Friday, March 08, 2013

Ketagihan Whatsapp, FB dll?

Whatsapp menjadi salah satu ketagihan buat ramai insan termasuk yang telah berumur. WhatsApp adalah alat seperti mana-mana peranti komunikasi yang lain dalam kehidupan seharian, namun penggunaan smsnya yang amat mudah serta malah terbuka melintasi segala sempadan membuat ramai yang menjadi ketagihan dan meletakkan sepenuhnya perhatian dalam kehidupan seharian hanya pada message-message yang diterima serta dibalas-baik tidak kira apa sahaja termasuk bahan-bahan umpatan.

Terdapat banyak perkara dalam kehidupan sebenarnya yang layak mendapat lebih perhatian. Kita hanya perlu berfikir untuk seketika dan kita akan mendapati berjuta-juta perkara yang kita harus mengutamakannya namun perkembangan dunia modern komunikasi ini menyebabkan ramai yang tenggelam didalamnya lalu mensia-siakan waktu-waktu kehidupan mereka yang berharga.

Contohnya, ramai dahulunya berjiwa kreatif, menghasilkan setiap waktu banyak perkara seperti penulisan, lukisan, jahitan, bertukang dan sebagainya, namun bila tenggelam dalam dunia komunikasi ini, mereka meninggalkan perkara yang baik ini atau hanya sedikit waktu diperuntukkan untuk berkreatif.

Dan lebih parah dari itu, amal solehan yang dikerjakan semakin berkurangan samada dari sudut jumlahnya mahupun kualitinya. Dari sibuk memenuhi waktu dengan zikir, bacaan Al-Quran, solat sunat menziarahi sesamanya dan lain-lain amalan yang baik, ramai yang tenggelam dalam dunia modern komunikasi seperti Facebook, whatsapp dan lain-lain.

- Dari itu, sentiasalah kita berpesan-pesan sesama kita kearah kebaikan. Arus dunia sentiasa membadai tetapi dengan pelampung-pelampung yang dilontarkan, mereka yang tenggelam boleh juga bergayut...
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga