Salah satu masaalah besar yang menjadi
dilema dari tingginya jumlah populasi insan adalah bahan pembuangan
yang dihasilkan. Bahan pembuangan yang dari berbagai bentuk samada
datangnya dari setiap individu hinggalah kepada kilang-kilang yang
didirikan untuk menyediakan segala kemudahan yang diperlukan dalam
hidup.
Sebenarnya, disamping 7 billion insan,
terdapat berpuluh-puluh billion kehidupan lain yang berkongsi ruang
udara, daratan mahupun air dengan insan dibumi ini, namun semua
kehidupan tersebut tidak menghasilkan bahan buangan secara drastik
saban waktu yang seterusnya memberi kesan kepada kehancuran alam yang
diduduki.
Keseluruhan kehidupan yang wujud, berpijak diatas sistem ekologi alam (Sunnahtullah) yang mana setiap dari
bahan pembuangannya, mampu dikitar kembali termasuk jasadnya sendiri,
hanya-sanya insan yang kelihatan amat ganjil diantara segala
kehidupan yang wujud kerana bahan pembuangannya wajar sahaja
terkeluar dari sistem ekologi yang mampu mengitarnya dan malah
menghancurkan sistem ekologi yang sedia ada.
Suatu waktu dahulu, insan walau
setinggi mana tamadunnya, tiada mengalami permasalah besar diatas
sisa bahan pembuangannya kerana segala yang digunakan, adalah
diproses bukan dari bahan yang asing untuk alam ini mengitarnya
semula. Mungkin masalah dari sudut pengairan atau perkumuhan dari
najis-najis dihadapi dikawasan yang tinggi jumlah penduduknya iaitu
dikota-kota diwaktu itu namun ini masih lagi dapat ditampung dengan
pembinaan sistem pemparitan yang teratur atau sistem pengambilan
najis-najis dari setiap rumah untuk dijadikan baja, sedang
permasaalahan yang dihadapi oleh insan hari ini jauh lebih kompleks
dan malah sampai kesuatu peringkat yang dilihat tidak jalan
penyelesaian untuknya.
Bahan-bahan yang dikonsumkan oleh insan
yang berasal dari bahan organik atau non-organik ini
lazimnya mampu menghasilkan masalah-masalah yang rumit untuk ditangani.
Dari bahan-bahan yang lumrah serta murah untuk kegunaan seharian
seperti segala produk dari bahan plastik, tidak dapat dikitar semudah
itu oleh alam, sehingga kepada bahan-bahan yang amat bahaya buat
kehidupan insan yang digunakan sebagai tenaga api seperti bahan
radioaktive yang sehingga kini pun tiada diketemukan jalan untuk
pelupusannya.
Hari ini, lebih dari 1 billion bag
plastik diproduk dan dikonsum setiap tahun dan jumlah ini, sekiranya
digunakan untuk membungkus muka bumi, ia mampu mengelilingi muka bumi
dengan berkali-kali lipatan. Angka ini belum lagi termasuk segala
produk-produk yang lain yang dihasilkan dari plastik yang mana jumlah
yang dihasilkan setahun melebihi jumlah populasi insan hari ini.
Mungkin dinegara-negara maju,
terdapatnya pusat-pusat perkitaran yang dapat melupuskan segala sisa
buangan dari bahan plastik ini atau dapat dikitar semula untuk
digunakannya kembali, namun kenyataannya, hanya terlalu sedikit
pusat-pusat sebegini sekiranya dibandingkan dengan penggunaan bahan
plastik ini diseluruh dunia terutama dinegara-negara yang tidak
berkemampuan untuk menyediakan pusat-pusat perkitaran ini.
Sebagaimana, mungkin dinegara-negara
maju, sistem perkumuhan najisnya teratur dengan loji-loji
pembersihnya namun kebanyakkan penduduk dunia, sehingga hari ini,
bukan sahaja tiadanya sistem perkumuhan najis yang teratur, malah
tandas-tandas yang digunakan sangatlah dhaif dan kotor keadaannya.
Ini seterusnya menyebabkan berbagai-bagai jenis penyakit yang menular
serta memberi kesan yang buruk pada air-air yang diperlukan untuk
kegunaan seharian.
Sekiranya dikatakan, purata setiap
insan dalam sehari menghasilkan 1kilo pembuangan sampah mahupun
perkumuhan najisnya, maka sekiranya dihitung untuk keseluruhan
populasi insan, ianya bermakna setiap hari sebanyak 7 billion kilo
sampah-sarap serta perkumuhan najis dihasilkan. Bayangkan kuatitinya
untuk sebulan, setahun mahupun seterusnya untuk kurun-kurun. Itu
hanya kiraan dari sampah-sarap yang berbentuk fizikal, sedang
disebalik itu, angka pembuangan sampah-sarap yang dihasilkan dalam
bentuk fikiran mahupun perasaan adalah jauh lebih besar dan mengancam
dunia keseluruhannya.
Sampah-sarap yang dihasilkan dari
bentuk fikiran mahupun perasaan adalah contohnya seperti berjuta-juta
tan buku-buku, surat-khabar atau majalah, catitan-catitan disocial network atau
blog-blog, ebook-ebook, journal dalam pengajian dan
lain-lain yang ditulis saban waktu namun kandungannya membawa kearah
keruntuhan moral, keracunan fikiran mahupun kerosakan akidah.
Sebegitu juga, berjuta-juta tan
sampah-sarap yang dihasilkan dari bentuk fikiran dan perasaan adalah
seperti dari sudut muzik, film atau segala media hiburan yang tersemadi
didalam kaset, video, cakera-padat, memory-card dan lain-lain yang
isinya tidak langsung membawa kebaikan dimana akhirnya hanya membuang masa serta tenaga dan membawa kearah kelalaian
mahupun kemaksiatan.
Bersambung...