Kegemilangan
buat bangsa Melayu-Islam adalah bermula bilamana Parameswara dan
keseluruhan orang Melaka diberi hidayat untuk memeluk agama Islam.
Ini kerana, dari faktor tersebut, maka tanah-tanah Melayu Seriwijaya
silam yang merangkumi dari selatan Siam, Sumatera, Semenanjung
Malaysia serta utara kepulauan Borneo berjaya kembali disatukan
dibawah satu kesatuan kenegaraan dan keagamaan. Terdapat beberapa
teori akan tarikh sebenarnya buat kewujudan asal Melaka, namun yang
pasti, tarikh bilamana rakyat dan raja kota Melaka diberi hidayat
memeluk Islam adalah tarikh keemasan buat kegemilangannya.
Namun
kegemilangan ini terlalu singkat iaitu tidak sampai 2 kurun dimana
ianya belum mencapai zaman zenithnya lantaran ditumbangkan oleh
penjajah Barat mahupun lantaran pergolakan dalaman dari fitnah
duniawi, serta juga dikhianati oleh mereka-mereka yang bersubahat
dengan penjajah Barat. Apakah kejatuhan kota Melaka itu suatu
kebetulan atau jelas suatu perancangan?
Selepas
kejatuhan Melaka, Kesultanan Brunei dan Tanah Jawa mengambil-alih
usaha-usaha membawa kegemilangan buat bangsa Melayu-Islam. Terdapat
bait-bait pantun yang menyatakan;
‘ Kalau roboh kota Melaka, Papan diJawa
hamba dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, Harta dan nyawa hamba
serahkan ’
Namun
mereka juga akhirnya jatuh ditangan penjajah dikurun-kurun
seterusnya, sehinggakan kepulauan utara Filipine yang suatu waktu
dahulu merupakan tanah Islam, dimusnahkan 100% identiti Islamnya
dengan pembunuhan masakar yang dilakukan keatas orang-orang Islam,
pemaksaan menukar agama mereka serta segala yang berkaitan dengan
identiti Islam seperti masjid serta segala senibinanya dihapuskan
sama sekali.
Hari
ini, sekali lagi bangsa Melayu-Islam berdepan dengan zaman yang
membawa kearah keruntuhannya lantaran duniawi yang dikejari serta pergolakan dalaman yang bagaikan api dalam sekam. Dalam
artikel isu agenda Melayu oleh Prof. Shaharuddin Badaruddin, terdapat beberapa senarai yang menjadi cabaran dan persoalan:
1.
Tafsiran Perlembagaan tentang hak Melayu masih belum muktamad
Dalam
polimik yang berlaku kini terdapat dua tafsiran mengenai hak Melayu
menurut perlembagaan. Adakah ianya kedudukan istimewa orang-orang
Melayu (special position) atau hak istimewa orang Melayu (special
previllege). Kedua-dua konotasi ini membawa kepada tafsiran dan
kemudianya perlaksanaan yang sangat berbeza. Sudah tentu kesan
tafsiran ini kepada perlaksanaan agenda Melayu menurut perlembagaan
akan terjejas. Kegagalan menafsirkan isu ini secara tepat akan
menyebabkan isu ini akan sentiasa diperdebatkan dari masa kesemasa.
2.
Kehendak politik (political will) dalam mempertahankan agenda Melayu
Trend
terbaru menunjukkan bahawa tafsiran kedudukan istimewa orang-orang
Melayu semakin dilunakkan. Sepanjang sejarah perjuangan politik
Melayu selepas merdeka, akan ada dua kelompok Melayu yang
bertentangan dari segi ideologi dan orientasi perjuangannya. Kalau
ada kelompok-kelompok kanan yang berusaha untuk meMalaysiakan agenda
Melayu maka akan timbul kelompok far left yang akan membawa tafsiran
yang terlalu keMelayuan yang akhirnya menstabilkan semula isu
kedudukan istimewa orang Melayu. Sebelum kemerdekaan, kelunakan IMP
telah diimbangkan dengan nasionalisnya UMNO. Kemudian selepas merdeka
UMNO telah diimbangkan dengan Parti Negara dan PAS. Sehingga tahun
1970an, isu ini telah disemak dan imbangkan (check and balance).
Tetapi
kini seolah-olah tidak ada semak dan imbang menyentuh isu-isu Melayu
terutamanya selepas Pilihanraya Umum 1999 apabila bahasa politik
sudah ditukarkan kepada bahasa undi. Dalam usaha untuk mengambil hati
kelompok kedua dalam masyarakat, maka parti-parti besar Melayu/Islam
dalam negara sudah mula takut untuk membicarakan tentang hak Melayu
tanpa mengaitkannya dengan hak samarata semua kaum. Walaupun memang
itulah yang patut ditekankan dalam Islam dan pembentukan sebuah
negara demokrasi tetapi kadangkala dalam keghairahan berpolitik maka
timbullah beberapa gagasan yang bercanggah dengan perlembagaan itu
sendiri. Isu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri ataupun
perlaksanaan sistem meritokrasi adalah gejala yang menghangatkan lagi
permintaan yang bukan-bukan dari kaum yang lain. Akhirnya siapa yang
hendak menjadi kelompok far left dalam menafsirkan perlembagaan itu
supaya akan berlaku check and balance. Adakah ianya patut diserahkan
kepada parti-parti politik yang mana pertimbangan undinya lebih
banyak mempengaruhinya berbanding dengan perjuangan agenda Melayu
ataupun peranannya perlu diambil alih oleh Sektor Ketiga* orang
Melayu, yang merupakan badan-badan gabungan pertubuhan Melayu dan
individu. Strategi sebegini telah berjaya dilakukan secara berkesan
sepertimana yang dimainkan oleh Suqui iaitu badan-badan gabungan
rayuan Cina semasa pilihanraya 1999.
3.
Aspek psycho-social masyarakat Melayu
Dikalangan
generasi muda Melayu/Islam sekarang ini, mereka lebih bersikap
apologetic dan defensive dalam mempertahankan haknya. Apabila timbul
beberapa gagasan yang mengatakan bahawa dasar-dasar dan agenda Melayu
terutamanya dalam Dasar Ekonomi Baru telah mendiskriminasikan
kaum-kaum lain, maka kelompok muda yang hilang hujah akan mengiyakan
saja pandangan ini. Sikap sebegini timbul kerana kegagalan mereka
untuk memahami beberapa peruntukan yang terdapat di dalam
perlembagaan dan juga fenomena buta sejarah yang timbul daripada
sistem pendidikan yang tidak menekankan kepada aspek-aspek
persejarahan. Apa yang perlu dilakukan adalah memberikan pendedahan
perlembagaan kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya generasi
muda supaya mereka mempunyai pengetahuan dan maklumat lengkap tentang
haknya sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
4.
Cabaran dari bukan Melayu
Perlaksanaan
dasar tentang hak Melayu dan perlaksanaan DEB dalam tahun 1970an
sudah tentu membawa perasaan tidak senang kepada bukan Melayu.
Kekuatan yang bakal dimiliki oleh orang Melayu dari aspek
sosio-ekonomi sudah tentu menjejaskan satu-satunya kekuatan yang
dimilikinya. Kerana itu mereka mengambil pendekatan social closure
dimana peluang sosial dan ekonomi yang dinikmati mereka ditutup
kepada kelompok lain. Ia tidak berlaku dalam bentuk undang-undang,
tetapi berlaku dalam bentuk kumpulan. Antara langkah yang dilakukan
ialah self declared economic salvation dan juga digerakkan oleh
pertubuhan-pertubuhan Cina seperti clan associations, trade guilds,
dewan-dewan perniagaan, pertubuhan alumni dan pertubuhan agama.
Kelahiran IPTS swasta juga telah menjadi medan untuk menyemarakkan
lagi sistem pendidikan Cina diMalaysia. Suasana ini sudah tentu
menambahkan jurang dan akhirnya menimbulkan perasaan tidak puashati
dikalangan orang Melayu yang merasakan diri mereka sentiasa
tertinggal.
Bersambung...