebaliknya, tanpa keberadaan pemimpin, maka urusan buat kesatuan ashabiyah sebegini, tidak dapat dilaksanakan secara efektif atau berkesan.

Superioriti (al-taghalluf) ini dimengertikan sebagai kedaulatan (al-mulk), yang melebihi cakupan pengertian kepemimpinan (al-riyasat). Al’Riyasat, adalah keadaan menjadi pemimpin atau ketua suku yang dipatuhi oleh sukunya, namun tidak ada kekuasaan penuh dalam urusan memimpin. Sementara al-mulk, adalah boleh dikatakan lazimnya suatu superioriti yang memiliki kekuasaan penuh dalam urusan memimpin.

Sebuah ikatan ashabiyah yang kuat akan menguasai semua ikatan ashabiyah lain yang ada sehingga menjelma menjadi suatu koalisi atau gabungan ashabiyah yang lebih besar, seperti menjadi sebuah kenegaraan dengan memiliki superioriti keatas rakyat golongannya, dan seterusnya memungkinkan menjadi superioriti atas rakyat dari ashabiyah-ashabiyah lain yang tidak memiliki hubungan apa-apa dengannya. Sebaliknya, jika ashabiyah yang satu sama kuatnya dengan ashabiyah yang lain, maka masing-masing akan tetap menguasai daerah dan rakyartnya sendiri, sebagaimana halnya kabilah-kabilah dan bangsa-bangsa diseluruh dunia.

Akan tetapi, jika satu ashabiyah menaklukkan ashabiyah yang lainnya dan diantara mereka terjalin hubungan akrab, maka pihak yang menang akan memperoleh tambahan kekuatan dari pihak yang kalah. Namun sebaliknya pihak yang kalah pada suatu saat akan menuntut kekuasaan dan superrioriti yang lebih baik, sehingga kekuatannya akan dapat menyamai pihak yang menang dan berkuasa. Kemuncaknya, jika ashabiyah yang menang dan berkuasa sudah melemah, dan diantara mereka tidak ada yang mampu mempertahankan kekuasaan yang mereka raih, maka ashabiyah yang baru akan muncul dan lalu merebut kekuasaan. Disamping itu juga adanya kemungkinan ashabiyah yang baru berkuasa, bersekutu dengan ashabiyah-ashabiyah yang lain yang memiliki kekuatan untuk mencapai tujuan politiknya.

Jadi menurut Ibn Khaldun, konsep ashabiyah dikaitkan dengan agama adalah kekuatan suatu ashabiyah yang tidak cukup hanya bergantung kepada kekuatan fisikal, tetapi ianya juga wajar memiliki kekuatan moral yang didasarkan pada agama dan akhlaq. Semangat keberagamaan merupakan jawapan serta solusi buat mencegah dari terjadinya pertentangan dan perpecahan dalaman yang diikat oleh ashabiyah sebegini. Dari itu, suatu pemerintahan (daulat) akan dapat tegak dan menjadi kukuh oleh agama. Al-mulk, tercapai lantaran superioriti, superioriti diperoleh kerana ashabiyah, serta bersatunya kehendak dan jiwa untuk mencapai tujuan buat menegakkan agama Allah.

Demikian pula peranan da’wah dapat menambah kekuatan ashabiyah keagamaan yang menjadi dasar tegaknya daulah, sebab agama dapat mengendalikan persaingan dan permusuhan diantara pendukung ashabiyah, dan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang satu serta maksud hidup yang satu. Dengan demikian, jatuh bangunnya suatu daulah, dalam pemikiran Ibn Khaldun, sangat bergantung pada superioriti suatu ‘ashabiyah terhadap yang lainnya. Ashabiyah keagamaan, kewujudannya menyatukan umat buat kemashlahatan bersama, membimbing umat kepada kebenaran hakiki dan seterusnya mempertahankan kebenaran tersebut.
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga