Sunday, December 09, 2012

Cinta dan syahwat (love and lust) - 3


Dunia hari ini mahupun sedari dahulu jelas lumrahnya dicorakkan atas lantasan cinta dan syahwat insan, samada yang berunsur positif atau negatif. Contohnya, hampir keseluruhan apa yang terbentang dari aliran kebendaan adalah berprinsipkan cinta dan syahwat dimana tentunya juga dari prinsip cinta dan syahwat ini ada unsur positifnya seperti terbina tamadun-tamadun ulung dengan kebudayaan hidup, akan tetapi lantaran tidak dapat mengendalikan atau menstabikan prinsip cinta dan syahwat pada jalan yang benar, maka selalunya yang positif bertukar menjadi negatif dan segalanya berakhir juga dengan kehancuran.

Insan dari dalaman dirinya sehinggalah luaran penampilan diri iaitu contohnya pemakaian, tingkah-laku dan seterusnya dicorakkan dengan keadaan yang berlaku disekitarnya. Dan disinilah bagaimana kesan cinta dan syahwat dipersekitaran memainkan peranan utama mencorakkkan insan. Namun malangnya cinta dan syahwat berunsur negatif yang lazimnya mudah menguasai keadaan hatta sampai keperingkat terdapat begitu ramainya insan yang dirinya dimanipulasikan sehinggakan perlakuan serta pertuturan sehariannya bagaikan skrip-skrip yang telah ditulis dan dirinya hanyanya pelakon-pelakon yang memainkan watak-watak berunsur negatif yang sama sedari dahulu dan dimana sahaja.

Kesilapan demi kesilapan yang terjadi adalah kerana kesalah-fahaman atas apakah prinsip sebenar cinta dan syahwat dimana kesalahan-kesalahan ini boleh berlanjutan sehingga menjadi begitu parah tanpa dapat dibaiki lantaran syahwat menguasai segala apa yang diertikan sebagai cinta. Contohnya kaum Luth yang binasa dihancurkan keseluruhannya (melainkan Nabi Luth serta beberapa pengikutnya yang mengikut jalan lurus terselamat) lantaran kesalah-fahaman akan erti cinta dan syahwat sehingga keperingkat begitu parah dimana homoseksual, lesbien dan sebagainya adalah sesuatu yang dipandang biasa dan tidak lagi menjadi perbuatan sumbang pada masyarakat tersebut.

Sebegitu juga akan kebanyakkan kemusnahan yang berlaku akibat peperangan demi peperangan dalam sejarah insan adalah lantaran cinta dan syahwat insan keatas duniawi, keatas kekuasaan, keangguhan dan seterusnya sehinggakan membuat mereka bertindak merampas sewenang-wenangnya hak-hak pihak lain dan buta dalam mengenal apa itu erti kedamaian. Fitnah menfitnah, berhasad-dengki, dendam mendendami antara satu sama lain dan seterusnya sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat buruk atau dalam kata lain memiliki mentaliti yang buruk serta jahil adalah hasil dari syahwat menguasai segala apa yang diertikan sebagai cinta.

Sifat-sifat insaniah yang baik dan buruk adalah berlandaskan pada hati insan dimana cinta dan syahwat juga adalah unsur yang terbina dari hati insan. Dan dari hati ini, ia seterusnya menampilkan ciri-ciri akan keadaan sebenar seseorang insan.

Nabi Muhamad s.a.w telah bersabda:

“Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik, maka baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.“ (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dan bukanlah diertikan dengan hati berbentuk fizikal tetapi keadaan dalaman diri insan iaitu perasaan dan seterusnya kearah pemikiran yang terbentuk dalam dirinya. Dari itu, langkah pertama untuk mengendalikan cinta dan syahwat agar sentiasa berada dijalan kebenaran adalah dengan mendidik dan menjaga hati dari keburukkan dan ini memerlukan usaha serta ilmu kearah tersebut sehinggakan sampai disuatu tahap peringkat, hati akan dapat terus merasa atau menilai apakah sesuatu itu hak atau sebaliknya. 

Mendidik agar celek hati atau dalam kata lain, celek mata hati agar dapat bertindak menuju kebaikan dan menghindari kemungkaran. "Barang siapa yang buta di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)." (Surah Al Isra ayat 72) "... sesungguhnya bukan buta mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Surah Al-Hajj ayat 46)

Sedang pintu pertama buat cinta dan syahwat, lumrahnya dari mata kepala yang melihat dan menilai sesuatu tersebut tetapi hakikatnya hanya dengan mata kepala sahaja, insan tidak mampu menilai kebaikan yang sebenar dan malah dengan mata kepala sahaja, ianya telah membawa ramainya insan terjerumus kelembah kehinaan mahupun kemungkaran lantaran cinta dan syahwatnya.

Bersambung...

Friday, December 07, 2012

Cinta dan syahwat (love and lust) - 2

Sesejak awal kejadian insan, masalah besar yang dilalui oleh insan adalah lantaran cinta dan syahwat sehinggalah terjadinya pembunuhan pertama dalam sejarah insan dimana Qabil telah membunuh Habil. Sehingga kini mahupun seterusnya buat kurun-kurun kewujudan insan dialam ini, tidak kira dimana sahaja mahupun apa bangsanya, masalah ini terus berlanjutan terutamanya dikalangan remaja dimana usia-usia ini merupakan permulaan mengalami sindrom cinta dan syahwat. Bahkan bukan sahaja kalangan para remaja malah kesan darinya berlanjutan hatta kepada mereka yang jauh lanjut usianya.

Dari sesekecil masalah seperti cemburu dan sebagainya, sehinggalah kepada kerosakan moral seperti perlakuan-perlakuan sumbang serta lain-lain dan  mahupun kepada tindakan rogol atau kejam seperti membunuh bayi luar nikah adalah berkaitan dengan cinta dan syahwat. Tentulah tidak dinafikan akan kesan positif serta faedah darinya buat insan seperti menghasilkan perkahwinan yang bahagia, tetapi yang besar dikhuatiri adalah kesan negatif darinya yang mana bukan sahaja masyarakat yang kuat pegangan agamanya mengkhuatirinya, malah mereka yang hidup dalam dunia bebas lepas akan khuatir apakah akan berlaku pada remaja-remaja atau generasi-generasi mereka.

Syahwat yang lazimnya dikatakan maknanya kehendak atau hasrat buat seksual sebenarnya memiliki pengertian yang jauh lebih luas. Kalimat syahwat berasal dari bahasa Arab syahiya-syaha yasyha-syahwatan, secara lughawi bererti menyukai atau menyenangi iaitu dimana kecenderungan jiwa terhadap apa yang dikehendaki atau dihasratkan (nuzu’ an nafs ila ma turiduhu). Dalam kata lain, ianya adalah kecenderungan hati yang mampu membawa kejurang yang payah dibendung buat sesuatu yang bersifat indera dan fizikal insan.

Sebagaimana cinta adalah fitrah insan, sebegitu juga dengan syahwat, yang merupakan fitrah insan yang harus dikendalikan. Setiap insan memiliki fitrah mencintai, menghajati atau berkehendak pada sesuatu yang didambakan. Insan sentiasa berkeinginan memiliki, menguasai, meraih, menikmati dan memanfaatkan sesuatu yang mereka pandang sebagai hajat dalam detik kehidupan namun dari itu, untuk berada dalam lantasan kebaikan atau positif, wajarlah insan mengendali cinta dan syahwatnya agar terlindung dari kemungkaran, keburukan atau perkara yang membawa kehancuran moral diri mahupun kehidupan bermasyarakat seterusnya.

Dalam Al-Quran dinyatakan akan erti syahwat seperti didalam surah Al-Imran:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ  

" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." (Surah Al-Imran ayat 14)

Dalam ayat ini, kecintaan kepada apa-apa yang diingini atau syahwat, dimisalkan pada jenis-jenis hajat kehidupan iaitu: wanita-wanita (cth pasangan hidup), anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan (cth kenderaan), binatang-binatang ternak dan sawah ladang (cth milik harta kediaman, rumah dan sebagainya) yang mana semuanya ini adalah ujian buat insan dalam bagaimana mengendalikan cinta dan syahwatnya.

Dari ujian ini, nyatanya ramai insan kecundang sehingga menjadikan sesuatu hajat dalam hidupnya sebagai maksud hidupnya, sedangkan maksud hidup insan hanyalah dijadikan untuk beribadat serta mengabdikan diri pada Allah. Atas menjadikan hajat sebagai maksud, insan melupakan Penciptanya dan mendambakan kehidupannya pada jalan yang akhirnya membinasakan diri serta masyarakat umum seterusnya.

Allah dengan rahmat-Nya. sentiasa memberi petunjuk agar insan kembali pada kebenaran namun yang menjadi penghalang utama untuk insan sentiasa berada dilandasan kebenaran adalah hawa-nafsu syahwat insan itu sendiri. Ini dinyatakan dalam surah an-Nisa:

وَٱللَّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيۡڪُمۡ وَيُرِيدُ ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلشَّہَوَٲتِ أَن تَمِيلُواْ مَيۡلاً عَظِيمً۬ا

"Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran)." (Suran an-Nisa ayat 27)

Bersambung...

Sunday, November 25, 2012

Cinta dan syahwat (love and lust) - 1



Apakah ada perbezaan antara cinta dengan syahwat atau apakah kaitan antara keduanya. Lazimnya cinta mengambarkan suatu keindahan atau detik-detik indah manakala syahwat pula mengambarkan suatu yang selari tetapi seperti bayangan gelap pada makna cinta. Malah lazimnya syahwat juga merupakan onar-onar duri yang mengotori cinta bila mejangkau keluar dari peraturan moral insan, sedangkan dimasa yang sama ianya adalah salah satu punca keseimbungan buat keturunan-keturunan insan.

Secara makna bahasanya, cinta hampir tidak mempunyai definisi yang tetap kerana ianya berbeza-beza atas perilaku tindak-balas insan yang merangkumi penafsiran yang dilakukan setiap individual dalam pengertian apakah cinta serta mahupun ukuran cinta buat sesuatu tersebut. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, cinta berkisar pada tindak-balas dalaman diri insan yang kekadang ianya lemah atau kekadang ianya begitu kuat sehingga mempengaruhi reaksi diri seseorang serta tidak mampu dihilangkan dari dirinya. Cinta yang dikatakan dari tindak-balas dalaman diri seseorang adalah diatas unsur perasaan, kasih-sayang, emosi, keindahan atau keseronokan jiwa.

Dalam pada itu, cinta juga membawa tajuk yang lebih jauh mendalam dari hanya perkataan gemar, suka, meminati dan sebagainya yang mana juga ini merupakan persimpangan yang membezakannya dengan pergertian syahwat. Biarpun kedua-duanya adalah lazimnya dilihat selari, namun jelas cinta memerlukan bukan hanya diatas tindak-balas dalam diri seseorang seperti unsur perasaan, kasih-sayang, emosi, keindahan atau keseronokan jiwa sahaja tetapi memerlukan pengiraan dari sudut sifat insaniah (humanity) serta akal insan itu sendiri, membuatnya berbeza dengan erti syahwat yang hanya berlapik diatas kehendak rasa diri insan.

Perkataan cinta juga yang lazimnya diungkapkan buat sesuatu dipersekitaran seperti mencintai sesuatu resepi makanan atau haruman minyak wangi tertentu, mencintai sesebuah kenderaan, mencintai sesuatu irama dan sebagainya, tetapi itu sebenarnya hanyalah mainan bahasa, bukan makna sebenar apa itu erti cinta. Ini kerana erti perkataan cinta yang sebenar adalah lebih tinggi dan lebih mendalam dari hanya untuk ditujukan pada kebendaan dipersekitaran yang mana semuanya berbentuk sementara atau fana (dikecualikan cinta buat sesuatu individu seperti sisuami mencintai isterinya atau sebaliknya iaitu siisteri mencintai suaminya kerana ini mampu sahaja membawa kesyurga buat selama-lamanya) dan malah perkataan cinta ini (yang merupakan cinta termulia dan tertinggi) adalah sebenarnya khas buat ditujukan buat pencipta segalanya iaitu Allah.

Bersambung...

Thursday, November 15, 2012

Dunia stylus

Selamat datang kedunia stylus. Samsung Note 2 serta HTC Flyer adalah 2 enjin terbaik buat stylus disaat ini. Menulis atau melukis dengannya adalah begitu selesa seakan menggunakan pencil sebenar yang dicoret diatas kertas.
Setelah berjaya dengan Samsung Galaxy S3 yang mendapat sambutan, samsung kembali meninggalkan Apple dengan melancarkan produknya yang diberi nama Samsung Galaxy Note 2 dimana lebih baik serta mesra dan mudah untuk digunakan.

Samsung GALAXY Note II mempunyai Layar yang lebih luas 5.5” HD Super AMOLED (1,280 x 720) (sebelumnya hanya 5,3″). Menggunakan OS terbaru Android 4.1 (Jelly Bean). Lebih ringan dengan dimensinya 80.5 x 151.1 x 9.4 mm, 180 g (sebelumnya 178 g ).
Samsung GALAXY Note II membawa Processor 1.6 GHz quad-core (sebelumnya 1.4GHz Dual Core Processor)

HTC Flyer pula merupakan tablet pertama buatan HTC yang seakan mengikut jejak Samsung dengan Tab 7.0, juga menggunakan sistem operasi Android. HTC Flyer menggunakan sistem operasi Android v2.4 Gingerbread dengan dukungan prosessor 1.5 GHz.

HTC Flyer memiliki layar sentuh berukuran 7 inci dengan resolusi 600 x 1024 piksel, memori internal 32GB dan RAM 1GB. HTC dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel yang mampu merakam video HD 720p dan kamera depan 1.3 megapiksel.

HTC Flyer dilengkapi juga dengan fitur konektivitas seperti dukungan jaringan 3G dengan HSDPA dan HSUPA, WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth 3.0, dan GPS.
Tinggal pertanyaannya, dapatkah benda-benda ini dimanfaatkan buat kebaikan. 
 

Tuesday, November 13, 2012

Samsung Galaxy Note 2 Vs. iPhone 5


Upgrade from Samsung Note 1 to Note 2. A freind ask, "Hey man, where u go with that TV set on your hand?" Ha ha ha, with smile i reply, "Do you know the different between home phone and smartphone?" So here is it, the best 4G smartphone on the line, on test.

The Note 2 is a unique product, and while it's a fully-functional phone, the most attractive qualities are rooted in its tablet capabilities. It's a great device for consuming media on the go and an equally competent Web browser. Note 2 comes with a blazing 1.6-gigahertz quad-core chip, one of the fastest on the market and 2-gigabytes of RAM, ensuring apps run smoothly no matter how many are in the background. 8-megapixel camera captures clear, vivid photos and records 1080p high-definition video. Note 2 is also one of the first devices to run on Android 4.1, dubbed "Jelly Bean." Bolstered by Google's Project Butter, Android is now smoother and easier than ever before.

Other thing, Note 2 back with the best stylus which not just to make handwriting easier but also allows the previewing of email message without opening them, in the same way that hovering over something on a computer screen with a mouse can reveal more information about it. Beside Samsung are working on making it feel natural and easy to use, it also making the shortcuts to extra features obvious. But if the stylus can make a comeback, it will mark a resurgence for a technology that was first shown in 1957 (year of merdeka) as part of a device called the Styalator.  More than 50 years later, there’s still huge interest in perfecting this technology, and Samsung may yet make it happen. Creative mind in not just depend on huge of certificate from this and that university, but in nature, it was an interest matter on something surround.
Samsung note 2 make in Vietnam but original under Samsung Company, make it little cheaper, seem work well and better then Iphone 5 which much far expensive according to the price.


Sunday, October 21, 2012

Sembelihan Cara Islam Lebih Afdal

Menurut Kajian Sains: Sembelihan Cara Islam Lebih Selamat Dari Cara Barat Kelebihan Menyembelih Binatang

Masyarakat Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap

tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Undang-undang Barat

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati. Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah al-Maidah ayat 3, Allah SWT menyatakan :

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.”

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.

Haiwan Tidak Mengalami Kesakitan

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze [rujuk di Wikipedia] dan rakannya, Dr Hazem di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, ‘Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional (pistol kejutan) dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’ (Experiments for the objectification of pain and consciousness during conventional (captive bolt stunning) and religiously mandated (ritual cutting) slaughter procedures for sheep and calves) [download kertas kajian], menyimpulkan kaedah sembelihan adalah terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan pistol kejutan (captive bolt pistol – CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, 3 saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk 3 saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas 6 saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Hindari Penyakit

Kajian juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk jika dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30-40% lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Secara umumnya, sebarang penyakit daripada haiwan dapat dihindarkan dengan cara sembelihan. Ini kerana darah yang merupakan bahantara kuman, bakteria dan toksin dikeluarkan dengan banyak dari badan haiwan dalam proses penyembelian.

Daging Lebih Lembut, Segar dan Bersih

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut dan segar berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Ia juga akan kekal segar dalam masa yang lama disebabkan kurangnya darah dalam daging.

Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan 2 urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.

Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala diceraikan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro-organisma.

Belas-kasihan Terhadap Haiwan

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.

Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Selain itu, sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber: Info Kesihatan Anda

Wednesday, October 10, 2012

Master calligraphy - Haji Noor



Haji Noor Deen Mi Guang Jiang is a renowned master of Arabic calligraphy. Born in 1963 in Shangdong province, China, he brings an immense learning in traditional thought and Islamic art to a modern audience, juxtaposing them in a new calligraphic style all his own, both Eastern and Western. Please click through to read about Haji Noor's achievements or explore his artwork gallery.

The Chinese and Arabic calligraphic traditions have often been compared as the two of the world's finest manifestations of the written word, but never likened; indeed, they are at once opposites and complements. When combined the result is an artistic piece that is a work of incredibly unique beauty, and a testimony to man's synthesizing genius. 

Noor Deen's extraordinary mastery and genius along with his unique ability to spectacularly deliver his craft to an audience has brought him lecture and workshop invitations from some of the most renowned and prestigious institutions around the world, including: Harvard University, Cambridge University, University of California-Berkley, Massachusetts Institute of Technology, the Bukhari Institute and many others. He currently lectures Arabic calligraphy at the Islamic College in Zhen Zhou, China and the Zaytuna Institute in California.

Tuesday, September 25, 2012

Card kredit yang memancung

Diera globalisasi ini, kehidupan yang semakin tertekan bukan sahaja sebenarnya akibat dari kenaikan harga tetapi lantaran kehadiran barang kebendaan mewah yang semakin melimpah. Dari kenderaan mewah atau terbaru yang ingin dimiliki sehinggalah keperalatan-peralatan elektronik, membuat ramai yang tersungkur menanggung hutang-hutang beriba.

Card kredit adalah salah satu cara modern untuk berhutang, namun begitu, tanpa kita sedar, kita telah berurusan dengan "Along Berlesen" yang bersedia memerangkapkan masa depan kita. Card kredit ini sebenarnya adalah salah satu asal dari idea-idea penyangak Illuminati untuk mengaut keuntungan beriba serta untuk memperhambakan insan lain diseluruh dunia agar sentiasa berada dibawah mereka dengan cara memberi hutang.

Lantaran itu, marilah kita sentiasa beringat sesama kita agar cuba menjauhi dari dibelenggu hutang-hutang dengan mengawal dunia kebendaan kita. Seperti contohnya, tidak perlulah membeli setiap model kereta baru yang keluar yang hanya menambahkan beban hutang. Tentunya dalam sesuatu hal, kita terpaksa berhutang lantaran hajat kehidupan yang mendesak, namun selebihnya dari itu, sebaiknya, jauhkanlah berhutang hanya semata-mata kerana bisikan dunia kebendaan.

Sunday, September 23, 2012

Berhati-hati dengan Face Recognition (Pengenalan wajah)

Berhati-hati dengan perisian Face Recognition - mengenal wajah (dari itu janganlah terlalu bersuka bercorak diri serta ahli keluarga dengan wajah yang jelas untuk diuploadkan diinternet serta bertag-tag diFB dan seterusnya kerana identiti anda dirakam)

Facebook mencetuskan tindak balas membantahnya lantaran menceroboh privasi khalayak ramai diseluruh dunia apabila ia membolehkan cadangan tag foto automatik. Manakala Google telah berjanji ia tidak akan melakukan pengiktirafan muka mudah alih. Google membina teknologi itu, tetapi memutuskan untuk tidak melepaskannya kerana potensi untuk penyalahgunaan, kata pengerusi Google, Eric Schmidt.
 

Atas tindakan undang-undang, Facebook akhirnya bersetuju untuk mematikan ciri pengiktirafan muka untuk pengguna dalam Kesatuan Eropah, Pesuruhjaya Perlindungan Data Ireland mengumumkan dalam siaran akhbar Jumaat. (Namun undang-undang ini hanya buat Eropa, bukan untuk seluruh dunia)

"Ciri ini telah pun dimatikan bagi pengguna baru di EU dan template untuk pengguna sedia ada akan dipadam pada 15 Oktober, 2011" Pesuruhjaya Billy Hawkes berkata dalam siaran.

Pengenalan wajah membolehkan Facebook untuk mencadangkan tag nama kepada pengguna untuk foto yang dimuat naik di laman web ini. Berikutan 22 aduan oleh kumpulan Austria terhadap Facebook pada bulan Ogos 2011, pesuruhjaya menjalankan audit yang menyeluruh pematuhan laman rangkaian sosial dengan Ireland dan EU undang-undang, yang dikeluarkan pada Disember 2011.

Iphone juga menggunakan perisian pengenalan wajah, bernama Klik yang boleh mengenal pasti orang walaupun sebelum gambar ini diambil iaitu jika seseorang memegang telefon iphonenya untuk mengambil gambar seseorang, Klik akan meneka dengan berlegar nama orang tersebut diatas imej kepalanya. Aplikasi perisian itu dibuat oleh Tel Aviv-based Face.com, yang telah menawarkan API muka pengiktirafan kepada 45,000 pemaju untuk membolehkan mereka melakukan perkara-perkara seperti membuka komputer pengguna yang tiada password untuk mengiktiraf wajah mereka (sekaligus ini berkemungkinan sesuatu pihak dapat membuka komputer atau telefon pihak lain tanpa diketahui).

Friday, September 07, 2012

Madinati - Calligraffiti on Jara Mosque, Gabes - eL Seed



eL Seed is a Tunisian artist who writes graff in arabic. His work is often socially aware- he recently completed a large piece in his home country that translates to “Oh humankind, we have created you from a male and a female and made people and tribes so you may know each other.” The phrase, a verse from the Quran, was used to “convey a message of mutual respect, tolerance, and dialogue in a country brimming with countless possibilities.” And last November, he did a wall that read “this is just a phrase in Arabic” as part of a commentary on Western prejudice and misunderstanding of Middle Eastern culture. Pretty solid skills to top it all off as well.

- http://www.elseed-art.com/
- http://www.beautifuldecay.com/2012/08/30/arabic-graffiti-from-tunisian-artist-el-seed/

Monday, July 23, 2012

Ramadan 2012

Jika tiba bulan Ramadhan,
maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.
Bukhari & Muslim

Saturday, July 14, 2012

Antara rokok dengan puasa

 
Terdapat dua komponen fisiologi dan psikologi dengan merokok. Dopamin ialah bahan semulajadi dalam badan insan yang menumpulkan kesakitan dan meningkatkan rasa keseronokan. Apabila merokok, nikotin akan meningkatkan tahap dopamin namun ianya bersifat singkat, lantaran itu, para perokok akan berterusan merokok untuk meningkatkan tahap dopaminnya. Terutamanya mereka yang tertekan atau gelisah jiwanya, lazimnya merupakan perokok yang tegar serta tinggi jumlah rokok yang diambilnya setiap hari. Oleh itu, apabila seseorang tersebut berhenti merokok, badan akan gelisah namun bila dirinya berterusan tidak merokok maka badannya akan menukar secara semula-jadi tahap dopamin kembali pada tahap normal.  

Disamping itu, masalah yang besar dalam usaha berhenti merokok adalah kerana tabiat atas suatu ketagihan tingkah laku dalam aksi sesuatu iaitu para perokok membiasakan diri dengan tindakan mengambil sesuatu dan memasukkannya kedalam mulut serta menyedut asap-asap tersebut, sebagaimana terdapat mereka yang memiliki ketagihan tingkah-laku seperti mengigit kuku, mengorek hidung, mengaru kepala dan lain-lain sedangkan itu bukan suatu yang semesti dilakukan tetapi telah menjadi kelaziman.

Lantaran itu, dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, ianya merupakan peluang buat para perokok untuk berhenti merokok kerana dengan berpuasa, komponen fisiologi dan psikologi dapat dibentuk dengan mudah. Tentunya masalah utama, kalau selepas berbuka, ramai yang disekeliling seperti teman-teman merokok, maka menyukarkan proses untuk berhenti merokok, namun dengan keazaman yang tinggi, maka segala halangan dapat ditandingi. 

Tembakau dalam bentuk rokok, dadah yang menyebabkan ketagihan didunia. Nikotin adalah salah satu daripada perangsang yang kuat yang dikenali, dan merokok adalah salah satu sistem penghantaran dadah yang paling berkesan. Merokok sebenarnya meletakkan ubat kedalam otak secara langsung daripada suntikan intravena. Memang benar bahawa salah satu "faedah" merokok adalah pelepasan ringkas ketegangan dalaman; malangnya, dalam masa 20 minit ketegangan kembali kuat daripada sebelum, menyebabkan untuk terus merokok. Banyak bahan kimia dalam asap tembakau juga membuat mereka yang disekitar yang tidak merokok (nonsmoker) menyedut asapnya, dimana ini satu lagi punca utama kanser paru-paru.

Angka kematian akibat merokok terus meningkat. Sebuah laporan terbaru yang dilansir oleh World Lung Foundation (WLF) mencatat, kematian akibat merokok melonjak hampir tiga kali lipat dalam satu dekade terakhir. WLF dan American Cancer Society mengatakan, jika kecenderungan ini terus berlanjut, maka satu miliar orang akan mati akibat penggunaan tembakau pada abad ini atau satu orang akan meninggal setiap 6 saat.

Seperti dinyatakan dalam web www.tobaccoatlas.org, tembakau telah membunuh 50 juta orang dalam 10 tahun terakhir, dan rokok bertanggung jawab atas lebih dari 15% dari semua kematian pihak lelaki dan 7% kematian dipihak wanita. DiChina, tembakau telah menjadi pembunuh nombor satu yang menyebabkan 1,2 juta kematian setiap tahun dan jumlah itu diperkirakan akan meningkat menjadi 3,5 juta setahun pada tahun 2030. 

Kanser paru-paru adalah pembunuh kanser terkemuka di kedua-dua lelaki dan wanita. Dianggarkan 180,900 kes baru kanser paru-paru dan kira-kira 160,880 kematian akibat kanser paru-paru akan berlaku hanya diAmerika Syarikat sahaja pada tahun berikutnya. Merokok adalah nombor satu punca kanser paru-paru. Kanser paru-paru juga boleh menjadi kanser yang paling tragik dan 87% kes kanser paru-paru disebabkan oleh merokok. Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia yang berbeza, banyak yang terbukti menyebabkan barah bahan, atau karsinogen. Cerut atau paip merokok juga meningkatkan risiko kanser paru-paru.

Lebih banyak masa dan kuantiti seseorang tersebut merokok, lebih besar risiko kanser paru-paru. Tetapi jika ianya berhenti merokok, risiko kanser paru-paru berkurangan setiap tahun sebagai sel-sel normal menggantikan sel-sel abnormal. Selepas sepuluh tahun, risiko jatuh ke tahap yang satu pertiga kepada setengah-risiko untuk orang-orang yang terus merokok. Disamping itu, berhenti merokok sangat mengurangkan risiko penyakit lain yang berkaitan dengan merokok seperti penyakit jantung, strok, emfisema dan bronkitis kronik.


Thursday, July 12, 2012

FB emo dan perasan

Apakah facebook adalah tempat mencurah perasaan dan tempat mengadu? Hari ini, tanpa disedari, beratus-ratus juta insan menjadikan facebook sebagai tempat mencurahkan perasaan dan tempat mengadu sedangkan ini adalah suatu kejahilan yang terang-terang. Facebook sebenarnya adalah alat perangkap dajal abad ini yang mana membuat ramai terperangkap didalam zoonya.

Ramai yang saban waktu menampilkan segalanya tentang diri sendiri dengan menyangka itulah suatu kebaikan, sedangkan hakikatnya, diri sendiri menjadi seperti haiwanat didalam jejaring zoo yang dipertontonkan serta diketawakan oleh sekelian ramai. Emosi akan sempati yang sebenar hanyalah ilusi dengan mana segalanya hanyalah mainan minda yang sebahagian besar dibawah kawalan syaitan.

Dari itu, sebaik-baiknya, facebook yang merupakan salah satu sosial-netz jika tetap ingin digunakan, hanyalah digunakan untuk berkomunikasi (seperti untuk kalangan ahli keluarga), menghasilkan bahan seni seperti dari sudut photo sehinggalah kepada penulisan, berkongsi bahan ilmiah atau pengetahuan yang bermanfaat, menyebarkan kebaikan dan seterusnya dalam hal-hal mengajak kearah kebaikan. Dan menanggislah didalam tahajud dengan mencurahkan segalanya kepada Allah Taala kerana Allah Taala sentiasa menanti hamba-hambanya memohon dari-Nya serta hanya Allah Taala sahajalah yang semata-mata dapat memenuhi segala permintaan hamba-hamba-Nya.
 

Friday, July 06, 2012

Politik primitif

 
Politik primitif,
dipentas tin-tin kosong,
memaki situ, memaki sini,
kalibat bak si pemabuk todi,
ada hati nak ajak mengundi.

Politik primitif,
fikir dicurah gatal keladi,
umpat-fitnah ungkapan duri,
dendam kesumat segala disumbat,
sangkaan mereka itulah bukti bakti,
sedang nyata itu perosak jati-diri,
membawa keigauan naugan ngeri.

Politik primitif,
tanpa mahu difahami apa erti,
apatah lagi menelaah atau meneliti,
antara mengawal emosi serta strategi,
politik barat untuk manfaat bangsanya,
kerajaan-pembangkang bergotong-royong,
tapi disini, politiknya memudaratkan bangsa,
kerajaan-pembangkang terhuyung-hayang,
menang bersorak-bertakbir, tanah tergadai,
dan akhirnya menumpang, dinegeri sendiri.

- zarch 05/07/12

Find more videos like this on Artists2artists Social Network

Saturday, June 30, 2012

Melayu dan Islam - 9




Bangsa Melayu yang merupakan pribumi pada negara Malaysia hari ini telah memiliki sejarah-sejarah silam akan kedaulatan kekerajaan-kekerajaan Melayu dirantau ini seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan lain-lain. Srivijaya merupakan salah sebuah kekerajaan atau empayar Melayu berdaulat yang terbesar dalam sejarah yang merangkumi segala tanah negara Malaysia hari ini, tanah negara Indonesia hari ini, Sri Lanka, Selatan Siam, Filipine hatta kedaerah Tainan (pulau Taiwan).

Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat diSumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara. Salah satu bukti kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.

Kewujudan Srivijaya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient. Kerajaan ini runtuh pada abad ke-13 (dan seterusnya disambung oleh kekerajaan Palembang pada abad ke-14 serta kemudiannya Melaka dalam abad ke-15) disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya yang asalnya beragama Hindu juga adalah pusat pengembangan agama Buddha yang utama dikepulauan Melayu.Ini dapat dilihat dengan pembinaan Angkor Wat diKamboja serta mahupun Borobodor diTanah Jawa yang ada kaitannya dengan penyebaran agama Buddha oleh Srivijaya.

Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan". Srivijaya yang merupakan kekerajaan maritim memiliki kekuatan dari segi perkapalan dan menguasai keseluruhan perairan Nusantara dizamannya. Ianya juga memiliki kekuatan dari segi ketenteraan darat yang mana anggota askarnya terdiri dari pelbagai taraf rakyat.

Selepas kejatuhan Srivijaya, ahli sejarah tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang sebesar Srivijaya wujud dikepulauan Asia Tenggara. Terdapat kerajaan-kerajaan lain seperti kerajaan Siam, Jawa, Ache dan lain-lain tetapi tidak sebesar Srivijaya. Sedang kerajaan Melaka adalah kesinambungan daripada kekerajaan Srivijaya itu sendiri.

Manakala juga, selepas kejatuhan Srivijaya, lanun-lanun yang asalnya merupakan sebahagian dari kalangan-kalangan bekas tentera laut Srivijaya yang lengkap dengan kapal-kapal serta senjata, melakukan kegiatan yang berluasan mereka diperairan rantau ini. Kegiatan ini kemudiannya dapat ditumpaskan bilamana Melaka mengambil-alih kuasa maritim dirantau ini berserta bantuan daripada Kekerajaan Tanah Besar Cina.

Kebesaran raja Srivijaya juga digambarkan melalui catatan saudagar Arab bernama Sulaiman dalam tahun 851M yang mensifafkannya sebagai Raja diGunung dan Maharaja diPulau. Raja diGunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak didaratan mahupun dilautan.
Raja Srivijaya yang tersusun sistem pemerintahannya memerintah secara multak dengan dibantu oleh wazir-wazirnya yang menjadi perantaraan antara siraja dengan rakyat sekelian.

Bersambung...

Saturday, June 23, 2012

Perbezaan sekular dan Islam

Dalam istilah politik, sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pengasingan agama dan kerajaan (sering diistilah pemisahan gereja dan negara). Ini adalah dirujukkan pada mengurangkan ikatan diantara kerajaan dan sebuah agama negara, seperti menghapuskan langsung atau mengantikan undang-undang berasaskan kitab suci (seperti Al-Quran dll) dengan undang-undang sivil.

Sedang, Islam adalah agama yang sempurna (kaffah), mengatur seluruh aspek kehidupan. Mulai dari yang dipandang kecil seperti memakai sandal dimulai dengan kaki kanan terlebih dahulu sehingga mengatur segala urusan umum mahupun membina strategi untuk kemaslahatan (kebaikan) umum.

Islam mengatur segenap perbuatan insan dalam hubungan insan dengan Khaliq-nya, sebagaimana tercermin dalam aqidah dan ibadah ritual dan spiritual iaitu seperti: tauhid, salat, zakat, puasa dan lain-lain. Kedua, mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri yang diwujudkan berupa akhlak, pakaian, dan makanan. Ketiga, mengatur manusia dengan lingkungan sosial iaitu dalam hal mu’amalah dan uqubat seperti buat sistem ekonomi Islam, sistem pemerintahan Islam, sistem politik Islam, sistem pidana Islam, strategi pendidikan, strategi pertanian, dan lain sebagainya.

Islam adalah berbeza dengan agama-agama yang lain, sebab Islam tidak sebatas ibadah ritual dan spiritual belaka, namun juga memasuki ruang untuk kemaslahatan umum. Maka kaum muslim yang memisahkan agama Islam dengan kehidupan umum (fasluddin \’anil-hayah) bererti dia telah terkena virus sekularisme. Hanya-sanya wajar difahami, bukan suasana politik memasuki suasana Islam tetapi suasana Islam yang wajar dimasukkan kedalam suasana politik seperti bukan suasana pasar yang riuh-rendah (fitnah-umpat mengadu-domba, berebut kuasa dll) dimasukkan kedalam masjid tetapi suasana masjid (zikir, quran, tawaduk, tenang dll) dimasukkan kedalam suasana pasar.

Dan dakwahlah tongak panjinya buat memasuki ruang kemaslahatan umum bukan politik, politik hanya berupa suatu alat kecil (seperti pinggan-mangkuk atau periuk yang dibawa dijalan Allah, hanya digunakan untuk memasak agar mereka yang bersama tidak kelaparan) dalam berdakwah kepada kebenaran bukan sebaliknya.

Wallahualam....

My Manz on road



My Manz on road- Sheikh Abdul Majid [Street awakening]

Monday, June 18, 2012

Melayu dan Islam - 8


Bila memperkatakan akan hak Melayu-Islam diMalaysia dan keutamaan dalam mempertahankan Malaysia sebagai Tanah Islam yang berdaulat, maka ini jelas tercatit didalam Perlembagaan Negara Malaysia seperti berikut:

i. Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang diMalaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii. Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam iaitu antaranya:

- Syeikh Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan: Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.

- Syeikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.

- Syeikh Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.

Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat utama bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mutabar.

Dengan mengambil kira kepelbagaian definisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan bahawa Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia. Malaysia juga telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi. Serta pengiktirafan Malaysia sebagai contoh Negara Islam yang diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Malaysia dalam rangka kewujudannya sebagai Negara Islam juga dapat dilihat dengan adanya penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.

Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud diMalaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatlamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami, tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.


Bersambung...

Tuesday, June 12, 2012

Ya Rabbi Al Mustafa



YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!

YA AKRAMA AL-KHALQI MA LI MAN ALUDHU BIHI
 SIWAKA `INDA HULULI AL-HADITHI AL-`AMAMI
O noblest one in creation, I have none from whom to request protection
other than you when the Universal Event befalls

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!
.
WA LAN YADIQA RASULALLAHI JAHUKA BI

 IDHA AL-KARIMU TAJALLA BI ISMI MUNTAQIMI
Your great standing, O Messenger of Allah, will not diminish for
advocating me, if the Generous One manifests Himself with His name
of Avenger,

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!

FA INNA MIN JUDIKA AL-DUNYA WA DARRATAHA
 WA MIN `ULUMIKA `ILMA AL-LAWHI WA AL-QALAMI
For your generosity encompasses both this world and the one that comes
next, and your sciences encompass the knowledge of the Tablet and the Pen.

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us for
what has passed, O Most Munificent One!

YA NAFSI LA TAQNATI MIN ZALLATIN `AZUMAT
 INNA AL-KABA\'IRA FI AL-GHUFRANI KA AL-LAMAMI
O my soul! Do not despair because of a terrible footslip. Grave sins,
under the covering of forgiveness, are as small ones.

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us
for what has passed, O Most Munificent One!

LA`ALLA RAHMATA RABBI HINA YAQSIMUHA
 TA\'TI `ALA HASABI AL-`ISYANI FI AL-QASAMI
It may be that my Lord\'s mercy, when He distributes it, shall match the
transgressions in proportion.

YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
 WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us
for what has passed, O Most Munificent One!

Monday, June 11, 2012

Pandu


Pandu, menempuh lorong waktu, jarak mengarak berbatu-batu, disilangi pelangi kalkatu, lakaran ditembuk-tembuk kutu, menceritakan hayat yang sememangnya begitu, masing-masing memerlukan bantu, cuba bahu-membahu membina sesuatu, untuk rempuhan jiwa sayu mutu, dalam dugaan hayat yang seribu jitu....
 
                                  - zarch (30/5/12) -

Tuesday, June 05, 2012

Melayu dan Islam - 7


Benarkah bila memperkatakan atau memperjuangkan agenda Melayu-Islam itu suatu perjuangan ashabiyah yang tercela. Terdapat suara-suara sumbang yang mengklaimkan bahawa memperjuangkan agenda Melayu-Islam adalah suatu perjuangan yang sia-sia, namun jelas pihak ini lantaran tidak memahami apakah makna sebenar ashabiyah, lalu mereka menghukum secara pukal sedangkan perjuangan keatas agenda Melayu-Islam sekiranya dibawah konsep Ashabiyah keagamaan adalah merupakan suatu kewajipan buat semua umat Melayu-Islam.

Ashabiyah, berasal dari kata ashaba yang berarti mengikat dan ashabah dengan makna ikatan. Ashabiyah merujuk pada ikatan sosial budaya yang dapat digunakan untuk mengukur kekuatan kelompok sosial. Istilah ini sudah dikenal sejak zaman pra-lslam. Ibnu Khaldun, cendekiawan Muslim, menjadikannya sebagai konsep sosial dalam bukunya Muqadimmah. 

Konsep ashabiyah dalam pandangan Ibn Khaldun memiliki ruang lingkup pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Pengertian yang sempit terbatas pada suatu nasab yang ia sebut nasab khusus, kerana mereka merupakan keluarga yang satu. Sedangkan pengertian luas adalah nasab-nasb lainnya yang disebut nasab umum, yang bergabung bersama nasab yang kuat sebagai suatu sekutu (contohnya perbezaan antara al ashabiyah al Islamiyah iaitu semangat keIslaman dengan al ashabiyah al jinsiyyah iaitu semangat fanatisme kesukuan).

Pandangan Ibn Khaldun terhadap realiti umat Islam pada zamannya, berkaitan dengan konsep pergabungan atau integriti masyarakat multi-etnik dalam rangka menciptakan persatuan dan kesatuan bangsa yang kukuh. Jika proses tersebut berjalan secara efektif maka anggota masyarakat tidak lagi mempersoalkan asal-usul keturunannya. Ashabiyah yang mereka kembangkan bukan lagi berdasarkan ikatan keturunan, akan tetapi lebih pada hubungan perdagangan, hubungan kerja dan usaha, profesi, idiologi serta kesefahaman (contohnya dari sudut pegangan agama yang sama).

Implikasi dari kesedaran ashabiyah sebegini tentunya akan bertunjak kepada keperluaan adanya suatu pergerakan yang kuat, yang akan menguruskan kepentingan-kepentingan buat kelompok ashabiyah tersebut. Untuk itu secara langsungnya, diperlukan keberadaan pemimpin (contohnya Amir, Ahlu Syura, Sultan dan lain-lain) yang berperanan menjaga dan mencegah terjadinya perpecahan atau permusuhan antara sesama kelompok ashabiyah tersebut. Oleh itu, pemimpin yang sebagai pemegang kekuasaan diberi superioriti (al-taghalluf) atas yang lain dalam hal ‘ashabiyah. Sebaliknya, tanpa keberadaan pemimpin, maka urusan buat kesatuan ashabiyah sebegini, tidak dapat dilaksanakan secara efektif atau berkesan.

Superioriti (al-taghalluf) ini dimengertikan sebagai kedaulatan (al-mulk), yang melebihi cakupan pengertian kepemimpinan (al-riyasat). Al’Riyasat, adalah keadaan menjadi pemimpin atau ketua suku yang dipatuhi oleh sukunya, namun tidak ada kekuasaan penuh dalam urusan memimpin. Sementara al-mulk, adalah boleh dikatakan lazimnya suatu superioriti yang memiliki kekuasaan penuh dalam urusan memimpin.

Sebuah ikatan ashabiyah yang kuat akan menguasai semua ikatan ashabiyah lain yang ada sehingga menjelma menjadi suatu koalisi atau gabungan ashabiyah yang lebih besar, seperti menjadi sebuah kenegaraan dengan memiliki superioriti keatas rakyat golongannya, dan seterusnya memungkinkan menjadi superioriti atas rakyat dari ashabiyah-ashabiyah lain yang tidak memiliki hubungan apa-apa dengannya. Sebaliknya, jika ashabiyah yang satu sama kuatnya dengan ashabiyah yang lain, maka masing-masing akan tetap menguasai daerah dan rakyartnya sendiri, sebagaimana halnya kabilah-kabilah dan bangsa-bangsa diseluruh dunia.

Akan tetapi, jika satu ashabiyah menaklukkan ashabiyah yang lainnya dan diantara mereka terjalin hubungan akrab, maka pihak yang menang akan memperoleh tambahan kekuatan dari pihak yang kalah. Namun sebaliknya pihak yang kalah pada suatu saat akan menuntut kekuasaan dan superrioriti yang lebih baik, sehingga kekuatannya akan dapat menyamai pihak yang menang dan berkuasa. Kemuncaknya, jika ashabiyah yang menang dan berkuasa sudah melemah, dan diantara mereka tidak ada yang mampu mempertahankan kekuasaan yang mereka raih, maka ashabiyah yang baru akan muncul dan lalu merebut kekuasaan. Disamping itu juga adanya kemungkinan ashabiyah yang baru berkuasa, bersekutu dengan ashabiyah-ashabiyah yang lain yang memiliki kekuatan untuk mencapai tujuan politiknya.

Jadi menurut Ibn Khaldun, konsep ashabiyah dikaitkan dengan agama adalah kekuatan suatu ashabiyah yang tidak cukup hanya bergantung kepada kekuatan fisikal, tetapi ianya juga wajar memiliki kekuatan moral yang didasarkan pada agama dan akhlaq. Semangat keberagamaan merupakan jawapan serta solusi buat mencegah dari terjadinya pertentangan dan perpecahan dalaman yang diikat oleh ashabiyah sebegini. Dari itu, suatu pemerintahan (daulat) akan dapat tegak dan menjadi kukuh oleh agama. Al-mulk, tercapai lantaran superioriti, superioriti diperoleh kerana ashabiyah, serta bersatunya kehendak dan jiwa untuk mencapai tujuan buat menegakkan agama Allah.

Demikian pula peranan da’wah dapat menambah kekuatan ashabiyah keagamaan yang menjadi dasar tegaknya daulah, sebab agama dapat mengendalikan persaingan dan permusuhan diantara pendukung ashabiyah, dan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang satu serta maksud hidup yang satu. Dengan demikian, jatuh bangunnya suatu daulah, dalam pemikiran Ibn Khaldun, sangat bergantung pada superioriti suatu ‘ashabiyah terhadap yang lainnya. Ashabiyah keagamaan, kewujudannya menyatukan umat buat kemashlahatan bersama, membimbing umat kepada kebenaran hakiki dan seterusnya mempertahankan kebenaran tersebut.


Bersambung...


Monday, June 04, 2012

Melayu dan Islam - 6

Salah satu penulisan yang akan situasi sebenar keadaan orang Melayu-Islam semasa zaman penjajahan, zaman merdeka dan sehingga kini ia masih aktual dari Dr Mahathir Muhamad (mantan Perdana Menteri ke-4) dalam buku dilema Melayu yang pernah suatu ketika dahulu diharamkan oleh Tengku Abdul Rahman kerana kebimbangan beliau diatas fakta kebenaran tersebut:


Kalau direnungkan kembali masa-masa yang lampau, salah satu faktor yang agak mengejutkan dan harus diakui ialah pada masa lalu tidak wujud harmoni yang sebenar antara kaum. Apa yang wujud ialah kurangnya perselisihan antara kaum. Ada rasa toleransi. Ada terdapat penyesuaian. Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud harmoni yang sebenarnya. Sebaliknya ada nada-nada sumbang walaupun tidak begitu ketara. Ada kalanya nada-nada sumbang ini melangsing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan kaum yang terpencil atau merata-rata. Keharmonian antara kaum di Tanah Melayu tidaklah tulen bahkan juga tidak berakar umbi secara mendalam. Apa yang dianggap sebagai harmoni ialah tidak adanya perselisihan kaum secara terbuka. Kalaupun tidak ada perselisihan kaum, bukanlah semestinya kerana kurang kemahuan atau tidak ada alasan-alasan untuk menimbulkan perselisihan. Sebenarnya ini adalah kerana kurangnya keupayaan untuk bersengketa secara terang-terang.

Orang Melayu dan orang Cina mungkin hidup berjiran. Mereka mungkin bertemu sewaktu menjalankan kerja-kerja harian, malahan sewaktu pergaulan secara sosial. Akan tetapi setelah selesai bekerja, mereka kembali semula ke dalam lingkungan budaya dan kaum masing-masing dan lingkungan ini tidak pernah dicerobohi oleh mana-mana kaum tersebut. Di dalam dunia kaum masing-masing, nilai-nilai mereka bukan sahaja berbeza, malahan kadang-kadang bertentangan. Jika diterima hakikat bahawa memang tidak wujud keharmonian sejati antara kaum, maka lebih senang untuk membuat urutan sejarah mengenai hubungan orang Melayu dengan bukan Melayu dan menerangkan mengapa perselisihan kaum berlaku. Malah mungkin boleh dicarikan jalan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan kepada cara hubungan yang sedia wujud. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya,kalaupun bukan harmoni, perkara-perkara yang boleh menimbulkan persengketaan dapat diredakan.

Sebelum kedatangan orang-orang Portugis, memang sudah ada orang bukan Melayu di Melaka dan Kedah. Ramai juga di antara mereka itu adalah orang Cina. Setakat yang diketahui hubungan di antara orang Melayu dengan orang Cina adalah dianggap baik. Keadaan begini mudah difaham kerana selalunya kalau di tempat-tempat yang tidak ramai orang Cina, mereka akan mengelak dari melakukansesuatu yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu. (Hakikat ini menerangkan mengapa pertelingkahan kaum tidak pernah berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah). Sudah tentunya orang-orang Cina telah mengalami layanan-layanan yang kurang menyenangkan, tetapi‘mereka tidak membantah walaupun Negeri China menganggap Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada jajahan takluk mereka. Orang Cina dan lain-lain kaum telah mempelajari bahasa dan cara hidup orang Melayu. Oleh itu persengketaan jarang berlaku, dan kalau berlaku jarang berpanjangan. 

Kedatangan orang-orang Eropah telah menambahkan kemasukan orang-orang bukan Melayu, terutama orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Mereka tidak bermastautin di Tanah Melayu, dan hakikat inimenyebabkan mereka terasing dan tidak bercampur dengan orang-orang Melayu. Terhadnya hubungan ini telah mengurangkan persengketaan, sungguhpun pada akhir-akhir pemerintahan British orang Melayu telah mulai menyedari bahaya orang-orang Cina dan India kepada kuasa politik orang Melayu. Sekali-sekala berlaku juga pergaduhan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Akan tetapi, disebabkan ketegasan pihak British mengawal keadaan, pergaduhan ini tidak merebak menjadi perselisihan kaum yang besar. Lagipun, hak orang Melayu di negara ini tidak pernah dicabar secara terang-terang oleh pihak penjajah British mahupun oleh pendatang-pendatang lain di negeri-negeri Tanah Melayu.

Dibawah pemerintahan British orang Melayu hidup terpisah dari orang Cina dan India, kecuali pertemuan singkat pada waktu siang. Sebahagian besar orang Melayu, terutama yang tinggal dikawasan desa tidak pernah bersua muka dengan orang Cina, dan begitu juga keadaan sebaliknya bagi orang Cina yang tinggal di bandar-bandar besar dan di kawasan lombong bijih. Pada waktu itu memang tidak berlaku pergaduhan kaum secara besar-besaran, namun tidak pula boleh dikatakan bahawa wujud harmoni dan toleransi antara kaum. Orang-orang yang hidup jauh terpisah di antara satu sama lain tidak semestinya hidup mesra. Kalau tidak ada sengketa, hakikatnya ialah kerana tidak ada peluang untuk bersengketa. Apa yang wujud ialah kesedaran tentang kehadiran masing-masing, dan kesedaran yangkurang menyenangkan ini sudah cukup untuk menghalang pergaulan yang lebih rapat. Bibit-bibit persengketaan sebenarnya sudahpun ada, cuma is tidak sempat membesar kerana disekat oleh kuasa British.

Penjajahan oleh Jepun telah memisahkan orang-orang Melayu dan Cina lebih jauh lagi. Segolongan orang Melayu boleh dianggap pro Jepun, sementara yang lainnya walaupun tidak bersimpati, sekurang-kurangnya bukan anti Jepun. Sebaliknya orang Cina telah mendapat layanan buruk dari pihak Jepun, sementara orang India pula menggabungkan diri mereka dengan perjuangan untuk membebaskan India.

Menjelang akhirnya peperangan, hubungan ini mula bertukar corak. Sebahagian besar orang Cina telah bersubahat dan diterima baik oleh pihak Jepun. Sementara itu orang Jepun tidak mengendahkan lagi orang Melayu kerana mereka menganggap orang Melayu tidak begitu berguna bagi tujuan mereka.Walau apa sekalipun corak hubungan mereka dengan pihak Jepun, ternyata bahawa perbezaan antara kaum semakin ketara dan masing-masing saling mencurigai.

Apabila British kembali ke Tanah Melayu, hubungan Melayu-Cina boleh dianggap tidak begitu baik dan keadaan ini bertambah runcing bila golongan komunis (kebanyakannya orang Cina) cuba hendak menubuhkan kerajaan sendiri di negeri-negeri Tanah Melayu. Ini akhirnya menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Pertempuran ini mungkin akan merebak menjadi pertempuran kaum jika sekiranya pihak British tidak kembali dan mendirikan Pentadbiran Tentera British yang dibantu oleh AngkatanTentera British. Pihak komunis kecewa dalam usaha mereka untuk merampas kuasa di Tanah Melayu. Orang Melayu, tanpa menyedari apapun, mengalu-alukan kedatangan British kerana mereka menyangka hubungan dengan British akan kembali seperti keadaan sebelum perang.

Orang Melayu merasa kecewa bila pihak British mencadangkan supaya orang Cina dan India diberi hak yang sama dengan orang Melayu dalam gagasan baru Malayan Union. Keruncingan hubungan Melayu-Cina memuncak semula, tetapi kali ini keadaan lebih rasional dan berterusan berikutan kesedaran umum bangsa Melayu terhadap rancangan British itu. Sejak dari itulah sikap Melayu-Cina bertukar menjadi isu politik negara yang diselesaikan bukan di peringkat tempatan tetapi di peringkat pihak berkuasa yang paling tinggi di negara ini. 

Dilema Melayu
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga