Helvetica adalah rupa huruf tanpa kait terkenal yang dikembangkan tahun 1957 oleh perancang rupa huruf yang berasal dari Swiss, Max Miedinger bersama Eduard Hoffmann.
Dalam tipografi (ilmu yang mempelajari tulisan/huruf), huruf tanpa kait atau biasa disebut sebagai sans-serif adalah jenis huruf yang tidak memiliki kait pada bahagian hujung strokes. Kata sans, yang berasal dari bahasa Perancis, memiliki erti "tanpa", sedangkan serif adalah bahagian yang berbentuk kait dihujung strokes. Rupa huruf sans-serif dalam beberapa literatur tipografi juga sering disebut "Grotesque" (dalam bahasa Jerman disebut "grotesk") atau "Gothic".
Huruf tanpa kait mula terkenal pada awal abad ke-20 dan ketika ini, huruf tanpa kait sering digunakan sebagai teks pada penggunaan
digital mahupun tampilan dilayar komputer, kerana tingkat legibility dan pembacaan yang cukup tinggi dibandingkan dengan huruf berkait. Pada penggunaan digital dan layar komputer resolusi rendah, kait pada huruf berkait sering kelihatan hilang atau pun terlalu besar, sehingga menggangu tingkat legibility dan pembacaan.