Tariqat terikat,
pada simpul-simpul
penentu,
mungkin pada tungkul kayu,
mungkin pada mangkuk tebu,
mungkin pada batu tasbih
jitu,
mungkin pada ihsan suci
debu,
dalam jarak-jarak
pencarian,
penilaian berilm atau
jahil.
Tariqat terikat,
pada hati setiap insan
adanya,
malah sikufr pun berhati
padanya,
hanya pembeda antara hak
dan batil,
satu terikat pada
sifu-sifu duniawi,
satu terikat pada
sifu-sifu akhirati,
bertelegah menenggahkan
pati-pati,
agar dirasa pahit-manis,
sihaus hati.
Tariqat terikat,
tersiar diiklan-iklan
harian,
memancing kerana undi
dipilih diri,
dalam sekian-sekian beradu
dua jalan,
antara jalan perangkap
guna tali berduri,
ikhtiar meliar terbiar,
diawangan palsu,
mengunci jiwa dibingit
isingan majnun,
atau jalan berlakar-peta,
guna tali bersanad,
dengan ikhtiar pintar
litar berderet diatur,
dialun zikr haq, buat
kemerdekaan jiwa.
Tariqat terikat,
hakikat hanya satu
tariqat,
jalan diatas semua jalan
penuju,
bersurah penampilan Nabi
s.a.w,
bersirah cerita aslinya
Nabi s.a.w,
bersarirah fikir juga
kerisauannya,
bertunjak, ungkapan dakwah
ilallah,
keikhlasan, rantaian yang
dipusakai,
dan berfiqh linkungan
mazhab ASWJ.
Zarch – 29.01.12