Saturday, April 28, 2012

Cerdik, bodoh dan antaranya - 6


Kecerdikan sewajarnya dinilai dengan taraf pemahaman lantaran dunia kehidupan ini memiliki berjuta-juta rahsia, rasa, bidang, kemahiran dan lain-lain dimana semakin mendalamnya kefahaman akan apa sebenarnya kehidupan itu sendiri, semakin tinggi kebijaksanaan seseorang. Dalam kata, memahami hakikat sebenarnya kehidupan diri dan segala yang wujud dialam ini.

Katakan seseorang tersebut begitu hebat dalam ilmu kira-kira dan diukur memiliki I.Q yang tinggi dimana dirinya diletak kalangan cerdik-pandai tetapi tidak memahami banyak perkara lain terutamanya tidak memahami akan kehidupan ini sebenarnya hanyalah singkat didunia ini, dirinya bukanlah memiliki kebijaksanaan yang sebenar, tetapi hanya kecerdikan dalam sesuatu bidang yang difahami.

Sedari dunia purba terdahulu sehinggalah kehari ini, bangsa-bangsa yang maju adalah kalangan yang memiliki atau cuba memiliki kecelekan mahupun kefahaman yang mendalam serta meluas akan dunia yang diduduki. Ini dapat dilihat dari pembinaan sesuatu tamadun sehinggalah kebudayaan yang dihidupkan manakala keruntuhan sesuatu bangsa atau tamadun adalah bilamana penduduknya menuju kearah membutakan diri atas kefahaman yang selari dengan hakikat kehidupan yang sebenar dengan melakukan berbagai maksiat seperti perzinaan, penipuan, tamak haloba dan lain-lain kemungkaran serta sehinggalah kepada pertumpahan darah yang tiada henti-henti tanpa hak.

Namun dari itu juga, tentulah persoalan yang muncul adalah apa yang dimaksudkan dengan pemahaman kerana setiap individu mahupun masyarakat wajar sahaja memiliki kefahaman masing-masing bergantung kepada kehidupan yang dilalui. Seperti contohnya, ada kalangan yang digelar cerdik-pandai hari ini memiliki kefahaman kedatangan British adalah diatas keikhlasan dan kemurahan hati mereka untuk memajukan bangsa yang dijajah seperti bangsa Melayu dimana dijajahnya Tanah Melayu dan didirikan segala pusat pengajian disamping disediakan suatu sistem pemerintah iaitu sistem demokrasi untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara maju.

Mereka ini amat berbangga dan mempertahankan bahawa segala yang dikecapi hari ini adalah diatas kecerdikan British. Tanpa British, tiadalah sekolah, hospital, bandar-bandar dan seterusnya. Sedangkan yang nyata, mereka yang terpahat dikepalanya sebegitu adalah jelas mereka yang tidak tahu sejarah yang sebenar, tidak memahami apanya makna ikhlas serta ketipisan jati-diri.

British atau bangsa penjajah lazimnya tiada niat untuk semuanya itu, tanyakan sahaja pada mereka yang hidup dibawah zaman penjajahan atau dalamikan sahaja sejarah bagaimana payahnya untuk bangsa-bangsa yang dijajah memajukan diri mereka. Hanya kalangan yang menjadi hamba, bekerja dibawah pihak penjajah atau yang pihak yang dilihat dapat menguntungkan mereka, dibantu lantaran niat pertamanya hanyalah untuk mengaut keuntungan didaerah yang dijajah manakala pihak-pihak yang membantu mereka kearah itu, dapatlah sedikit mengaut hasilnya.

Sebegitulah juga dengan proses sistem demokrasi serta lain-lain revolusi pembaharuan yang dikenali hari ini, bukanlah atas niat ikhlas pihak penjajah untuk membawa segala sistem ini kedaerah yang dijajah, tetapi ia adalah kesan dari pergolakan dalaman dibenua Eropa sendiri diabad-abad yang lepas, yang mana rakyat jelatanya yang sekian lama dibawah kuasa pihak-pihak elit, bertindak menukar keadaan mereka.

Sedang sistem demokrasi itu sendiri juga memiliki banyak kepincangannya yang mana banyaknya pihak-pihak tertentu dapat memperkudakan kalangan rakyat jelata untuk meletakkan suara mereka diatas sedangkan mereka mewakili suara sumbang seperti golongan yang mahukan kebebasan yang tidak masuk akal dan bercanggah dengan fitrah insaniah iaitu golongan homoseksual, lesbian dan lain-lain. Atau pihak yang menggunakan sesuatu sentimen seperti peperangan, sengaja mempergunakan isu-isu agama, sengaja menggunakan isu bangsa atau keturunan tanpa mengira hak yang sebenar, acara-acara demonstrasi biarpun diatas alasan-alasan yang sengaja dicipta atau tidak kukuh dan lain-lain untuk meraih sokongan dari rakyat jelata buat meletakkan diri mereka dipuncak kekuasaan, sedangkan apa yang dilakukan adalah suatu usaha kotor dimana ini seterusnya mampu membawa kearah kehancuran buat kehidupan yang dibina.

Lantas, dari sudut atau konsep apakah sewajarnya diukur akan suatu kefahaman dalam ruang kecerdikan serta seterusnya kepada kebijaksanaan yang sebenar? Pertamanya terdapat perbezaan antara kecerdikan dalam kata “tahu sesuatu“ dengan kebijaksanaan yang sebenar dimana kecerdikan dalam kata “tahu sesuatu“ itu hanya bermakna celek atau mahir buat sesuatu perkara mahupun bidang, sedang kecerdikan serta seterusnya kepada kebijaksanaan yang sebenar adalah kefahaman yang mendalam buat kehidupan ini disamping hikmah yang dimiliki dimana taraf ini lebih tinggi dari taraf hanya cerdik menguasai sesuatu bidang. Pemahaman sebenar yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata hanya berlandaskan diatas perasaan dan pemikiran insan tetapi pemahaman yang asasnya berlandaskan kepada wahyu serta akal.

Luqman Al-hakim yang merupakan seorang yang berkulit hitam, tidak begitu kacak penampilannya, bukan dari golongan kaya dan bukan kalangan anbiya tetapi dirinya adalah begitu dimuliakan lantaran kebijaksanaanya sehingga terdapat surah bernama Luqman didalam Al-Quran sebagai rujukan akan sifat insan yang memiliki kebijaksanaan yang sebenar, iaitu kefahaman yang mendalam disamping hikmah yang dimiliki. Ini juga adalah contoh sebenar apa itu kecerdikan emosi (E.Q) dan kecerdikan rohaniah (S.Q).




Bersambung...



Thursday, April 26, 2012

Kata-kata 1

˙ıʇılɐǝɹ uɐp ʇɐʞıʞɐɥ ɹɐʞnuǝɯ ndɯɐɯ ƃuɐʎ 'ıʍɐıunp ısɐlɐɟ ısnlǝp ɐpɐd ɥɐlıʇɐɥ-ıʇɐɥɹǝq ˙ɐuɐƃɹoɯ-ɐʇɐɟ ɐʎuɐɥ ıdɐʇǝʇ uɐɐuɹndɯǝsǝʞ ɐuɐʇsı ɥɐlnʇı ɐƃnpıp 'ʞılɐqɹǝʇ ƃuɐƃƃunʇ ƃuɐʎ ɐıunp nɐʇɐ 'uɐlnʇuɐd ɐʎuɐɥ ıdɐʇǝʇ uɐlnq ɐʞƃuɐsıp 'ƃuɐuǝʇ ɹıɐıp ɥnuǝd uɐlnq ɹɐuıs ɐɯɐdɯn 'ɐɔɐqıp ƃuɐʎ ɐdɐ ɐʎuʞılɐqǝs ʇɐnqɯǝɯ ɹɐɾɐʍ 'uɐʞılɐqɹǝʇıp ƃuɐʎ ɐʇɐʞ-ɐʇɐʞ : ∀┴∀ʞ

Sunday, April 15, 2012

Cerdik, bodoh dan antaranya - 5


Terdapat pihak-pihak yang berpendapat, atas apa yang dikatakan suatu kecerdikan, menyangka bahawa adanya bagi mereka didunia alam fana ini suatu kehidupan yang serba sempurna (prefect world). Permainan minda ini seterusnya memberi kesan kepada tingkah-laku yang dilakukan buat menghadapi kehidupan seharian mereka serta juga kesan kepada pihak lain disamping mereka.

Pada mereka, segala yang bertentangan dengan apa yang diketahui, segala yang bukan selari atau sebagaimana yang dikehendaki, segala yang lain dari diri adalah bukan kesempurnaan atau bukan secerdik diri mereka. Golongan yang menyangka mereka memiliki kecerdikan mengatasi segalanya ini sebenarnya adalah kalangan atau calon psikopath (Psychopathy).

Golongan-golongan ini wajar sahaja meletakkan segala hukum hanya bergantung kepada minda mereka dimana juga mereka sewenang-wenangnya menghukum sekian-sekian pihak lain yang bertentangan pendapat atau tidak selari pendapat dengan mereka biarpun tanpa fakta yang benar. Bukan setakat itu malah menjurus kepada tindakan berlakunya penindasan, kezaliman, mementingkan diri sendiri, menggunakan pihak lain untuk kepentingan diri, perbuatan cantas mencantas untuk ketingkat atas, fitnah menfitnah dan seterusnya (sebagaimana proses demokrasi sekiranya disalah-guna, mampu membuka ruang yang besar untuk gejala-gejala seperti ini berlaku).

Mereka-mereka ini lazimnya hanya mahu melihat keputusan serta-serta buat sesuatu dan mengunakan apa yang dikatakan suatu pemikiran kritis disudut yang salah. Contohnya seperti seorang yang begitu berpegetahuan tinggi atas bidang pertanian tiba disuatu kawasan pertanian yang mundur lalu terus mengkritik petani-petani disitu atas kemunduran mereka sedang dirinya tidak memahami langsung akan faktor-faktor yang menyebabkan kemunduran seperti petani yang tidak berkemampuan membeli peralatan untuk membantunya bertani, tiada bantuan baja-baja, tidak mengetahui cara membasmi musuh-musuh tumbuhan mereka seperti serangga dan lain-lain, disamping ditipu oleh pihak ketiga buat hasil pertanian mereka.

Mahupun juga contohnya mereka hidup dijalanan (street life) yang berdepan dengan kehidupan penuh tekanan atau hidup yang penuh kebebasan lalu menjadi gangster, kaki-pukul, penipu dan lain-lain atau kalangan pihak yang hanya mementingkan diri sendiri lantaran kehidupan yang tiada siapa dapat dipercayai melainkan diri mereka sendiri. Atau contoh lain iaitu mereka yang tenggelam dalam dunia nafsu dan dalam dunia bebas-lepasnya lalu menggunakan segala keupayaan diri hanya kearah untuk memenuhi hajat nafsunya.

Ini adalah kerana atas sesuatu faktor, maka insan mengalami permasaalahan didalam jiwanya atau kata lainnya psikopath, contohnya mengalami sindrom kurang mahupun keperingkat tiadanya perasaan sempati atau empati. Empati adalah keupayaan memahami atau berkongsi perasaan dengan pihak lain atau kehidupan lain. Dalam bahasa Melayu, sempati atau empati yang berasal dari perkataan Yunani, ditakrifkan suatu sifat yang berkaitan dengan sifat ihsan dan dimana sifat ihsan sendiri adalah merupakan suatu sifat terpuji yang tinggi nilainya buat diri seorang Islam.

Kehidupan-kehidupan insan adalah terkait dengan suasana alam persekitarannya yang diduduki dan seterusnya bagaimana diri insan memanfaatkan alam yang diduduki. Dan sekiranya sesuatu generasi atau zaman tersebut hanya cenderung untuk mempertingkatkan kehebatannya dalam sesuatu bidang seperti hanya dalam bidang duniawi atau materi, maka terjadilah gangguan atau permasaalahan keatas personalitinya kerana kehidupan insan sendiri bertunjakkan kepada jiwanya, bukan semata pemikirannya.

Atas ini perlunya usaha-usaha buat elemen-elemen kecerdikan emosi serta keutamaan kepada usaha-usaha buat kecerdikan rohanian kerana pengantungan besar insan pada jiwa dalam dirinya buat menghadapi dan memahami kehidupan sehariannya. Hanya pertanyaannya, apakah yang dimaksudkan dengan elemen-elemen kecerdikan emosi mahupun kecerdikan rohanian? Apakah ianya hanya sebagaimana yang diajar oleh dunia luar Islam.

Bersambung...


Friday, April 13, 2012

Cerdik, bodoh dan antaranya - 4


Eugenik adalah kelahiran yang baik dimana sesuatu ras atau keupayaan dilahirkan dan dalam evolusi teori Darwin, ianya adalah ungkapan kepada proses kelahiran insan buat tahap-tahap tertinggi, seperti kecerdikan dimana evolusi insan tahap tinggi melahirkan bayi-bayi yang dikatakan memiliki kecerdikan tertinggi. Ini semua adalah salah satu dari pemikiran lapuk penjajahan dimana untuk menyatakan bahawa bangsa penjajah ketika itu, iaitu diabad-abad yang lepas adalah kalangan bangsa-bangsa yang eugenik mereka tinggi seperti dari kecerdikannya dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain didunia ini.

Awal abad ke20, ianya memang menjadi suatu topik yang hangat diperkatakan dan terdapat sesetengah negara seperti Britain dan Amerika Syarikat, memulakan program-program kearah itu namun bila-mana, Hitler yang mengambil ideologi tentang eugenik ini untuk memancing bangsa Jerman menyokongnya dengan menyatakan bangsa Jerman adalah bangsa termulia manakala bangsa Yahudi cuba dihapuskan maka topik eugenik ini tidak lagi hangat diperkatakan. Hitler samada sengaja untuk menggunakan isu ini buat menarik sokongan lantaran hegemoni bangsa Yahudi keatas bangsa Jerman ketika itu yang membuat ramai kalanagan orang Jerman menaruh kemarahan pada bangsa Yahudi atau atas dendamnya Hitler pada bangsa Yahudi kerana didapati diri Hitler sendiri berdarah Yahudi hasil dari hubungan gelap neneknya dengan majikan Yahudinya dimana selepas mengandung, neneknya ditinggalkan bersendirian mengharungi hidup yang susah sebelum berkahwin dengan seorang lelaki Jerman.

Eugenik dan seterusnya kepada pengangkuhan keatas nama sesuatu bangsa ini sebenarnya telah lama wujud terutamanya melalui sejarah bertulis dan berfakta dalam banyak sejarah-sejarah kewujudan sesuatu bangsa seperti contohnya bangsa Yahudi yang sentiasa menganggap merekalah bangsa yang termulia dan tertinggi kecerdikannya. Hari ini, untuk mengalih perhatian diatas tindakan kejamnya mereka keatas Palestin, mereka sentiasa memainkan kisah-kisah Holocoust sedangkan mereka sendiri bertindak kejam keatas bangsa Palestin serta tindakan-tindakan lainnya buat hegemoni mereka keatas dunia.

Dari dunia komunis diRussia (yang mana Karl Marx merupakan seorang Yahudi dan revolusi menjatuhkan Tsar adalah didalangi oleh Yahudi sehinggakan ramai kalangan pihak atasan komunis Russia adalah berbangsa Yahudi), dunia kapitalis (yang mana penguasaan keatas ekonomi dan seterusnya lobi-lobi untuk pihak pemerintah seperti diEropa sebelum perang duania kedua atau Amerika sehingga kehari ini, sehinggakan begitu tinggi peratus bangsa Yahudi yang menduduki parlimen biarpun bangsa Yahudi begitu kecil jumlah peratusnya) sehinggalah kepada dunia sains, media massa serta hiburan, semuanya kelihatan banyak berada dibawah hegemoni bangsa Yahudi. Apakah ini kerana bangsa Yahudi adalah eugenik dari proses evolusi atau dari darah keturunan dari ramainya anbiya-anbiya lalu atau kerana faktor-faktor tertentu seperti mengambil berat sesama bangsanya serta langkah-langkah jangka panjang untuk bangsanya?

Eugenik sebenarnya bukanlah sebagaimana teori evolusi yang didakwa oleh penganut Social Darwinis iaitu terlahir sekian-sekian bangsa temulia dan tercerdik dari keputusan proses evolusi. Eugenik juga bukanlah lantaran berdarah sesuatu bangsa tetapi eugenik itu boleh dikatakan suatu putaran atau peraturan alam yang berkaitan dengan alam persekitaran yang diduduki disesuatu zaman atau keadaan, dimana juga kebergantungannya kepada takdir yang menentukan bagaimana dan dimana seseorang tersebut dilahirkan.

Sepasang suami-isteri yang masing-masing memiliki ketinggian pengetahuan dalam berbagai bidang terutamanya bidang kesihatan tidak mustahil melahirkan zuriat yang sihat serta cerdik mahupun zuriat yang terencat anggota serta akal sebagaimana sepasang suami-isteri yang tidak tahu menahu akan hal-hal luar dari hutan yang dipenghunikan sekian lama melahirkan zuriat yang sihat serta cerdik atau zuriat yang terencat angota serta akal. Ini adalah takdir.

Sebagaimana bayi-bayi yang lahir samada dalam keluarga yang kaya-raya atau miskin, dalam masyarakat yang maju atau mundur, dikota atau dipendalaman, sebagai seorang muslim atau sebaliknya, sihat atau berpenyakit, dibawah pemerintah yang zalim atau adil, berjantina lelaki atau perempuan dan seterusnya, semuanya adalah takdir, bukan proses evolusi atau eugenik.

Selebih dari itu, melahirkan baka-baka yang sihat serta cerdik boleh dikatakan dari bahagian bagaimana individu, berpasangan dan seterusnya masyarakat berusaha menyediakan pelantar buat kehidupan generasi seterusnya. Contohnya, sekiranya diusahakan faktor-faktor yang membawa kebaikan seperti pendidikan, moral yang baik dan keutamaan buat jalan-jalan mencapai kepercayaan yang benar, suasana-suasana yang mengajak kearah makruf dan mencegah mungkar, tentulah menghasilkan generasi yang baik atau eugenik iaitu kelahiran yang baik bak menanam benih dengan menyediakan segala yang diperlukan untuk pertumbuhan serta suasana buat kesegaran, tentunya membuahkan hasil yang baik (dalam mana, takdir juga adalah penentu segalanya).

Dalam mana juga wajarnya kewaspadaan pada agenda-agenda eugenik yang berunsur  negatif seperti melahirkan insan-insan cyborgtik dalam bentuk fizikal atau yang bersifat pemikiran iaitu insan yang sebahagian dirinya dirobotkan untuk keuntungan sesuatu pihak atau bayi-bayi yang diklonkan atau gen-manipulasi untuk menghasilkan eugenik sedangkan itu semua bercanggah dengan prinsip fitrah insaniah. Mahupun juga kewaspadaan pada agenda sesuatu pihak yang menggunakan slogan eugenik ini untuk merampas hak-hak pribadi individu mahupun hak-hak orang ramai sebagaimana yang dilakukan oleh Mao Zedong (Mao Tze Tung; 1893-1976) sehingga menyebabkan kematian lebih dari 60 juta jiwa diChina.





Bersambung...



Thursday, April 05, 2012

Cerdik, bodoh dan antaranya - 3


Kecerdikan adalah berkaitan dengan perasaan, pemikiran serta tindakan. Dan atas dari itu semua, ianya bergantung besar kepada keadaan kerohanian dimana terjadinya sesuatu tersebut adalah atas ketetapan mahupun jelas adanya peranan kuasa yang maha hebat yang menentukan segalanya.

Element dari kerohanian ini adalah seperti berkaitan dengan keikhlasan, iaitu biarpun secerdik mana atau bertimbun sarjana yang diusung, tanpa niat yang ikhlas, apa yang disangka dari kecerdikan dan menghasikan kesan positif berpanjangan sebaliknya merupakan suatu kebodohan yang menghasilkan kesan buruk berpanjangan bukan sahaja pada sesuatu individu atau kelompok tetapi mungkin keperingkat seluruh alam.

Contoh yang nyata atas ini adalah zaman bermulanya secara drastik era teknologi dalam 2-3 abad yang lepas sehingga kehari ini yang mana begitu pesatnya ilmu duniawi dikembangkan atas nama industrial atau penguasaan materi dimana jelas, lazimnya niat utama masing-masing adalah semata-mata hanya untuk menyatakan kehebatan serta keuntungan pribadi lalu lihatlah kesan buruknya yang menukar alam kesuatu ruang dimensi yang menjurus kehidupan dalam keadaan tertekan buat majoriti mahluk dialam ini.

Lihatkan sahaja statistik angka populasi dunia hari ini yang kini mencapai keangka 7 billion dan angka ini terus meningkat sejak revolusi perindustrian dan ini adalah kesan ketidak-ikhlasan insan dalam apa yang dikatakan pencapaian buat kecerdikannya. Juga bagaimana tingginya korban-korban dari peperangan dalam abad-abad ini terutama abad ke-20, dimana masing-masing mahu menggunakan kecerdikannya untuk menjadi berkuasa atau meneruskan kekuasaan penjajah kejamnya sehingga berlaku perang dunia pertama dan kedua serta menghampiri perang dunia ketiga dengan segala peralatan perang yang jauh lebih mampu membunuh serta melakukan kerosakan alam dengan skala yang lebih besar. Itu belum lagi dikatakan tentang kesan akan menular atas segala pengaruh moral buruk keatas seluruh alam.

Apa yang dilakukan hari ini untuk mengawal dari lebih banyak keburukan berlaku adalah misalnya seorang penagih dadah jenis berat yang cuba menbuang sifat ketagihan dadahnya yang telah menjejaskan kesihatan mahupun lingkungan kekeluargaannya. Dalam mana, disamping masaalah dalaman diri, terdapat pengaruh luar yang harus didepani serta pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam kampen-kampen mencegah ketagihannya.

Sebegitulah, insan hari ini cuba menyelesaikan permasaalahan yang ditimbulkan kesan atas nama kecerdikannya dimana dalam pada itu juga terdapatnya pihak-pihak yang menaguk diair keruh seperti contohnya, setiap tahun hebuh tentang penjanjian kyoto iaitu untuk mencegah bertambahnya karbon-dioksid diudara, tetapi negara yang menyumbangkan sebahagian besar pencemaran ini, tidak melakukannya lantaran keuntungan yang diperolehinya. Maka terkebil-kebillah anak-anak dimeja sekolah yang diajar akan keutamaan menjaga alam tetapi disamping itu, dipersiapkan untuk diekplotasikan buat tenaga-tenaga industri kapitalis yang hanya bertemakan keuntungan.

Malah ada yang melakukan kempen mencegah pencemaran ini mempunyai niat tersendiri dalam usaha mengaut keuntungan sehinggakan mereka yang benar-benar ikhlas memperkatakan akan pencegahan buat pencemaran, suaranya pun diragui. Seperti juga akan hebuhnya usaha buat kedamaian diseluruh dunia, namun jelas terdapat niat ketidak-ikhlasan sesuatu pihak dan pihak-pihak ini ternyata kalangan mereka yang mengaut keuntungannya begitu besar dari sudut penghasilan senjata-senjata perang. Inilah yang dikatakan kebodohan ilmiah namun tidak disedari oleh sebahagian besar insan termasuk mereka-mereka yang bergelar golongan cerdik-pandai. Bukan hanya pada tahap kebodohan ilmiah tetapi lebih teruk dari itu, ia adalah jenayah ilmiah.

Sedangkan, sekiranya diperhatikan secara mendalam, diabad-abad zaman keemasan Islam dengan segala penerokaannya kedalam dunia ilmiah, kecerdikan iaitu sesuatu yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran serta tindakan ditakrifkan juga dengan kesan kebaikannya yang berpanjangan atau dalam kata lain, "panjang akal". Iaitu kewajaran buat unsur-unsur kecerdikan rohaniah memilih dan menilai sesuatu yang membawa kebaikan. Dan hari ini, adanya istilah baru iaitu SQ (Spiritual intelligence) dari dunia luar Islam, dan sekali lagi dunia teruja dengan penemuan ini, sedangkan dalam dunia Islam, kecerdikan rohaniah ini telah lama menjadi sebahagian dari element buat apa yang ditakrifkan sebagai suatu kecerdikan.


Bersambung...

Tuesday, April 03, 2012

Cerdik, bodoh dan antaranya - 2




Apakah takrif sebenar akan perkataan bodoh, dimana ia merupakan suatu patah perkataan yang biar pun tiada siapa suka ditujukan padanya tetapi merupakan suatu yang selalunya menghiburkan khalayak ramai tidak kira apa kedudukan mahupun zaman mereka.

Ambil sahaja watak badut, tidak kira siapa sahaja disebalik topeng badut, ianya tentulah menghiburkan khalayak ramai bergantung akan sebaik mana tindakan-tindakan yang dianggap bodoh, dilakukan sebaik mungkin. Sekiranya sibadut beralih watak seperti berwatak pintar atau watak serius maka tentulah ianya  tidak lagi menghiburkan audien.

Dan bukan sahaja watak badut tetapi begitu banyak lagi sehingga tidak dapat dikira akan watak-watak lain yang melakukan tindakan-tindakan bodoh untuk menarik perhatian ramai terutama dalam hal berkaitan dengan sesuatu yang menghiburkan. Malah ada kalangan mereka yang begitu berjaya dengan watak bodohnya sehingga dikenali diseluruh dunia dan ditonton segala peringkat umur seperti Mr Bean, yang nama sebenarnya Rowan Atkinson dan adalah kalangan lepasan Oxford.

Perkataan bodoh lazimnya ditujukan buat sesuatu individu mahupun sekelompok ramai untuk menyatakan bahawa ianya tidak pintar, tidak cerdik, tidak menggunakan akalnya untuk berfikir, melakukan sesuatu diluar kewajaran atau kewarasan, mereka yang rendah I.Qnya, mereka yang buta-huruf atau rendah pelajarannya, mereka yang hidup ketinggalan zaman dan seterusnya. Namun apakah benar semua tanggapan tersebut?

Apakah mereka yang dikatakan kalangan bukan bodoh tiada sifat kebodohan dalam dirinya? Mereka yang berpelajaran tinggi, berkedudukan tinggi, berketurunan kelas atasan, hidup dalam kalangan masyarakat yang maju, hidup dalam zaman zenith atau kemuncak sesuatu tamadun dan seterusnya, apakah mereka-mereka ini tiada sifat kebodohan dalam diri mereka?

Sifat kebodohan ini sebenarnya ada dalam setiap insan sama seperti sifat kecerdikan, hanya-sanya bergantung sifat manakah yang besar menguasai seseorang dalam kehidupannya setiap saat. Seseorang tersebut mungkin sahaja dapat mengecilkan sifat-sifat kebodohan dalam dirinya lalu dianggap kalangan cerdik-pandai, namun ini tidak melenyapkan akan sifat kebodohan yang masih dimiliki. Atau sebaliknya iaitu seseorang yang dianggap bodoh, tetap ada kecerdikan pada dirinya selama mana akalnya masih waras.

Ianya juga bergantung dari sudut mana dimaksudkan akan sesuatu kebodohan tersebut. Contohnya seseorang tersebut mungkin sahaja kalangan mereka yang memiliki timbuhan sijil-sijil dan namanya tersebar disetiap pelusuk alam sebagai pakar utama bidang fizik tetapi penemuan-penemuan yang dihasilkannya jelas membawa kesan mudarat secara besar-besaran pada kehidupan dialam ini, dan dirinya menyedari akan hal itu, maka dirinya bukanlah cerdik tetapi kalangan mereka yang memiliki kebodohan bertahap tinggi.

Atau juga seseorang yang melakukan suatu pemikiran yang dianggap hebat lalu dipuja serta dianuti disesetengah negara, dimana dirinya diangkat sebagai seorang cerdik-pandai tetapi dirinya tidak menyedari bahawa segala pemikirannya membawa kesan yang amat buruk pada khalayak ramai seperti pertumpahan darah yang tidak henti-henti, penindasan, kezaliman dan seterusnya (contohnya Karl Max dengan ideologi komunisnya), tentulah insan yang dianggap cerdik-pandai tersebut sebenarnya seorang yang memiliki kebodohan yang amat dahsyat kesan buruknya.

Sebegitu juga, seseorang yang memiliki keupayaan seperti suatu pengetahuan yang dipelajari sekian lama dan dapat dimanfaat buat khalayak ramai tetapi pengetahuan itu tidak disebarkan untuk khalayak ramai atau digunakan hanya untuk urusan buat mendapat imbuhan, tentunya juga tindakan ini adalah suatu kebodohan. Ini juga adalah seperti tindakan bodoh seorang yang hafis Al-Quran yang tidak mengajarkan Al-Quran pada yang lain serta tidak mengamalkan ajaran Islam tetapi menggunakannya hanya untuk mendapat imbuhan seperti dimajlis-majlis pertandingan membaca Al-Quran.


Bersambung...

Monday, April 02, 2012

Cerdik, bodoh dan antaranya - 1



Realitinya, dunia pengajian berbentuk umum cuba memadamkan sejarah akan dunia Islam yang memainkan peranan utama dalam arus adaptasi kearah dunia berbentuk modern hari ini seperti dengan segala teknologi, pembentukan kota-kota urban dan seterusnya. Lazimnya, sesejak dikelas primari hingga kepusat pengajian tinggi, rata-rata diperkenalkan hanya dunia luar Islam yang menjadi tunjak akan segala pengetahuan dunia hari ini manakala zaman keemasan Islam iaitu diabad-abad dimana dunia Islam memulai segala penerokaannya, dilabelkan sebagai zaman gelap.

Dari kurikulum persekolahan, kehakiman sehinggalah kepada ideologi pemerintah, rata-rata digubah mengikut secara mutlak acuan-acuan bukan dunia Islam dan dibangga-banggakan bahawa hanya itulah kejayaan sebenar dimana ia kini seakan menjadi suatu hukum kewajipan buat setiap insan untuk menganutinya. Sedangkan itu semua adalah lanjutan dari sistem lapuk penjajahan. Penjajahan yang berlanjutan, bukan lagi dari bentuk fizikal tetapi lebih kepada bentuk penjajahan pemikiran.

Hari ini, sekiranya para-para profesional luar dari dunia Islam memperkatakan akan sesuatu, seperti segala yang diluar dari pencapaian insan umum contohnya lubang hitam (black hole) diangkasa menelan segala yang menghampirinya, sekelian dunia mempercayai bulat-bulat biarpun kenyataan-kenyataan tersebut hanyalah berbentuk teori. Sedangkan, Stephen Hawking yang mempertahankan kenyataan dari pengiraannya, akhirnya setelah 30 tahun mengakui bahawa tanggapannya salah tentang lubang hitam menelan ghaib segala yang menghampirinya.

Dan didapati bukan sahaja satu lubang hitam diangkasa tetapi beribu-ribu jumlahnya. Lalu hari ini, muncul telahan baru bahawa lubang hitam itu adalah terowong buat dunia paralel yang lain dimana segala yang memasukinya, akan melalui perjalanan teleportasi, iaitu partikal-partikelnya akan dijelmakan kembali sebagaimana akan sesuatu tersebut sebelum ia memasuki lubang hitam, dan sekali lagi, ramai yang mempercayainya. Dan semuanya mempercayai seperti takjubnya seseorang akan penjelasan dukun-dukun akan dunia ghaib sedangkan dukun-dukun tersebut hanyalah menduga-duga.

Sebegitu juga dalam memahami kecerdikan seseorang, maka diadakan sekian-sekian ujian untuk apa yang dikatakan taraf I.Q seseorang dan dari itu, maka difahami akan tahap-tahap kecerdikan seseorang dimana ujian-ujian tersebut yang telah dilakukan 100 tahun yang silam, dilakukan lagi dalam bentuk yang sama dihari ini sedangkan dalam tempoh 100 tahun, keadaan dunia telah mengubah hampir 100 % akan keadaan pengetahuan insan dengan segala keupayaan dunia maklumat, komunikasi, data-data pengetahuan yang hampir semua taraf mampu mengeksesnya dan mahupun lain-lain puncanya.

Malah hari ini, sering terjadi, mereka-mereka yang diuji akan ketinggian I.Q mereka, mengalami kegagalan dalam kehidupan seharian seperti dari kaitan kekeluargaannya, moral dan lain-lain. Lalu dicipta penjelasan yang baru iaitu E.Q, kecerdikan emosi, maka sekali lagi, dunia keseluruhannya mempercayai bulat-bulat apa yang diungkapkan dan malah digali segala puncanya hanya melalui cara pemikiran yang luar dari dunia Islam lalu ditampilkan jawapan-jawapan yang hanya selari dengan mereka.

Seperti sekiranya dikatakan bahawa kreativiti adalah sebahagian dari proses kecerdikan insan, maka difahami hanya kreativiti dari bentuk dunia bukan Islam contohnya melukis, maka difahami dan diikuti cara-cara dunia bukan Islam melahirkan seni lukisan mereka biarpun ianya bertentangan dengan ajaran Islam seperti melukis gambaran aurat-aurat insan yang terbuka yang jelas membawa kearah kebodohan tingkah-laku insan lantaran nafsunya.

Hari ini, kelihatannya dunia Islam melahirkan generasi-generasi yang tidak tajam pemikiran mereka seperti zaman-zaman kegemilangan dunia Islam lantaran fikiran umatnya kini telah dibekukan mengikut acuan pemikiran dunia bukan Islam. Dan seterusnya memperdalami akan tahap kebodohan umum umatnya dengan menyalahkan akan ajaran Islam yang menyebabkan kebekuan intelek atau dunia ilmiah. Gelagat ini sama seperti seorang pesakit yang bukan menyalahkan perkara yang menyebabkan penyakitnya tetapi menyalahkan ubat buat penawar penyakitnya.

Dunia Islam tidak menolak akan pengetahuan dari dunia bukan Islam tetapi mengambil pengetahuan tersebut dengan berhati-hati dan berfikiran kritis. Contohnya, dunia Yunani dihormati kerana daya pemikiran mereka yang tinggi dibandingkan dengan zaman-zaman terdahulu namun dunia Islam diwaktu itu tidak menelan mentah-mentah segala maklumat yang dipelajari mereka. Dunia Yunani bukan semata-mata berkaitan dengan falsafah tetapi merangkumi banyak pengetahuan dari sudut bahasa mahupun alamiah, tidak ditelan mentah-mentah tetapi cuba diselidiki dan dibaiki. Sehinggakan dunia Yunani itu sendiri diperkenalkan kepada benua Eropa oleh para sarjana dunia Islam sedangkan sebelumnya, dunia pengetahuan Yunani sebenarnya tersinggir dari dunia Eropa lantaran pengaruh hegemoni Rom diwaktu itu.



Bersambung...
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga