Tuesday, December 13, 2011
Arab Winter: Karim Jabari
Arab Winter: Karim Jabari Artist Profile from The Narcicyst on Vimeo.
Under Pressure X The Medium Presents
Arab Winter Exhibition and Show Live at Fresh Paint Gallery, 180 St-Catherine East, December 2nd 2011. Arab Winter is a Multimedia, multi-disciplinary event with musicians, painters, calligraphists, graffiti artists and short films. It is the first show in a series by this collective of Artists.
madefromwords.com
Karim Jabbari began his artistic journey at the tender age of twelve. His difficult childhood was eased by a passion for calligraphy, allowing him to express what he could not in words. Later in life and far from home, calligraphy became a reminder of where he came from and what he left behind. His love for the Arabic language intensified as he began to delve deeper into its beautiful letters, words, and syllables. Always searching for an original concept to breathe more vibrancy and life into his creations, Karim’s work is continuously evolving. Classic Kufic and Maghrebi calligraphy are featured in many of his compositions. This preference arises from the strong pull towards his North African background and his belief in keeping dying traditions alive.
About Letters of Rebellion
Karim’s contribution is meant to explore the hidden meanings of the Arab revolution and expose the human hopes that are expressed by people standing up for their rights. Jabari will put forward a series of calligrahy and abstract paintings on canvases, wood and glass of different sizes and shapes.
Monday, December 12, 2011
Vision dimasa hadapan
Golden age of Science Fiction (zaman
keemasan sains fiksi) adalah zaman dimana begitu banyaknya imaginasi
yang dituangkan dalam berbagai karya mengambarkan dunia-dunia fiksi
atau dunia masa hadapan. Salah seorang daripada author sains fiksi
adalah Poul Anderson yang merupakan penulis novel sains fiksi
terkenal dengan menghasilkan berpuluh-puluh novel berbentuk sains
fiksi.
Dari zaman keemasan sains fiksi ini
juga, banyaknya watak-watak atau cerita-cerita fiksi yang boleh
dikira hampir semua kanak-kanak mahupun orang dewasa mengenalnya
seperti Superman, Green Lantern, The Demolished Man, Ultraman,
Transformer dan lain-lain juga seperti film-film Star Trek, The
Twilight Zone, Metropolish, Flash Golden dan lain-lain.
Dunia hari ini pun, banyak mengambil
idea-idea dari zaman keemasan sains fiksi ini dan dilanjutkan dengan
siri-siri yang darinya dikaut keuntungan dalam bentuk
berbillion-billion dollar setiap tahun. Film Star Wars, Spiderman, Hulk,
Transformer dan seterusnya adalah sebahagian dari contoh idea-idea
lepas yang dilanjutkan, dengan dilengkapi efek-efek elektronik
terkini membuatkan filem-filem tersebut lebih realiti gambarannya.
Dari imaginasi-imaginasi sains fiksi
ini juga, tidak dapat dinafikan akan pengaruh darinya yang meresap
diminda-minda kalangan rakyat ramai akan vision buat keadaan masa
hadapan mahupun akan bagaimana membentuk realiti yang dihajati dimasa
hadapan. Contohnya perjalanan kebulan seperti dari opera "Le voyage
dans la luna" oleh Jacques Offenbach, novel "The First Men in the Moon"
yang dikarang oleh H.G Wells pada tahun 1901 serta setahun
kemudiannya dijadikan sebagai inspirasi filem sains fiksi yang pertama
bertajuk "A Trip to the Moon" oleh Georges Melies, mempengaruhi
minda-minda insan seterusnya untuk sampai kebulan.
Dan dikira kejayaan sampai kebulan
adalah puncaknya kemajuan yang dicapai oleh insan samaada telah
benar-benar mendarat dibulan pada tarikh 20 Julai 1969 atau disangkal
kebenarannya diatas fakta-fakta tertentu seperti sehingga hari ini,
dimana satelite dengan teleskop-teleskop canggih yang dapat mengambil
gambar dimuka bumi dengan jelas serta mengambil gambar-gambar
bintang-bintang yang beratus-ratus tahun kelajuan cahaya jauhnya dari
muka bumi, tidak dapat mengambil gambar tempat pendaratan manusia
yang pertama kebulan dengan jelas.
Insan sebenarnya sentiasa memerlukan
imaginasi-imaginasi yang hebat untuk dunia realitinya bukan
imaginasi-imaginasi dunia tahyul seperti dari filem-filem hantu yang
merosakkan minda. Dimana sekiranya dapat ditampilkan
imaginasi-imaginasi tersebut dalam gambaran yang sebenar, ia adalah
suatu kejayaan yang bukan sahaja secara langsung menarik pihak lain
mengkaguminya serta meletakkan suatu pengikhtirafan, tetapi merupakan
pemangkin kearah yang lebih kehadapan.
Contohnya, bangunan berkembar Petronas
dan bandar Putra-jaya yang semasa dibina, dikritik oleh sesetengah
pihak akan projek-projek tersebut hanyalah membazirkan wang namun
setelah terbina, ia bukan sahaja menarik pengikhtirafan dunia akan
kemampuan Malaysia sebagai negara sedang membangun dengan acuannya
tersendiri, tetapi terdapat juga kalangan-kalanagn pihak-pihak yang
mengkritiknya suatu masa dahulu, kini begitu ketagihan untuk
mengambil-alih kuasa keatasnya.
Dalam pada itu, semua vision-vision
untuk masa hadapan seperti reka-bentuk bangunan-bangunan, cara
pemakaian, cara kehidupan dan lain-lain, seperti contohnya dari
imaginasi-imaginasi melalui sains fiksi, adalah cenderung mengikut
pegangan hidup siimaginasi disesuatu zaman tersebut. Lantas dari itu,
perlunya usaha-usaha meramaikan para imaginasi-imaginasi yang
pegangan hidupnya selari dengan ajaran Islam agar segala vision untuk
masa hadapan adalah sentiasa dalam acuan agama Islam, dimana agama
Islam ini sendiri adalah merupakan kunci kejayaan tidak kira dizaman
mana pun.
Saturday, December 10, 2011
Populasi dunia - 9
Hakikatnya, yang menjadi persoalan
utama dalam setiap kehidupan adalah kualiti bukan kuantiti. Kuantiti
mudah sahaja dikira bilangan angka kehidupan yang dibelakangnya
berderet angka-angka kosong seperti juta-juta, billiion-billion,
trillion-trillion dan seterusnya tanpa penghujung dan penyelesaian
tetapi kualiti adalah untuk pengiraan sebenar keadaan buat setiap
angka kehidupan yang wujud.
Dengan angka populasi dunia yang kini 7
billion dan angka ini diperhitungkan semakin meningkat disamping
meningkatnya segala kemudahan-kemudahan untuk memenuhi segala hajat
keperluan hidup serta juga disamping meningkatnya segala alat-alat
untuk membantu kehidupan seperti ubat-ubatan,
pengetahuan-pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan seterusnya, apakah
benar kehidupan buat setiap insan dalam angka 7 billion itu semakin
meningkat kualitinya?
Apakah benar dengan segala yang
dikuasai oleh insan seperti pengetahuan tentang alam ini iaitu dari
untuk bentuk fizikal sehinggalah kebentuk mental membantu menerapkan
kualiti hidup kepada kuantiti sebenar segala kehidupan dari haiwanat,
tumbuh-tumbuhan serta insan didunia hari ini? Atau apakah sebaliknya
yang terjadi, iaitu hanya sekelompok kuantiti kecil yang mengaut
keuntungan untuk memperbaiki kualiti hidupnya serta memenuhi segala
hajatnya, sedang kuantiti besar semakin buruk keadaan kualiti hidup
mereka seperti contohnya, semakin ramai kuantiti insan bermakna
semakin tingginya permintaan makanan terhadap daging-daging haiwan
yang mana ini merosakkan 100% kualiti hidup haiwan-haiwan tersebut
dimana banyaknya haiwan yang tersiksa sepanjang hidupnya kerana
segala fitrah kehidupan haiwanatnya dirampas oleh insan?
Apakah benar bahawa dunia yang
dikatakan semakin maju, penuh kemewahan serta segalanya cekap dan
pantas dengan kehadiran berbagai bentuk peralatan elektronik ini
menyebabkan semakin sihat pemikiran serta jiwa insan-insan didalam
kuantiti angka yang besar atau apakah sebaliknya yang terjadi dimana
begitu besar kuantiti insan yang wujud hari ini, tertekan jiwanya
serta tiada kualiti hidup yang sebenar untuk jiwanya lantaran
sedaya-upaya siang dan malam cuba mencapai segala kemewahan yang
dianggap dapat meningkatkan kualiti hidupnya?
Dan pertanyaan yang utama buat mereka
yang beragama Islam, yang mempercayai akan kewujudan Allah yang Esa
dan mempercayai Nabi Muhamad itu pesuruh Allah, pada angka-angka umat
Islam kini yang mencecah 2.1 billion dimana merupakan kuantiti angka
penganut agama yang terbesar didunia hari ini, apakah setiap darinya
memiliki kualiti iman yang sebenar sebagai seorang Islam dan
mengamalkan agamanya atau hanya memiliki nama-nama sebagai seorang
Islam yang menambahkan kuantiti umat Islam tetapi tidak kualiti
keIslamannya?
Sebagaimana pepatah Melayu yang
menyebut, tepuk dada tanya selera, maka untuk ini rasanya sesuai
adanya pepatah baru berbunyi tepuk dahi tanya jawapan, kerana
jawapannya sendiri adalah bagaimana setiap insan dapat berfikir dalam
bentuk yang wajar serta berunsur kemanusiaan untuk mengatur dan
mengurus kehidupan yang ada dalam mencapai kualiti yang sebenar yang
wajar hadir untuk setiap kuantiti insan serta segala kehidupan lain
yang wujud.
Bebalisme, iaitu tumpul pemikiran,
adalah perkataan yang jelas wujud dan dihidupkan oleh sebahagian
besar kuantiti insan didunia hari inilah yang menyebabkan kualiti
hidup insan semakin buruk keadaannya. Fikiran yang bebal adalah
kerana nafsu-nafsu mazmumah yang ditunggangi semata-mata oleh insan
serta tiada usaha-usaha untuk berpesan-pesan buat mengikut pedoman
sebenar tentang kehidupannya, dimana ini bukan sahaja memburukkan
kualiti hidupnya tetapi juga menyebabkan pihak-pihak lain juga
terjerumus sama kearah yang membinasakan. Lazim terdengar, bilamana
sahaja terdapat pihak-pihak yang memperkatakan sesuatu yang hak, maka
dirinya akan dipandang sinis atau ganjil dalam masyarakat yang
kehidupan sehariannya adalah dalam bebalisme.
Sedari usia kanak-kanak, lazimnya
diajar akan bagaimana untuk menguasai kehidupan dunia
dipersekitarannya tetapi tidak diajar bagaimana menguasai dunia
didalam dirinya. Lantas, fikirannya hanya digunakan dibawah sesuatu
yang memanipulasikan dirinya dari dunia persekitarannya tetapi lepa
untuk berfikir akan dunia diri insan yang sebenar. Dunia kehidupan
dirinya yang sebenar atas kelahirannya dimuka bumi ini dan kemana
arah seterusnya selepas kehidupan ini.
Sedangkan, Nabi Muhamad s.a.w telah
diutus untuk menunjukkan suatu jalan bukan sahaja untuk penyelesian
bagi setiap permasalahan yang dihadapi oleh insan tetapi merupakan
suatu jalan buat kejayaan yang sebenar didunia mahupun diakhirat.
Salah satu contoh yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah bagaimana kehidupan zuhud didunia
ini merupakan suatu kehidupan contoh penyelesaian buat sekelian insan.
Dengan mengambil jalan yang
ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w ini, insan-insan bukannya sebagai
mesin-mesin untuk memproduk sebanyak mungkin kuantiti insan-insan
yang ada didunia hari ini, tetapi sebagai insan yang memproduk
seterusnya insaniah-insaniah yang berkualiti keadaan diri mereka.
Kekadang, umat Islam melakukan
kesilapan dalam pemahaman sabdaan Nabi Muhamad seperti hadis riwayat
Baihaqi tentang memperbanyakkan zuriat iaitu lebih kurang maknanya;
"Kahwinlah
wanita yang subur, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang
banyak berbanding umat-umat yang lain"
Kesilapan ini kerana tidak menyabitkan
dengan sabdaan-sabdaan yang lain yang mana diutamakan kualiti umat
Islam, bukan kuantiti sebagaimana contohnya hadis tentang amaran akan keadaan akhir zaman
dimana umat Islam begitu ramai kuantitinya, tetapi tiada kualiti
sehingga dipermainkan semudahnya oleh pihak-pihak asing.
Hadis riwayat Thauban r.a yang lebih
kurang maknanya:
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahaba r.anhum pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda s.a.w: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahaba bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahaba bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah s.a.w bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Wednesday, December 07, 2011
Populasi dunia - 8
Perkataan terlebih populasi (over
population) adalah lazim kedengaran terutama buat negara-negara yang
begitu padat penduduknya seperti China, India, Indonesia dan
lain-lain. Juga lantaran populasi insan kini mencapai 7 billion, maka
ianya juga digunakan buat angka menyeluruh populasi insan yang kian
meningkat.
Sedang makna perkataan terlebih
populasi sebenarnya digunakan untuk penyataan akan perkara hajat yang
diperlukan untuk menampung kehidupan seharian seperti bahan makanan,
air minuman, tempat tinggal dan lain-lain tidak
mencukupi lantaran ramainya jumlah insan yang mengatasi bahan
keperluan tersebut yang sedia ada.
Lalu pertanyaan yang timbul, apakah
benar bumi ini tidak dapat menampung jumlah 7 billion insan yang
wujud hari ini atau dalam kata lain, dunia hari ini mengalami
terlebih populasi (over population)? Apakah benar bahawa akan perkara
hajat yang diperlukan buat menampung kehidupan harian seperti bahan
makanan dan air tidak mencukupi? Apakah benar tanah untuk diduduki
mahupun udara untuk bernafas tidak mencukupi untuk sekian jumlah
insan yang wujud hari ini?
Persoalan akan berkaitan dengan
terlebih populasi adalah sebahagian daripada persoalan-persoalan yang
dihadapi oleh kebanyakkan insan hari ini. Contoh yang jelas akan
pasangan yang berkira-kira untuk melakukan perancangan keluarga
(family planing) adalah besar bilangannya dibandingkan dengan
pasangan yang mengambil sikap sambil lewa terhadap penambahan zurait
mereka. Perancangan keluarga ini lebih ketara terutama
dikawasan-kawasan yang padat penduduknya atau dikawasan-kawasan yang
maju berbanding kawasan yang sebaliknya.
Rata-rata dinegara-negara maju atau
kota-kota urban didunia hari ini, purata zuriat buat setiap keluarga
adalah 2 orang dan bagi sesetengah negara seperti contohnya
kebanyakkan negara-negara dibenua Eropa, purata bagi setiap pasangan
adalah hanya setengah bayi kerana ramainya pasangan-pasangan yang
tidak memiliki bayi atau melahirkan bayi bila usia telah meningkat
melebihi umur pertengahan.
Mungkin ini boleh dikatakan berlaku
secara spontan kerana keadaan hidup yang dilalui seperti kos
kehidupan atau standart kehidupan yang meningkat, semakin ramai yang
mementingkan karier-karier dari memiliki keluarga, masalah moral yang
meruntuhkan insitusi berkeluarga dan lain-lain, namun tidak dinafikan
bahawa kekhuatiran akan terlebih populasi adalah juga faktor utama.
Sebenarnya, perancangan keluarga
mahupun menjarakkan tahun-tahun kelahiran anak-anak adalah suatu yang
amat positif, tetapi meragui akan rezeki yang dikurniakan buat setiap
jiwa yang lahir adalah suatu sangkaan yang besar silapnya. Sesejak berjuta tahun, sebelum
kehadiran insan dimuka bumi, telah wujud berjuta kehidupan lain dan
sehinggalah kehari ini, sesungguhnya, tiadalah campur tangan insan
dalam menyatakan apakah rezeki atau bagaimanakah bentuk rezeki untuk
setiap kehidupan tersebut.
Sebagaimana berjuta tan ikan-ikan yang
ditangkap dan dijual dalam pasar-pasar seluruh dunia saban hari,
sedang esok tetap ada ikan yang ditangkap dan dijual seakan-akan
tiada penghujung habisnya ikan-ikan tersebut, dimana jelas bukanlah
dari kemampuan insan untuk menyediakan makanan buat ikan-ikan yang
wujud dan bukanlah kemampuan insan untuk memikir bagaimana setiap
ikan-ikan tersebut mendapat rezekinya.
Sebegitu juga dengan segala bentuk akan
perkara hajat yang diperlukan buat sesuatu kehidupan seperti udara
yang mana kehidupan bergantung kepadanya samada oksigen yang dihidu,
proses pembentukkan awan dan hujan dalam mengawal suhu bumi
sehinggalah kepada perisai dalam menghalang agar sinar ultraviole,
semuanya tersedia ada tanpa campur-tangan insan menciptanya. Hatta
nafas yang dilakukan oleh berbillion-billion insan mahupun segala
haiwanat saban detik adalah luar dari kemampuan insan menyediakannya.
Namun yang menjadi masalah besar adalah
kemampuan insan dalam menghancurkan atau merosakkan setiap akan
perkara hajat yang diperlukan buat segala kehidupan didunia ini.
Bukan sahaja buat kehidupan lain seperti haiwanat mahupun
tumbuh-tumbuhan yang dirosakkan akan perkara hajat buat kehidupan
mereka, malah kehidupan insan itu sendiri dirosakkannya atas nafsu
serakah yang ditunggangi.
Kemampuan menghancurkan atau merosakkan
ini adalah kaitannya dengan ikhtiar yang ada pada insan dalam merobah
kehidupan yang dimiliki atau kehidupan persekitarannya. Ikhtiar ini sewajarnya untuk diusahakan
buat perkara-perkara yang membantu insan dan kehidupan lainnya, namun atas nafsu-serakah yang
tidak dibendung atau tidak mengikut petunjuk-petunjuk yang membawa
kearah kebaikan, insan melakukan proses menjahanamkan semuanya samada disedarinya atau tidak.
Contoh yang jelas bagaimana insan menghancurkan atau merosakkan setiap akan perkara hajat buat kehidupan adalah dengan semata-mata hanya mementingkan keperluan nafsu dirinya, lalu berlakunya percemaran alam dari segala sudut seperti diruang udara, tanah mahupun air. Dimana ini semua menyukarkan kehidupan seterusnya bukan sahaja kepada insan, malah kepada seluruh kehidupan yang wujud.
Manakala contoh lain yang mana menyebabkan gejala terlebih populasi adalah dimana suatu makanan yang kuantitiya dapat menampung 3 atau 4 orang tetapi dimakan kesemuanya hanya oleh seorang sebagaimana sesuatu penempatan yang tanahnya subur dan dapat diusahakan untuk menampung beratus-ratus keluarga petani tetapi kesemua hasilnya dimonopoli dengan berbagai helah oleh seorang petani kaya yang rakus serta mahupun hasil bumi sesuatu negara yang dapat dimanfaatkan buat membantu penduduk negara tersebut, dirampas oleh pemimpin bentuk diktaktor negara tersebut buat kesenangan hanya untuk diri serta keluarganya.
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Catitan lalu
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory