Saturday, June 30, 2012

Melayu dan Islam - 9




Bangsa Melayu yang merupakan pribumi pada negara Malaysia hari ini telah memiliki sejarah-sejarah silam akan kedaulatan kekerajaan-kekerajaan Melayu dirantau ini seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan lain-lain. Srivijaya merupakan salah sebuah kekerajaan atau empayar Melayu berdaulat yang terbesar dalam sejarah yang merangkumi segala tanah negara Malaysia hari ini, tanah negara Indonesia hari ini, Sri Lanka, Selatan Siam, Filipine hatta kedaerah Tainan (pulau Taiwan).

Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat diSumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara. Salah satu bukti kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.

Kewujudan Srivijaya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient. Kerajaan ini runtuh pada abad ke-13 (dan seterusnya disambung oleh kekerajaan Palembang pada abad ke-14 serta kemudiannya Melaka dalam abad ke-15) disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya yang asalnya beragama Hindu juga adalah pusat pengembangan agama Buddha yang utama dikepulauan Melayu.Ini dapat dilihat dengan pembinaan Angkor Wat diKamboja serta mahupun Borobodor diTanah Jawa yang ada kaitannya dengan penyebaran agama Buddha oleh Srivijaya.

Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan". Srivijaya yang merupakan kekerajaan maritim memiliki kekuatan dari segi perkapalan dan menguasai keseluruhan perairan Nusantara dizamannya. Ianya juga memiliki kekuatan dari segi ketenteraan darat yang mana anggota askarnya terdiri dari pelbagai taraf rakyat.

Selepas kejatuhan Srivijaya, ahli sejarah tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang sebesar Srivijaya wujud dikepulauan Asia Tenggara. Terdapat kerajaan-kerajaan lain seperti kerajaan Siam, Jawa, Ache dan lain-lain tetapi tidak sebesar Srivijaya. Sedang kerajaan Melaka adalah kesinambungan daripada kekerajaan Srivijaya itu sendiri.

Manakala juga, selepas kejatuhan Srivijaya, lanun-lanun yang asalnya merupakan sebahagian dari kalangan-kalangan bekas tentera laut Srivijaya yang lengkap dengan kapal-kapal serta senjata, melakukan kegiatan yang berluasan mereka diperairan rantau ini. Kegiatan ini kemudiannya dapat ditumpaskan bilamana Melaka mengambil-alih kuasa maritim dirantau ini berserta bantuan daripada Kekerajaan Tanah Besar Cina.

Kebesaran raja Srivijaya juga digambarkan melalui catatan saudagar Arab bernama Sulaiman dalam tahun 851M yang mensifafkannya sebagai Raja diGunung dan Maharaja diPulau. Raja diGunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak didaratan mahupun dilautan.
Raja Srivijaya yang tersusun sistem pemerintahannya memerintah secara multak dengan dibantu oleh wazir-wazirnya yang menjadi perantaraan antara siraja dengan rakyat sekelian.

Bersambung...

Saturday, June 23, 2012

Perbezaan sekular dan Islam

Dalam istilah politik, sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pengasingan agama dan kerajaan (sering diistilah pemisahan gereja dan negara). Ini adalah dirujukkan pada mengurangkan ikatan diantara kerajaan dan sebuah agama negara, seperti menghapuskan langsung atau mengantikan undang-undang berasaskan kitab suci (seperti Al-Quran dll) dengan undang-undang sivil.

Sedang, Islam adalah agama yang sempurna (kaffah), mengatur seluruh aspek kehidupan. Mulai dari yang dipandang kecil seperti memakai sandal dimulai dengan kaki kanan terlebih dahulu sehingga mengatur segala urusan umum mahupun membina strategi untuk kemaslahatan (kebaikan) umum.

Islam mengatur segenap perbuatan insan dalam hubungan insan dengan Khaliq-nya, sebagaimana tercermin dalam aqidah dan ibadah ritual dan spiritual iaitu seperti: tauhid, salat, zakat, puasa dan lain-lain. Kedua, mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri yang diwujudkan berupa akhlak, pakaian, dan makanan. Ketiga, mengatur manusia dengan lingkungan sosial iaitu dalam hal mu’amalah dan uqubat seperti buat sistem ekonomi Islam, sistem pemerintahan Islam, sistem politik Islam, sistem pidana Islam, strategi pendidikan, strategi pertanian, dan lain sebagainya.

Islam adalah berbeza dengan agama-agama yang lain, sebab Islam tidak sebatas ibadah ritual dan spiritual belaka, namun juga memasuki ruang untuk kemaslahatan umum. Maka kaum muslim yang memisahkan agama Islam dengan kehidupan umum (fasluddin \’anil-hayah) bererti dia telah terkena virus sekularisme. Hanya-sanya wajar difahami, bukan suasana politik memasuki suasana Islam tetapi suasana Islam yang wajar dimasukkan kedalam suasana politik seperti bukan suasana pasar yang riuh-rendah (fitnah-umpat mengadu-domba, berebut kuasa dll) dimasukkan kedalam masjid tetapi suasana masjid (zikir, quran, tawaduk, tenang dll) dimasukkan kedalam suasana pasar.

Dan dakwahlah tongak panjinya buat memasuki ruang kemaslahatan umum bukan politik, politik hanya berupa suatu alat kecil (seperti pinggan-mangkuk atau periuk yang dibawa dijalan Allah, hanya digunakan untuk memasak agar mereka yang bersama tidak kelaparan) dalam berdakwah kepada kebenaran bukan sebaliknya.

Wallahualam....

My Manz on road



My Manz on road- Sheikh Abdul Majid [Street awakening]

Monday, June 18, 2012

Melayu dan Islam - 8


Bila memperkatakan akan hak Melayu-Islam diMalaysia dan keutamaan dalam mempertahankan Malaysia sebagai Tanah Islam yang berdaulat, maka ini jelas tercatit didalam Perlembagaan Negara Malaysia seperti berikut:

i. Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang diMalaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii. Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam iaitu antaranya:

- Syeikh Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan: Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.

- Syeikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.

- Syeikh Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.

Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat utama bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mutabar.

Dengan mengambil kira kepelbagaian definisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan bahawa Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia. Malaysia juga telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi. Serta pengiktirafan Malaysia sebagai contoh Negara Islam yang diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Malaysia dalam rangka kewujudannya sebagai Negara Islam juga dapat dilihat dengan adanya penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.

Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud diMalaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatlamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami, tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.


Bersambung...

Tuesday, June 12, 2012

Ya Rabbi Al Mustafa



YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!

YA AKRAMA AL-KHALQI MA LI MAN ALUDHU BIHI
 SIWAKA `INDA HULULI AL-HADITHI AL-`AMAMI
O noblest one in creation, I have none from whom to request protection
other than you when the Universal Event befalls

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!
.
WA LAN YADIQA RASULALLAHI JAHUKA BI

 IDHA AL-KARIMU TAJALLA BI ISMI MUNTAQIMI
Your great standing, O Messenger of Allah, will not diminish for
advocating me, if the Generous One manifests Himself with His name
of Avenger,

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!

FA INNA MIN JUDIKA AL-DUNYA WA DARRATAHA
 WA MIN `ULUMIKA `ILMA AL-LAWHI WA AL-QALAMI
For your generosity encompasses both this world and the one that comes
next, and your sciences encompass the knowledge of the Tablet and the Pen.

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us for
what has passed, O Most Munificent One!

YA NAFSI LA TAQNATI MIN ZALLATIN `AZUMAT
 INNA AL-KABA\'IRA FI AL-GHUFRANI KA AL-LAMAMI
O my soul! Do not despair because of a terrible footslip. Grave sins,
under the covering of forgiveness, are as small ones.

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us
for what has passed, O Most Munificent One!

LA`ALLA RAHMATA RABBI HINA YAQSIMUHA
 TA\'TI `ALA HASABI AL-`ISYANI FI AL-QASAMI
It may be that my Lord\'s mercy, when He distributes it, shall match the
transgressions in proportion.

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us
for what has passed, O Most Munificent One!

Monday, June 11, 2012

Pandu


Pandu, menempuh lorong waktu, jarak mengarak berbatu-batu, disilangi pelangi kalkatu, lakaran ditembuk-tembuk kutu, menceritakan hayat yang sememangnya begitu, masing-masing memerlukan bantu, cuba bahu-membahu membina sesuatu, untuk rempuhan jiwa sayu mutu, dalam dugaan hayat yang seribu jitu....
 
                                  - zarch (30/5/12) -

Tuesday, June 05, 2012

Melayu dan Islam - 7


Benarkah bila memperkatakan atau memperjuangkan agenda Melayu-Islam itu suatu perjuangan ashabiyah yang tercela. Terdapat suara-suara sumbang yang mengklaimkan bahawa memperjuangkan agenda Melayu-Islam adalah suatu perjuangan yang sia-sia, namun jelas pihak ini lantaran tidak memahami apakah makna sebenar ashabiyah, lalu mereka menghukum secara pukal sedangkan perjuangan keatas agenda Melayu-Islam sekiranya dibawah konsep Ashabiyah keagamaan adalah merupakan suatu kewajipan buat semua umat Melayu-Islam.

Ashabiyah, berasal dari kata ashaba yang berarti mengikat dan ashabah dengan makna ikatan. Ashabiyah merujuk pada ikatan sosial budaya yang dapat digunakan untuk mengukur kekuatan kelompok sosial. Istilah ini sudah dikenal sejak zaman pra-lslam. Ibnu Khaldun, cendekiawan Muslim, menjadikannya sebagai konsep sosial dalam bukunya Muqadimmah. 

Konsep ashabiyah dalam pandangan Ibn Khaldun memiliki ruang lingkup pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Pengertian yang sempit terbatas pada suatu nasab yang ia sebut nasab khusus, kerana mereka merupakan keluarga yang satu. Sedangkan pengertian luas adalah nasab-nasb lainnya yang disebut nasab umum, yang bergabung bersama nasab yang kuat sebagai suatu sekutu (contohnya perbezaan antara al ashabiyah al Islamiyah iaitu semangat keIslaman dengan al ashabiyah al jinsiyyah iaitu semangat fanatisme kesukuan).

Pandangan Ibn Khaldun terhadap realiti umat Islam pada zamannya, berkaitan dengan konsep pergabungan atau integriti masyarakat multi-etnik dalam rangka menciptakan persatuan dan kesatuan bangsa yang kukuh. Jika proses tersebut berjalan secara efektif maka anggota masyarakat tidak lagi mempersoalkan asal-usul keturunannya. Ashabiyah yang mereka kembangkan bukan lagi berdasarkan ikatan keturunan, akan tetapi lebih pada hubungan perdagangan, hubungan kerja dan usaha, profesi, idiologi serta kesefahaman (contohnya dari sudut pegangan agama yang sama).

Implikasi dari kesedaran ashabiyah sebegini tentunya akan bertunjak kepada keperluaan adanya suatu pergerakan yang kuat, yang akan menguruskan kepentingan-kepentingan buat kelompok ashabiyah tersebut. Untuk itu secara langsungnya, diperlukan keberadaan pemimpin (contohnya Amir, Ahlu Syura, Sultan dan lain-lain) yang berperanan menjaga dan mencegah terjadinya perpecahan atau permusuhan antara sesama kelompok ashabiyah tersebut. Oleh itu, pemimpin yang sebagai pemegang kekuasaan diberi superioriti (al-taghalluf) atas yang lain dalam hal ‘ashabiyah. Sebaliknya, tanpa keberadaan pemimpin, maka urusan buat kesatuan ashabiyah sebegini, tidak dapat dilaksanakan secara efektif atau berkesan.

Superioriti (al-taghalluf) ini dimengertikan sebagai kedaulatan (al-mulk), yang melebihi cakupan pengertian kepemimpinan (al-riyasat). Al’Riyasat, adalah keadaan menjadi pemimpin atau ketua suku yang dipatuhi oleh sukunya, namun tidak ada kekuasaan penuh dalam urusan memimpin. Sementara al-mulk, adalah boleh dikatakan lazimnya suatu superioriti yang memiliki kekuasaan penuh dalam urusan memimpin.

Sebuah ikatan ashabiyah yang kuat akan menguasai semua ikatan ashabiyah lain yang ada sehingga menjelma menjadi suatu koalisi atau gabungan ashabiyah yang lebih besar, seperti menjadi sebuah kenegaraan dengan memiliki superioriti keatas rakyat golongannya, dan seterusnya memungkinkan menjadi superioriti atas rakyat dari ashabiyah-ashabiyah lain yang tidak memiliki hubungan apa-apa dengannya. Sebaliknya, jika ashabiyah yang satu sama kuatnya dengan ashabiyah yang lain, maka masing-masing akan tetap menguasai daerah dan rakyartnya sendiri, sebagaimana halnya kabilah-kabilah dan bangsa-bangsa diseluruh dunia.

Akan tetapi, jika satu ashabiyah menaklukkan ashabiyah yang lainnya dan diantara mereka terjalin hubungan akrab, maka pihak yang menang akan memperoleh tambahan kekuatan dari pihak yang kalah. Namun sebaliknya pihak yang kalah pada suatu saat akan menuntut kekuasaan dan superrioriti yang lebih baik, sehingga kekuatannya akan dapat menyamai pihak yang menang dan berkuasa. Kemuncaknya, jika ashabiyah yang menang dan berkuasa sudah melemah, dan diantara mereka tidak ada yang mampu mempertahankan kekuasaan yang mereka raih, maka ashabiyah yang baru akan muncul dan lalu merebut kekuasaan. Disamping itu juga adanya kemungkinan ashabiyah yang baru berkuasa, bersekutu dengan ashabiyah-ashabiyah yang lain yang memiliki kekuatan untuk mencapai tujuan politiknya.

Jadi menurut Ibn Khaldun, konsep ashabiyah dikaitkan dengan agama adalah kekuatan suatu ashabiyah yang tidak cukup hanya bergantung kepada kekuatan fisikal, tetapi ianya juga wajar memiliki kekuatan moral yang didasarkan pada agama dan akhlaq. Semangat keberagamaan merupakan jawapan serta solusi buat mencegah dari terjadinya pertentangan dan perpecahan dalaman yang diikat oleh ashabiyah sebegini. Dari itu, suatu pemerintahan (daulat) akan dapat tegak dan menjadi kukuh oleh agama. Al-mulk, tercapai lantaran superioriti, superioriti diperoleh kerana ashabiyah, serta bersatunya kehendak dan jiwa untuk mencapai tujuan buat menegakkan agama Allah.

Demikian pula peranan da’wah dapat menambah kekuatan ashabiyah keagamaan yang menjadi dasar tegaknya daulah, sebab agama dapat mengendalikan persaingan dan permusuhan diantara pendukung ashabiyah, dan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang satu serta maksud hidup yang satu. Dengan demikian, jatuh bangunnya suatu daulah, dalam pemikiran Ibn Khaldun, sangat bergantung pada superioriti suatu ‘ashabiyah terhadap yang lainnya. Ashabiyah keagamaan, kewujudannya menyatukan umat buat kemashlahatan bersama, membimbing umat kepada kebenaran hakiki dan seterusnya mempertahankan kebenaran tersebut.


Bersambung...


Monday, June 04, 2012

Melayu dan Islam - 6

Salah satu penulisan yang akan situasi sebenar keadaan orang Melayu-Islam semasa zaman penjajahan, zaman merdeka dan sehingga kini ia masih aktual dari Dr Mahathir Muhamad (mantan Perdana Menteri ke-4) dalam buku dilema Melayu yang pernah suatu ketika dahulu diharamkan oleh Tengku Abdul Rahman kerana kebimbangan beliau diatas fakta kebenaran tersebut:


Kalau direnungkan kembali masa-masa yang lampau, salah satu faktor yang agak mengejutkan dan harus diakui ialah pada masa lalu tidak wujud harmoni yang sebenar antara kaum. Apa yang wujud ialah kurangnya perselisihan antara kaum. Ada rasa toleransi. Ada terdapat penyesuaian. Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud harmoni yang sebenarnya. Sebaliknya ada nada-nada sumbang walaupun tidak begitu ketara. Ada kalanya nada-nada sumbang ini melangsing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan kaum yang terpencil atau merata-rata. Keharmonian antara kaum di Tanah Melayu tidaklah tulen bahkan juga tidak berakar umbi secara mendalam. Apa yang dianggap sebagai harmoni ialah tidak adanya perselisihan kaum secara terbuka. Kalaupun tidak ada perselisihan kaum, bukanlah semestinya kerana kurang kemahuan atau tidak ada alasan-alasan untuk menimbulkan perselisihan. Sebenarnya ini adalah kerana kurangnya keupayaan untuk bersengketa secara terang-terang.

Orang Melayu dan orang Cina mungkin hidup berjiran. Mereka mungkin bertemu sewaktu menjalankan kerja-kerja harian, malahan sewaktu pergaulan secara sosial. Akan tetapi setelah selesai bekerja, mereka kembali semula ke dalam lingkungan budaya dan kaum masing-masing dan lingkungan ini tidak pernah dicerobohi oleh mana-mana kaum tersebut. Di dalam dunia kaum masing-masing, nilai-nilai mereka bukan sahaja berbeza, malahan kadang-kadang bertentangan. Jika diterima hakikat bahawa memang tidak wujud keharmonian sejati antara kaum, maka lebih senang untuk membuat urutan sejarah mengenai hubungan orang Melayu dengan bukan Melayu dan menerangkan mengapa perselisihan kaum berlaku. Malah mungkin boleh dicarikan jalan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan kepada cara hubungan yang sedia wujud. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya,kalaupun bukan harmoni, perkara-perkara yang boleh menimbulkan persengketaan dapat diredakan.

Sebelum kedatangan orang-orang Portugis, memang sudah ada orang bukan Melayu di Melaka dan Kedah. Ramai juga di antara mereka itu adalah orang Cina. Setakat yang diketahui hubungan di antara orang Melayu dengan orang Cina adalah dianggap baik. Keadaan begini mudah difaham kerana selalunya kalau di tempat-tempat yang tidak ramai orang Cina, mereka akan mengelak dari melakukansesuatu yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu. (Hakikat ini menerangkan mengapa pertelingkahan kaum tidak pernah berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah). Sudah tentunya orang-orang Cina telah mengalami layanan-layanan yang kurang menyenangkan, tetapi‘mereka tidak membantah walaupun Negeri China menganggap Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada jajahan takluk mereka. Orang Cina dan lain-lain kaum telah mempelajari bahasa dan cara hidup orang Melayu. Oleh itu persengketaan jarang berlaku, dan kalau berlaku jarang berpanjangan. 

Kedatangan orang-orang Eropah telah menambahkan kemasukan orang-orang bukan Melayu, terutama orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Mereka tidak bermastautin di Tanah Melayu, dan hakikat inimenyebabkan mereka terasing dan tidak bercampur dengan orang-orang Melayu. Terhadnya hubungan ini telah mengurangkan persengketaan, sungguhpun pada akhir-akhir pemerintahan British orang Melayu telah mulai menyedari bahaya orang-orang Cina dan India kepada kuasa politik orang Melayu. Sekali-sekala berlaku juga pergaduhan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Akan tetapi, disebabkan ketegasan pihak British mengawal keadaan, pergaduhan ini tidak merebak menjadi perselisihan kaum yang besar. Lagipun, hak orang Melayu di negara ini tidak pernah dicabar secara terang-terang oleh pihak penjajah British mahupun oleh pendatang-pendatang lain di negeri-negeri Tanah Melayu.

Dibawah pemerintahan British orang Melayu hidup terpisah dari orang Cina dan India, kecuali pertemuan singkat pada waktu siang. Sebahagian besar orang Melayu, terutama yang tinggal dikawasan desa tidak pernah bersua muka dengan orang Cina, dan begitu juga keadaan sebaliknya bagi orang Cina yang tinggal di bandar-bandar besar dan di kawasan lombong bijih. Pada waktu itu memang tidak berlaku pergaduhan kaum secara besar-besaran, namun tidak pula boleh dikatakan bahawa wujud harmoni dan toleransi antara kaum. Orang-orang yang hidup jauh terpisah di antara satu sama lain tidak semestinya hidup mesra. Kalau tidak ada sengketa, hakikatnya ialah kerana tidak ada peluang untuk bersengketa. Apa yang wujud ialah kesedaran tentang kehadiran masing-masing, dan kesedaran yangkurang menyenangkan ini sudah cukup untuk menghalang pergaulan yang lebih rapat. Bibit-bibit persengketaan sebenarnya sudahpun ada, cuma is tidak sempat membesar kerana disekat oleh kuasa British.

Penjajahan oleh Jepun telah memisahkan orang-orang Melayu dan Cina lebih jauh lagi. Segolongan orang Melayu boleh dianggap pro Jepun, sementara yang lainnya walaupun tidak bersimpati, sekurang-kurangnya bukan anti Jepun. Sebaliknya orang Cina telah mendapat layanan buruk dari pihak Jepun, sementara orang India pula menggabungkan diri mereka dengan perjuangan untuk membebaskan India.

Menjelang akhirnya peperangan, hubungan ini mula bertukar corak. Sebahagian besar orang Cina telah bersubahat dan diterima baik oleh pihak Jepun. Sementara itu orang Jepun tidak mengendahkan lagi orang Melayu kerana mereka menganggap orang Melayu tidak begitu berguna bagi tujuan mereka.Walau apa sekalipun corak hubungan mereka dengan pihak Jepun, ternyata bahawa perbezaan antara kaum semakin ketara dan masing-masing saling mencurigai.

Apabila British kembali ke Tanah Melayu, hubungan Melayu-Cina boleh dianggap tidak begitu baik dan keadaan ini bertambah runcing bila golongan komunis (kebanyakannya orang Cina) cuba hendak menubuhkan kerajaan sendiri di negeri-negeri Tanah Melayu. Ini akhirnya menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Pertempuran ini mungkin akan merebak menjadi pertempuran kaum jika sekiranya pihak British tidak kembali dan mendirikan Pentadbiran Tentera British yang dibantu oleh AngkatanTentera British. Pihak komunis kecewa dalam usaha mereka untuk merampas kuasa di Tanah Melayu. Orang Melayu, tanpa menyedari apapun, mengalu-alukan kedatangan British kerana mereka menyangka hubungan dengan British akan kembali seperti keadaan sebelum perang.

Orang Melayu merasa kecewa bila pihak British mencadangkan supaya orang Cina dan India diberi hak yang sama dengan orang Melayu dalam gagasan baru Malayan Union. Keruncingan hubungan Melayu-Cina memuncak semula, tetapi kali ini keadaan lebih rasional dan berterusan berikutan kesedaran umum bangsa Melayu terhadap rancangan British itu. Sejak dari itulah sikap Melayu-Cina bertukar menjadi isu politik negara yang diselesaikan bukan di peringkat tempatan tetapi di peringkat pihak berkuasa yang paling tinggi di negara ini. 

Dilema Melayu
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga