Tuesday, December 13, 2011

Arab Winter: Karim Jabari


Arab Winter: Karim Jabari Artist Profile from The Narcicyst on Vimeo.


Under Pressure X The Medium Presents

Arab Winter Exhibition and Show Live at Fresh Paint Gallery, 180 St-Catherine East, December 2nd 2011. Arab Winter is a Multimedia, multi-disciplinary event with musicians, painters, calligraphists, graffiti artists and short films. It is the first show in a series by this collective of Artists.


madefromwords.com

Karim Jabbari began his artistic journey at the tender age of twelve. His difficult childhood was eased by a passion for calligraphy, allowing him to express what he could not in words. Later in life and far from home, calligraphy became a reminder of where he came from and what he left behind. His love for the Arabic language intensified as he began to delve deeper into its beautiful letters, words, and syllables. Always searching for an original concept to breathe more vibrancy and life into his creations, Karim’s work is continuously evolving. Classic Kufic and Maghrebi calligraphy are featured in many of his compositions. This preference arises from the strong pull towards his North African background and his belief in keeping dying traditions alive.


About Letters of Rebellion


Karim’s contribution is meant to explore the hidden meanings of the Arab revolution and expose the human hopes that are expressed by people standing up for their rights. Jabari will put forward a series of calligrahy and abstract paintings on canvases, wood and glass of different sizes and shapes.

Monday, December 12, 2011

Vision dimasa hadapan



Golden age of Science Fiction (zaman keemasan sains fiksi) adalah zaman dimana begitu banyaknya imaginasi yang dituangkan dalam berbagai karya mengambarkan dunia-dunia fiksi atau dunia masa hadapan. Salah seorang daripada author sains fiksi adalah Poul Anderson yang merupakan penulis novel sains fiksi terkenal dengan menghasilkan berpuluh-puluh novel berbentuk sains fiksi.


Dari zaman keemasan sains fiksi ini juga, banyaknya watak-watak atau cerita-cerita fiksi yang boleh dikira hampir semua kanak-kanak mahupun orang dewasa mengenalnya seperti Superman, Green Lantern, The Demolished Man, Ultraman, Transformer dan lain-lain juga seperti film-film Star Trek, The Twilight Zone, Metropolish, Flash Golden dan lain-lain.

Dunia hari ini pun, banyak mengambil idea-idea dari zaman keemasan sains fiksi ini dan dilanjutkan dengan siri-siri yang darinya dikaut keuntungan dalam bentuk berbillion-billion dollar setiap tahun. Film Star Wars, Spiderman, Hulk, Transformer dan seterusnya adalah sebahagian dari contoh idea-idea lepas yang dilanjutkan, dengan dilengkapi efek-efek elektronik terkini membuatkan filem-filem tersebut lebih realiti gambarannya.

Dari imaginasi-imaginasi sains fiksi ini juga, tidak dapat dinafikan akan pengaruh darinya yang meresap diminda-minda kalangan rakyat ramai akan vision buat keadaan masa hadapan mahupun akan bagaimana membentuk realiti yang dihajati dimasa hadapan. Contohnya perjalanan kebulan seperti dari opera "Le voyage dans la luna" oleh Jacques Offenbach, novel "The First Men in the Moon" yang dikarang oleh H.G Wells pada tahun 1901 serta setahun kemudiannya dijadikan sebagai inspirasi filem sains fiksi yang pertama bertajuk "A Trip to the Moon" oleh Georges Melies, mempengaruhi minda-minda insan seterusnya untuk sampai kebulan.

Dan dikira kejayaan sampai kebulan adalah puncaknya kemajuan yang dicapai oleh insan samaada telah benar-benar mendarat dibulan pada tarikh 20 Julai 1969 atau disangkal kebenarannya diatas fakta-fakta tertentu seperti sehingga hari ini, dimana satelite dengan teleskop-teleskop canggih yang dapat mengambil gambar dimuka bumi dengan jelas serta mengambil gambar-gambar bintang-bintang yang beratus-ratus tahun kelajuan cahaya jauhnya dari muka bumi, tidak dapat mengambil gambar tempat pendaratan manusia yang pertama kebulan dengan jelas.

Insan sebenarnya sentiasa memerlukan imaginasi-imaginasi yang hebat untuk dunia realitinya bukan imaginasi-imaginasi dunia tahyul seperti dari filem-filem hantu yang merosakkan minda. Dimana sekiranya dapat ditampilkan imaginasi-imaginasi tersebut dalam gambaran yang sebenar, ia adalah suatu kejayaan yang bukan sahaja secara langsung menarik pihak lain mengkaguminya serta meletakkan suatu pengikhtirafan, tetapi merupakan pemangkin kearah yang lebih kehadapan.

Contohnya, bangunan berkembar Petronas dan bandar Putra-jaya yang semasa dibina, dikritik oleh sesetengah pihak akan projek-projek tersebut hanyalah membazirkan wang namun setelah terbina, ia bukan sahaja menarik pengikhtirafan dunia akan kemampuan Malaysia sebagai negara sedang membangun dengan acuannya tersendiri, tetapi terdapat juga kalangan-kalanagn pihak-pihak yang mengkritiknya suatu masa dahulu, kini begitu ketagihan untuk mengambil-alih kuasa keatasnya.

Dalam pada itu, semua vision-vision untuk masa hadapan seperti reka-bentuk bangunan-bangunan, cara pemakaian, cara kehidupan dan lain-lain, seperti contohnya dari imaginasi-imaginasi melalui sains fiksi, adalah cenderung mengikut pegangan hidup siimaginasi disesuatu zaman tersebut. Lantas dari itu, perlunya usaha-usaha meramaikan para imaginasi-imaginasi yang pegangan hidupnya selari dengan ajaran Islam agar segala vision untuk masa hadapan adalah sentiasa dalam acuan agama Islam, dimana agama Islam ini sendiri adalah merupakan kunci kejayaan tidak kira dizaman mana pun.

Saturday, December 10, 2011

Populasi dunia - 9




Hakikatnya, yang menjadi persoalan utama dalam setiap kehidupan adalah kualiti bukan kuantiti. Kuantiti mudah sahaja dikira bilangan angka kehidupan yang dibelakangnya berderet angka-angka kosong seperti juta-juta, billiion-billion, trillion-trillion dan seterusnya tanpa penghujung dan penyelesaian tetapi kualiti adalah untuk pengiraan sebenar keadaan buat setiap angka kehidupan yang wujud.


Dengan angka populasi dunia yang kini 7 billion dan angka ini diperhitungkan semakin meningkat disamping meningkatnya segala kemudahan-kemudahan untuk memenuhi segala hajat keperluan hidup serta juga disamping meningkatnya segala alat-alat untuk membantu kehidupan seperti ubat-ubatan, pengetahuan-pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan seterusnya, apakah benar kehidupan buat setiap insan dalam angka 7 billion itu semakin meningkat kualitinya?

Apakah benar dengan segala yang dikuasai oleh insan seperti pengetahuan tentang alam ini iaitu dari untuk bentuk fizikal sehinggalah kebentuk mental membantu menerapkan kualiti hidup kepada kuantiti sebenar segala kehidupan dari haiwanat, tumbuh-tumbuhan serta insan didunia hari ini? Atau apakah sebaliknya yang terjadi, iaitu hanya sekelompok kuantiti kecil yang mengaut keuntungan untuk memperbaiki kualiti hidupnya serta memenuhi segala hajatnya, sedang kuantiti besar semakin buruk keadaan kualiti hidup mereka seperti contohnya, semakin ramai kuantiti insan bermakna semakin tingginya permintaan makanan terhadap daging-daging haiwan yang mana ini merosakkan 100% kualiti hidup haiwan-haiwan tersebut dimana banyaknya haiwan yang tersiksa sepanjang hidupnya kerana segala fitrah kehidupan haiwanatnya dirampas oleh insan?

Apakah benar bahawa dunia yang dikatakan semakin maju, penuh kemewahan serta segalanya cekap dan pantas dengan kehadiran berbagai bentuk peralatan elektronik ini menyebabkan semakin sihat pemikiran serta jiwa insan-insan didalam kuantiti angka yang besar atau apakah sebaliknya yang terjadi dimana begitu besar kuantiti insan yang wujud hari ini, tertekan jiwanya serta tiada kualiti hidup yang sebenar untuk jiwanya lantaran sedaya-upaya siang dan malam cuba mencapai segala kemewahan yang dianggap dapat meningkatkan kualiti hidupnya?

Dan pertanyaan yang utama buat mereka yang beragama Islam, yang mempercayai akan kewujudan Allah yang Esa dan mempercayai Nabi Muhamad itu pesuruh Allah, pada angka-angka umat Islam kini yang mencecah 2.1 billion dimana merupakan kuantiti angka penganut agama yang terbesar didunia hari ini, apakah setiap darinya memiliki kualiti iman yang sebenar sebagai seorang Islam dan mengamalkan agamanya atau hanya memiliki nama-nama sebagai seorang Islam yang menambahkan kuantiti umat Islam tetapi tidak kualiti keIslamannya?

Sebagaimana pepatah Melayu yang menyebut, tepuk dada tanya selera, maka untuk ini rasanya sesuai adanya pepatah baru berbunyi tepuk dahi tanya jawapan, kerana jawapannya sendiri adalah bagaimana setiap insan dapat berfikir dalam bentuk yang wajar serta berunsur kemanusiaan untuk mengatur dan mengurus kehidupan yang ada dalam mencapai kualiti yang sebenar yang wajar hadir untuk setiap kuantiti insan serta segala kehidupan lain yang wujud.

Bebalisme, iaitu tumpul pemikiran, adalah perkataan yang jelas wujud dan dihidupkan oleh sebahagian besar kuantiti insan didunia hari inilah yang menyebabkan kualiti hidup insan semakin buruk keadaannya. Fikiran yang bebal adalah kerana nafsu-nafsu mazmumah yang ditunggangi semata-mata oleh insan serta tiada usaha-usaha untuk berpesan-pesan buat mengikut pedoman sebenar tentang kehidupannya, dimana ini bukan sahaja memburukkan kualiti hidupnya tetapi juga menyebabkan pihak-pihak lain juga terjerumus sama kearah yang membinasakan. Lazim terdengar, bilamana sahaja terdapat pihak-pihak yang memperkatakan sesuatu yang hak, maka dirinya akan dipandang sinis atau ganjil dalam masyarakat yang kehidupan sehariannya adalah dalam bebalisme.

Sedari usia kanak-kanak, lazimnya diajar akan bagaimana untuk menguasai kehidupan dunia dipersekitarannya tetapi tidak diajar bagaimana menguasai dunia didalam dirinya. Lantas, fikirannya hanya digunakan dibawah sesuatu yang memanipulasikan dirinya dari dunia persekitarannya tetapi lepa untuk berfikir akan dunia diri insan yang sebenar. Dunia kehidupan dirinya yang sebenar atas kelahirannya dimuka bumi ini dan kemana arah seterusnya selepas kehidupan ini.

Sedangkan, Nabi Muhamad s.a.w telah diutus untuk menunjukkan suatu jalan bukan sahaja untuk penyelesian bagi setiap permasalahan yang dihadapi oleh insan tetapi merupakan suatu jalan buat kejayaan yang sebenar didunia mahupun diakhirat. Salah satu contoh yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah bagaimana kehidupan zuhud didunia ini merupakan suatu kehidupan contoh penyelesaian buat sekelian insan.

Dengan mengambil jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w ini, insan-insan bukannya sebagai mesin-mesin untuk memproduk sebanyak mungkin kuantiti insan-insan yang ada didunia hari ini, tetapi sebagai insan yang memproduk seterusnya insaniah-insaniah yang berkualiti keadaan diri mereka.

Kekadang, umat Islam melakukan kesilapan dalam pemahaman sabdaan Nabi Muhamad seperti hadis riwayat Baihaqi tentang memperbanyakkan zuriat iaitu lebih kurang maknanya;

"Kahwinlah wanita yang subur, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang banyak berbanding umat-umat yang lain"

Kesilapan ini kerana tidak menyabitkan dengan sabdaan-sabdaan yang lain yang mana diutamakan kualiti umat Islam, bukan kuantiti sebagaimana contohnya hadis tentang amaran akan keadaan akhir zaman dimana umat Islam begitu ramai kuantitinya, tetapi tiada kualiti sehingga dipermainkan semudahnya oleh pihak-pihak asing.

Hadis riwayat Thauban r.a yang lebih kurang maknanya:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahaba r.anhum pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda s.a.w: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.
Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahaba bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahaba bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah s.a.w bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Wednesday, December 07, 2011

Populasi dunia - 8




Perkataan terlebih populasi (over population) adalah lazim kedengaran terutama buat negara-negara yang begitu padat penduduknya seperti China, India, Indonesia dan lain-lain. Juga lantaran populasi insan kini mencapai 7 billion, maka ianya juga digunakan buat angka menyeluruh populasi insan yang kian meningkat.

Sedang makna perkataan terlebih populasi sebenarnya digunakan untuk penyataan akan perkara hajat yang diperlukan untuk menampung kehidupan seharian seperti bahan makanan, air minuman, tempat tinggal dan lain-lain tidak mencukupi lantaran ramainya jumlah insan yang mengatasi bahan keperluan tersebut yang sedia ada.

Lalu pertanyaan yang timbul, apakah benar bumi ini tidak dapat menampung jumlah 7 billion insan yang wujud hari ini atau dalam kata lain, dunia hari ini mengalami terlebih populasi (over population)? Apakah benar bahawa akan perkara hajat yang diperlukan buat menampung kehidupan harian seperti bahan makanan dan air tidak mencukupi? Apakah benar tanah untuk diduduki mahupun udara untuk bernafas tidak mencukupi untuk sekian jumlah insan yang wujud hari ini?

Persoalan akan berkaitan dengan terlebih populasi adalah sebahagian daripada persoalan-persoalan yang dihadapi oleh kebanyakkan insan hari ini. Contoh yang jelas akan pasangan yang berkira-kira untuk melakukan perancangan keluarga (family planing) adalah besar bilangannya dibandingkan dengan pasangan yang mengambil sikap sambil lewa terhadap penambahan zurait mereka. Perancangan keluarga ini lebih ketara terutama dikawasan-kawasan yang padat penduduknya atau dikawasan-kawasan yang maju berbanding kawasan yang sebaliknya.

Rata-rata dinegara-negara maju atau kota-kota urban didunia hari ini, purata zuriat buat setiap keluarga adalah 2 orang dan bagi sesetengah negara seperti contohnya kebanyakkan negara-negara dibenua Eropa, purata bagi setiap pasangan adalah hanya setengah bayi kerana ramainya pasangan-pasangan yang tidak memiliki bayi atau melahirkan bayi bila usia telah meningkat melebihi umur pertengahan.

Mungkin ini boleh dikatakan berlaku secara spontan kerana keadaan hidup yang dilalui seperti kos kehidupan atau standart kehidupan yang meningkat, semakin ramai yang mementingkan karier-karier dari memiliki keluarga, masalah moral yang meruntuhkan insitusi berkeluarga dan lain-lain, namun tidak dinafikan bahawa kekhuatiran akan terlebih populasi adalah juga faktor utama.

Sebenarnya, perancangan keluarga mahupun menjarakkan tahun-tahun kelahiran anak-anak adalah suatu yang amat positif, tetapi meragui akan rezeki yang dikurniakan buat setiap jiwa yang lahir adalah suatu sangkaan yang besar silapnya. Sesejak berjuta tahun, sebelum kehadiran insan dimuka bumi, telah wujud berjuta kehidupan lain dan sehinggalah kehari ini, sesungguhnya, tiadalah campur tangan insan dalam menyatakan apakah rezeki atau bagaimanakah bentuk rezeki untuk setiap kehidupan tersebut.

Sebagaimana berjuta tan ikan-ikan yang ditangkap dan dijual dalam pasar-pasar seluruh dunia saban hari, sedang esok tetap ada ikan yang ditangkap dan dijual seakan-akan tiada penghujung habisnya ikan-ikan tersebut, dimana jelas bukanlah dari kemampuan insan untuk menyediakan makanan buat ikan-ikan yang wujud dan bukanlah kemampuan insan untuk memikir bagaimana setiap ikan-ikan tersebut mendapat rezekinya.

Sebegitu juga dengan segala bentuk akan perkara hajat yang diperlukan buat sesuatu kehidupan seperti udara yang mana kehidupan bergantung kepadanya samada oksigen yang dihidu, proses pembentukkan awan dan hujan dalam mengawal suhu bumi sehinggalah kepada perisai dalam menghalang agar sinar ultraviole, semuanya tersedia ada tanpa campur-tangan insan menciptanya. Hatta nafas yang dilakukan oleh berbillion-billion insan mahupun segala haiwanat saban detik adalah luar dari kemampuan insan menyediakannya.

Namun yang menjadi masalah besar adalah kemampuan insan dalam menghancurkan atau merosakkan setiap akan perkara hajat yang diperlukan buat segala kehidupan didunia ini. Bukan sahaja buat kehidupan lain seperti haiwanat mahupun tumbuh-tumbuhan yang dirosakkan akan perkara hajat buat kehidupan mereka, malah kehidupan insan itu sendiri dirosakkannya atas nafsu serakah yang ditunggangi.

Kemampuan menghancurkan atau merosakkan ini adalah kaitannya dengan ikhtiar yang ada pada insan dalam merobah kehidupan yang dimiliki atau kehidupan persekitarannya. Ikhtiar ini sewajarnya untuk diusahakan buat perkara-perkara yang membantu insan dan kehidupan lainnya, namun atas nafsu-serakah yang tidak dibendung atau tidak mengikut petunjuk-petunjuk yang membawa kearah kebaikan, insan melakukan proses menjahanamkan semuanya samada disedarinya atau tidak.

Contoh yang jelas bagaimana insan menghancurkan atau merosakkan setiap akan perkara hajat buat kehidupan adalah dengan semata-mata hanya mementingkan keperluan nafsu dirinya, lalu berlakunya percemaran alam dari segala sudut seperti diruang udara, tanah mahupun air. Dimana ini semua menyukarkan kehidupan seterusnya bukan sahaja kepada insan, malah kepada seluruh kehidupan yang wujud.

Manakala contoh lain yang mana menyebabkan gejala terlebih populasi adalah dimana suatu makanan yang kuantitiya dapat menampung 3 atau 4 orang tetapi dimakan kesemuanya hanya oleh seorang sebagaimana sesuatu penempatan yang tanahnya subur dan dapat diusahakan untuk menampung beratus-ratus keluarga petani tetapi kesemua hasilnya dimonopoli dengan berbagai helah oleh seorang petani kaya yang rakus serta mahupun hasil bumi sesuatu negara yang dapat dimanfaatkan buat membantu penduduk negara tersebut, dirampas oleh pemimpin bentuk diktaktor negara tersebut buat kesenangan hanya untuk diri serta keluarganya.

Bersambung...








Wednesday, November 23, 2011

Populasi dunia - 7



Salah satu masaalah besar yang menjadi dilema dari tingginya jumlah populasi insan adalah bahan pembuangan yang dihasilkan. Bahan pembuangan yang dari berbagai bentuk samada datangnya dari setiap individu hinggalah kepada kilang-kilang yang didirikan untuk menyediakan segala kemudahan yang diperlukan dalam hidup.


Sebenarnya, disamping 7 billion insan, terdapat berpuluh-puluh billion kehidupan lain yang berkongsi ruang udara, daratan mahupun air dengan insan dibumi ini, namun semua kehidupan tersebut tidak menghasilkan bahan buangan secara drastik saban waktu yang seterusnya memberi kesan kepada kehancuran alam yang diduduki.

Keseluruhan kehidupan yang wujud, berpijak diatas sistem ekologi alam (Sunnahtullah) yang mana setiap dari bahan pembuangannya, mampu dikitar kembali termasuk jasadnya sendiri, hanya-sanya insan yang kelihatan amat ganjil diantara segala kehidupan yang wujud kerana bahan pembuangannya wajar sahaja terkeluar dari sistem ekologi yang mampu mengitarnya dan malah menghancurkan sistem ekologi yang sedia ada.

Suatu waktu dahulu, insan walau setinggi mana tamadunnya, tiada mengalami permasalah besar diatas sisa bahan pembuangannya kerana segala yang digunakan, adalah diproses bukan dari bahan yang asing untuk alam ini mengitarnya semula. Mungkin masalah dari sudut pengairan atau perkumuhan dari najis-najis dihadapi dikawasan yang tinggi jumlah penduduknya iaitu dikota-kota diwaktu itu namun ini masih lagi dapat ditampung dengan pembinaan sistem pemparitan yang teratur atau sistem pengambilan najis-najis dari setiap rumah untuk dijadikan baja, sedang permasaalahan yang dihadapi oleh insan hari ini jauh lebih kompleks dan malah sampai kesuatu peringkat yang dilihat tidak jalan penyelesaian untuknya.

Bahan-bahan yang dikonsumkan oleh insan yang berasal dari bahan organik atau non-organik ini lazimnya mampu menghasilkan masalah-masalah yang rumit untuk ditangani. Dari bahan-bahan yang lumrah serta murah untuk kegunaan seharian seperti segala produk dari bahan plastik, tidak dapat dikitar semudah itu oleh alam, sehingga kepada bahan-bahan yang amat bahaya buat kehidupan insan yang digunakan sebagai tenaga api seperti bahan radioaktive yang sehingga kini pun tiada diketemukan jalan untuk pelupusannya.

Hari ini, lebih dari 1 billion bag plastik diproduk dan dikonsum setiap tahun dan jumlah ini, sekiranya digunakan untuk membungkus muka bumi, ia mampu mengelilingi muka bumi dengan berkali-kali lipatan. Angka ini belum lagi termasuk segala produk-produk yang lain yang dihasilkan dari plastik yang mana jumlah yang dihasilkan setahun melebihi jumlah populasi insan hari ini.

Mungkin dinegara-negara maju, terdapatnya pusat-pusat perkitaran yang dapat melupuskan segala sisa buangan dari bahan plastik ini atau dapat dikitar semula untuk digunakannya kembali, namun kenyataannya, hanya terlalu sedikit pusat-pusat sebegini sekiranya dibandingkan dengan penggunaan bahan plastik ini diseluruh dunia terutama dinegara-negara yang tidak berkemampuan untuk menyediakan pusat-pusat perkitaran ini.

Sebagaimana, mungkin dinegara-negara maju, sistem perkumuhan najisnya teratur dengan loji-loji pembersihnya namun kebanyakkan penduduk dunia, sehingga hari ini, bukan sahaja tiadanya sistem perkumuhan najis yang teratur, malah tandas-tandas yang digunakan sangatlah dhaif dan kotor keadaannya. Ini seterusnya menyebabkan berbagai-bagai jenis penyakit yang menular serta memberi kesan yang buruk pada air-air yang diperlukan untuk kegunaan seharian.

Sekiranya dikatakan, purata setiap insan dalam sehari menghasilkan 1kilo pembuangan sampah mahupun perkumuhan najisnya, maka sekiranya dihitung untuk keseluruhan populasi insan, ianya bermakna setiap hari sebanyak 7 billion kilo sampah-sarap serta perkumuhan najis dihasilkan. Bayangkan kuatitinya untuk sebulan, setahun mahupun seterusnya untuk kurun-kurun. Itu hanya kiraan dari sampah-sarap yang berbentuk fizikal, sedang disebalik itu, angka pembuangan sampah-sarap yang dihasilkan dalam bentuk fikiran mahupun perasaan adalah jauh lebih besar dan mengancam dunia keseluruhannya.

Sampah-sarap yang dihasilkan dari bentuk fikiran mahupun perasaan adalah contohnya seperti berjuta-juta tan buku-buku, surat-khabar atau majalah, catitan-catitan disocial network atau blog-blog, ebook-ebook, journal dalam pengajian dan lain-lain yang ditulis saban waktu namun kandungannya membawa kearah keruntuhan moral, keracunan fikiran mahupun kerosakan akidah.

Sebegitu juga, berjuta-juta tan sampah-sarap yang dihasilkan dari bentuk fikiran dan perasaan adalah seperti dari sudut muzik, film atau segala media hiburan yang tersemadi didalam kaset, video, cakera-padat, memory-card dan lain-lain yang isinya tidak langsung membawa kebaikan dimana akhirnya hanya membuang masa serta tenaga dan membawa kearah kelalaian mahupun kemaksiatan.


Bersambung...


Friday, November 18, 2011

Populasi dunia - 6



Dari jumlah populasi 7 billion insan didunia hari ini, dianggarkan lebih dari 2 bilion insan menggunakan internet dengan jumlah lebih kurang 247 billion email setiap hari, sejuta blog ditulis setiap hari, 900 juta carian diGoogle setiap hari, 35 jam video dimuat-turunkan diYoutube setiap minit, berjuta-juta ebook dengan berbagai tema, 750 juta pendaftar dihalaman Facebook, 300 juta pendaftar dihalaman Twitter dan seterusnya.



Angka ini semakin bertambah dari masa ke semasa disegenap pelusuk dunia dan sekiranya dikatakan adanya nagara tanpa sempadan, maka para pengguna internet inilah warga-negaranya dengan populasi yang terbesar didunia mengatasi populasi negara China dan India.



Sebegitu juga dengan pengguna telefon bimbit dengan 6 trillion sms dihantar tahun lepas, television dengan siarannya 24 jam tanpa henti-henti diseluruh dunia dan segala alat media yang lain, menunjukkan bahawa dunia hari ini, komunikasinya adalah ditahap yang tidak pernah tergambar oleh generasi abad-abad terdahulu.



Mungkin jelas bahawa dunia komunikasi ini membawa banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh insan, namun tidak juga dapat dinafikan bahawa banyaknya juga kemudaratan-kemudaratan darinya. Dan dari itu, suatu yang pasti, dunia komunikasi ini akan merubah sebahagian besar keadaan seluruh dunia kesuatu arah yang sukar diungkapkan. Hari ini pun telah wujud beberapa kesan-kesan besar yang dibawanya, samada untuk individu mahupun sekelompok masyarakat yang besar jumlahnya, apatah lagi dimasa hadapan.






Bersambung...




Wednesday, November 16, 2011

Populasi dunia - 5



Insan, secara fitrahnya adalah kehidupan yang aktif terutama disesuatu usia dalam hayatnya. Aktif dalam kata setiap insan berkemampuan bertindak melakukan sesuatu dalam hidupnya, berkemampuan merubah akan kehidupannya dari suatu keadaan kepada kesuatu keadaan yang lain, berkemampuan memberi kesan pada alam persekitaran, berkemampuan mengadaptasi atau menyesuaikan diri pada alam yang diduduki serta menguasainya, berkemampuan membiak dengan berkeluarga serta mengembangkan apa yang difikirkan atau apa yang diperkatakan dan berkemampuan mempengaruhi suasana persekitaran dengan tingkah-lakunya.

Lantaran itu, sentiasa wujud kumpulan atau sekelompok masyarakat samada yang kecil atau besar bilangannya, membentuk suatu kehidupan bersama dengan tata-cara, kebudayaan serta seterusnya kepada tamadun yang dibina. Atas itu juga, kehidupan insan sebenarnya bukanlah termaklup dalam kategori-kategori teori-teori akan zaman peolitik (zaman batu awal), mesolitik (zaman batu pertengahan), neolitik (zaman batu akhir), zaman logam dan seterusnya sehinggalah zaman ini. Itu hanya teori-teori dan banyaknya teori-teori hanyalah andaian-andaian belaka yang boleh dibakul-sampahkan sekiranya fakta yang sebenar ditampilkan.

Dalam teori-teori dari zaman batu ini, dikatakan insan hidupnya seperti haiwanat iaitu zaman insan tidak tahu berkomunikasi atau tiadanya bahasa percakapan, tiada berpakaian, menjadikan gua-gua sebagai tempat penginapan, kanibal dan lain-lain. Kehidupan zaman batu ini dikatakan begitu pasif dimana insan tiada langsung berkeupayaan membina kebudayaan mahupun seterusnya membina penempatan dalam bentuk masyarakat tersusun, namun benarkah teori-teori ini?

Dikatakan, ditemui segala macam bukti seperti dari gua-gua yang pernah dipenghunikan, namun apakah itu suatu fakta yang benar buat apa yang didakwakan sedangkan sehingga hari ini, masih diketemui adanya masyarakat-masyarakat yang memilih tinggal dipendalaman dan kehidupan mereka masih lagi seperti dizaman batu. Teori-teori ini membentuk falsafah akan alur corak kehidupan insan memang sebegini, dengan disemadikan dalam pengajian-pengajian seharian buat insan diseluruh dunia, iaitu dari sekanak kecil yang mula belajar sehinggalah kepada profesor yang memberi kesan pada sistem pelajaran, menganggap teori kehidupan insan dari kategori zaman batu sehinggalah kezaman ini adalah suatu yang mutlak.

Bentuk falsafah dari pemikiran ini, menyangka bahawa insan-insan terdahulu adalah terbelakang dan tidak mengetahui apa-apa seperti anggapan insan terdahulu adalah kanibal iaitu insan memakan daging insan yang lain sedangkan kanibal itu sendiri sebenarnya bukanlah fitrah insan tetapi kerana sesuatu faktor disebaliknya. Contohnya, masyarakat ditasik Toba yang suatu dahulunya digeruni kerana terkenal akan karnibalnya, sedang disebalik itu, ianya adalah kerana anutan yang diikuti atas kepercayaan karut yang diwarisi iaitu setiap musuh yang ditangkap atau sesiapa yang melakukan jenayah berat, dihukum bunuh, tubuhnya wajar dipotong kecil-kecil untuk dimakan oleh setiap penghuni disitu agar dapat melindungi diri mereka dari balasan dendam roh yang dihukum bunuh.

Kesan dari bentuk falsafah pemikiran ini juga, samada disedari atau tanpa disedari, tertanamnya didalam benak apa yang dikira sesuatu yang terbaru, paling kehadapan atau sesuatu paling aktual untuk diikuti seperti contohnya bentuk-bentuk kebudayaan iaitu muzik-muzik, cara berpakaian, cara tingkah-laku mahupun bentuk-bentuk ideologi atau pemikiran dari negara-negara atau masyarakat maju disesuatu ketika tersebut.

Apakah terfikir oleh mereka yang mengada-adakan teori zaman batu ini, bahawa bukti-bukti yang ditemui hanyalah segelintir kumpulan insan yang dalam pemgembaraan mereka meneroka dunia baru, tersesat didalam hutan rimba lalu memulakan penempatan disitu, atau sekumpulan insan yang memilih menjauhi kehidupan bermasyarakat besar lantaran kekejian yang dilakukan oleh sebilangan besar masyarakat tersebut, atau sekumpulan insan yang melarikan diri dari bencana-bencana musibah yang menimpa penempatan tamadun yang dibina lantaran kerosakan akhlak atau pegangan hidup dimana sekumpulan kecil membina kehidupan dipendalaman yang jauh dari kaitan-kaitan tamadun yang membinasakan masyarakat mereka terdahulu.

Sebagaimana kenyataan banyaknya fakta diseluruh dunia akan sesuatu masyarakat yang dikenali tingginya tamadun yang dimiliki dengan rakyatnya disanjung dan diikuti atas corak-corak kebudayaan yang dibina seperti dari sudut penghasilan musik serta pakaiannya sehinggalah kepada bentuk-bentuk bangunan serta kediaman yang dibina, tiba-tiba sampai suatu masa, semua yang dibina musnah akibat sesuatu.

Berbalik kepada fitrah insan yang aktif bentuknya, apa yang dihasilkan oleh insan contohnya dari pemikirannya yang ditampilkan melalui penulisan, percakapan dan lain-lain, tingkah-laku yang memberi kesan kepersekitaran dan seterusnya, berkembang setiap saat terutama dizaman global yang seakan tanpa sempadan ini. Yang mana, setiap insan dari jumlah 7 billion, mampu bertindak dari keupayaan sifat fitrah aktifnya.

Tetapi dari itu juga, bayangkan apakah akan terjadi pada alam ini, sekiranya jumlah 7 billion ini menggunakan sepenuhnya kredibiliti-kredibiliti atau kemampuan yang dimiliki? Apakah akan terjadi sekiranya tiada kawalan-kawalan atau pedoman buat kemampuan-kemampuan yang dimiliki? Apakah itu sesuatu yang membawa kebaikan sekiranya setiap insan wajar sahaja memaksimumkan segala keupayaan yang ada pada dirinya tanpa memikirkan kesan-kesan yang yang terjadi dari itu? Apakah seseorang yang memandu kenderaan yang meternya menunjukkan maksimum kelajuan 280km sejam, wajar menekan minyak untuk memastikan meternya sentiasa menunjuk keangka 280km sejam?

Hari ini pun, telah jelas akan bencana-bencana dimuka bumi samada didaratan, lautan mahupun didalam kerak bumi adalah ada kaitannya dengan tindakan-tindakan dari sifat aktif insan.


Bersambung...




Sunday, November 13, 2011

Populasi dunia - 4



Bertambahnya populasi penduduk dunia secara drastik adalah kerana falsafah kebendaan yang dianuti atau diikuti selaras dengan perkembangan semasa atau perubahan semasa yang berlaku didunia ini. Tetapi sebaliknya, ramai yang mempersalahkan akan bertambahnya populasi penduduk dunia secara drastik adalah kerana pegangan atau falsafah hidup insan yang segala rezeki telah diperuntukkan untuk setiap insan atau pendapat optimus bahawa dunia ini berkemampuan menampung segala kehidupan didalamnya.


Sedangkan kenyataan bahawa falsafah kebendaanlah yang mengakibatkan bertambahnya populasi penduduk dunia ini jelas dilihat dari statistik peningkatan jumlah populasi penduduk dunia sejak hebatnya falsafah kebendaan merebak diseluruh dunia dalam era industri, iaitu dalam 2 abad yang lepas, sehinggalah kehari ini. Revolusi industri ini, bukan sahaja menghasilkan bahan-bahan untuk kemudahan atau kemewahan hidup insan tetapi lebih buruk dari itu, sebahagian besarnya adalah untuk peralatan-peralatan senjata untuk peperangan yang dibina dari segala bentuk.

Ini adalah terutama bila era penjajahan sampai kemuncaknya, dimana negara-negara yang merupakan kuasa penjajah iaitu negara-negara dari benua Eropa, berlumba-lumba mencipta segala bentuk peralatan senjata untuk mengekalkan kuasa penjajah mereka mahupun memperluaskan kuasa mereka. Ini seterusnya memberi kesan kepada negara-negara lain terutama negara-negara dibawah jajahan, untuk bangun merubah keadaan mereka. Contohnya adalah bagaimana drastiknya berkembang populasi penduduk dibenua India dan China. Bila era zaman penjajah berakhir, ianya disambung kemudiannya dengan era pertembungan ideologi yang menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk dengan perlumbaan mencipta senjata pemusnah besar-besaran.

Disamping itu, pada waktu itu, bertambahnya populasi penduduk dunia, dianggap sebagai asset penting buat mereka yang mengejar falsafah kebendaan seperti pihak penjajah, kerana pada kiraan mereka, bertambahnya populasi dikawasan yang dijajahi bermakna bertambahnya tenaga-tenaga buruh yang diperlukan untuk mengaut segala keuntungan dan seterusnya menjadi kuasa dominan ekonomi keatas dunia. Asset buat mereka yang tidak memiliki apa-apa, hanya zuriatnya yang ramai diharap dapat membantu dihari muka, sedang ramainya populasi dibawah kawasan jajahan adalah asset buat kuasa-kuasa penjajah sebagai tenaga buruh untuk mengekalkan status kekuasaan dan ekonomi mereka.

Atas falsafah kebendaan ini juga, membuat keadaan tidak stabil dan keadaan tidak adil berlaku didunia hari ini, dalam mana, sikaya terus menjadi bertambah kaya manakala simiskin menjadi bertambah miskin. Ketidak-stabilan dan tidak adil ini dapat dilihat terutamanya dalam pembahagian pada bahan-bahan yang sewajarnya dapat menampung setiap jiwa didunia ini seperti bahan makanan dan air minuman.

Hari ini, suku daripada makanan penduduk dunia, iaitu dari negara-negara maju, adalah merupakan buangan atau menjadi sampah-sarap sedangkan lebih dari 1 billion insan diseluruh dunia kekurangan makanan termasuk mereka-mereka yang mati kebuluran seperti dibenua Afrika. Sebegitu juga dengan sumber air minuman yang mana berbilion-billion liter air bersih digunakan saban hari sebagai air untuk mencuci tandas dinegara-negara maju sedangkan purata 2 juta insan mati dalam setahun kerana masaalah air dengan lebih kurang dalam purata 800 juta insan diseluruh dunia tiada sumber air yang bersih atau air yang selamat diminum (wssinfo).

Sedangkan, setiap insan dalam kehidupan didunia ini, ada hak-haknya, sehinggakan dalam harta sikaya pun, terdapat hak-hak buat semiskin dan ini patut dikeluarkan dengan membayar zakat. Nabi Muhamad telah bersabda yang lebih kurang maksudnya, sekiranya semua membayar zakatnya, maka tiada insan yang akan mati kebururan.

Namun apa yang jelas terjadi, falsafah kebendaan telah mengaburi pandangan insan kepada realiti persekitaran dunia serta menjadikan insan-insan bertambah tamak dan kedekut. Falsafah kebendaan ini juga seterusnya diperkembangkan secara global keseluruh pelusuk dunia dalam berbagai bentuk dan menjadi anutan oleh sebahagian besar penduduk dunia terutamanya dihari ini dengan kaedah sistem kredit atau pinjaman beriba.

Dimana-mana sahaja hatta didaerah termiskin, samada atas tekanan hidup yang menyebabkan amat memerlukan sesuatu untuk melangsungkan kehidupan seperti tempat penginapan atau kenderaan, mahupun mimpikan kehidupan yang begitu mewah dan selesa, ramai yang melakukan pinjaman-pinjaman dalam memenuhi permintaan atau keperluan mereka sedangkan disebalik itu, mereka-mereka ini dipergunakan oleh pihak-pihak yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata melalui pinjaman beriba. Sebagaimana bank dunia yang membantu negara-negara mundur dengan pinjaman-pinjaman beriba yang akhirnya menjerat negara-negara yang dibantu.


Bersambung...


Tuesday, November 08, 2011

Populasi dunia - 3



Dalam kiraan angka, yang utama adalah apa yang berada didalam angka tersebut, bukan angka itu sendiri, kerana angka sebenarnya hanyalah suatu nombor. Seperti ramainya diktaktor-diktaktor yang tumbang dirampas kuasa mereka, memiliki berbillion-billion ringgit disimpan diakaun-akuan negara asing yang akhirnya lenyap begitu sahaja wang-ringgit yang dimiliki mereka, dimana ini bermakna diktaktor-diktaktor tersebut hanya memiliki angka berupa nombor yang kosong isinya.

Sedangkan sekiranya seseorang diktaktor tersebut, contohnya, Hosni Mubarak dan ahli keluarganya dikatakan memiliki asset bernilai 80 billion ringgit, memberi 2500 ringgit untuk kegunaan buat setiap rakyat Mesir yang berjumlah 80 juta populasinya atau memperuntukan 20 billion untuk membantu mereka yang miskin dari jumlah populasinya untuk memulakan perniagaan dan sebagainya, Hosni Mubarak dan ahli keluarganya masih lagi memiliki 60 billion ringgit. Namun begitulah insan, wajar sahaja matanya dikaburkan oleh angka-angka sehingga lalai kepada perkara sebenar yang dapat membantu dirinya mahupun pihak lain dihari muka.

Atau contohnya, seseorang yang panjang umurnya dengan memiliki angka ratus tahun namun segala tahun-tahun yang dilalui dalam kehidupannya, disia-siakan hanya untuk hiburan diri dan mengakhiri umurnya dalam keadaan tiada amal solehan yang dilakukan dan malah tidak mengenal Pencipta dirinya, sesungguhnya umur yang panjang yang dimiliki adalah berupa kerugian dan petaka buat dirinya, berbanding seseorang yang pendek umurnya tetapi dalam masa hidupnya dipenuhi amal solehan dan dirinya sentiasa mengenal dan menghampiri Penciptanya.

Sebegitulah, 7 billion penduduk dunia, bukanlah angka tersebut menjadi perhitungan yang sebenar tetapi kehidupan realiti dengan segala aktiviti-aktiviti yang terjadi dalam angka tersebut serta seterusnya kesan dari itu yang menjadi perhitungan yang sebenar. Saban saat, berlakunya begitu banyak aktiviti-aktiviti diseluruh dunia yang sehingga tidak terbayang, dilakukan insan yang angkanya 7 billion. Seperti contohnya, dalam masa sehari sahaja, atas aktiviti insan merokok maka purata 2 billion rokok dihisap sebagaimana dicatat oleh World Health Organization (WHO), Cigarette Consumption - Tobacco Atlas [Pdf], yang mengakibatkan setiap tahun lebih kurang 5 juta mereka yang meninggal kerananya.

Aktiviti-aktiviti yang disedarinya atau tidak yang dilakukan oleh insan saban saat diseluruh dunia ini, sebenarnya mampu memberi kesan-kesan yang amat besar seterusnya dihari kemudian, samada untuk setiap individu, sesebuah masyarakat atau pun untuk keseluruhan penduduk insan didunia ini. Seperti aktiviti dalam menyediakan segala kemudahan buat kehidupan seharian atau pun aktiviti mengkonsum segala kemudahan yang ada telah menyebabkan begitu banyaknya kemudaratan yang telah dihadapi mahupun yang bakal dihadapi oleh keseluruhan penduduk dunia.

Dalam menyediakan kemudahan atau mengkonsumkan kemudahan yang ada, insan diseluruh dunia telah menghasilkan purata sebanyak 20 billlion tan karbon dioksid setahun yang mana menyebabkan insan diseluruh dunia kini menghadapi cuaca yang ganjil dimana-mana seperti musim-musim yang berlaku saban tahun berubah menjadi tidak menentu dan ini seterusnya menyebabkan kemarau berpanjangan atau ribut-banjir berlaku dimana-mana sahaja.Mungkin pada golongan elit kaya yang mengaut saban detik keuntungan dari produktiviti kilang-kilang mereka, tidak merasa langsung kesan buruk darinya, namun beratus juta insan terutama mereka yang tinggal dipedalaman atau petani-petani miskin yang nasi-periuk seharian mereka berkaitan dengan cuaca, mengalami kesukaran hari demi hari dalam kehidupan mereka.

Ini seterusnya membawa kepada penghijrahan besar-besaran kekawasan-kawasan yang diduga dapat membantu kelangsungan hidup mereka seperti penghijrahan besar-besaran kekawasan urban atau bandar-bandar mahupun penghijrahan dari benua yang teruk dilanda musibah alam seperti dari benua Afrika kebenua Eropa. Insan tidak kira berapa angkanya, memiliki semangat untuk hidup, lantaran itu, apa pun terjadi, ianya akan tetap berusaha untuk hidup dan ini adalah fitrah insan. Mengalah akan keadaan hidup yang dilalui, mungkin hanya milik sebahagian kecil sahaja dari populasi penduduk dunia, namun selebih dari jumlah itu, insan akan sentiasa mencuba meredah apa sahaja rintangan dalam hidupnya untuk terus hidup. Hanya pertanyaan, apakah seterusnya aktiviti-aktiviti kehidupan yang dilalui walau apa sahaja bentuknya, membawa insan kearah kejayaan didunia dan akhirat?


Bersambung...

Monday, November 07, 2011

Populasi dunia - 2


 
Setiap insan kini adalah satu dari 7 billion penduduk dunia. 7 billion iaitu 7,000,000,000 bermakna 7 ribu juta, suatu angka buat kiraan populasi penduduk dunia yang tidak pernah wujud sebelumnya. 7 billion juga bermakna angka yang hidup ketika ini, manakala angka ini akan bertambah setiap saat kerana angka bilangan mereka yang mati saban detik adalah kurang daripada angka bilangan kelahiran bayi yang baru.


Dianggarkan setiap hari, 35,000 kelahiran baru dan 15,000 kematian diseluruh dunia dengan putaran jumlah setahun bayi-bayi yang dilahirkan adalah seramai 110,000,000, manakala kematian pula buat putaran jumlah setahun adalah dianggarkan lebih kurang seramai 50,000,000 orang.Dari itu, pada tahun 2050, dianggarkan angka populasi penduduk dunia akan meningkat pada 10 billion.

7 billion insan ini, kalau dikatakan semua insan dikumpulkan disuatu lapangan dengan keadaan bahu-bahu masing-masing menyentuh bahu yang lain (dalam keadaan yang rapat dalam setiap sudut antara satu sama lain) ianya wajar sahaja meliputi keseluruhan tanah Malaysia, Thailand, Kemboja, Filipina, Singapore dan Brunei. Ini kerana, untuk mengumpul keseluruhan 7 billion insan dalam keadaan rapat, memerlukan kawasan lebih kurang 1,300,000 km/persegi.

Dan kalau dikatakan, semua penduduk dunia ini samada dari yang bayi sehingga yang tertua, datang keMekah, dan berdiri menunaikan solat dalam keadaan saf-saf bahu menyentuh antara satu sama lain dan setiap saf memiliki ruang jarak untuk sujud antara satu sama lain, maka ia akan meliputi keseluruhan Tanah Arab.

7 billion, disebalik realiti angka tersebut, bermakna 7 billion jiwa dengan kehidupan masing-masing. Jika didalam suatu stadium, 10,000 insan kelihatan ramai, manakala jumlah lebih 3 juta insan diArafah untuk menunaikan fardu Haji atau Ijtimak Tongi untuk program ceramah dan keluar dijalan Allah yang jumlahnya setiap tahun juga lebih dari 3 juta insan sudah kelihatan begitu ramai, mahupun jelas kesesakan dikota-kota besar yang tinggi jumlah populasinya seperti bandar Calcuta atau Mexico City, inikan pula untuk angka 7 billion jiwa-jiwa insan bila dihimpunkan semuanya.

Sedang, dipadang Mahsyar, bukan sahaja 7 billion atau 10 billion angka yang dikumpulkan tetapi keseluruhan jiwa yang pernah hidup sesejak awalnya sehinggalah hari kiamat yang angkanya tentulah mencapai ratusan billion mahupun lebih dari itu, berkumpul disuatu lapangan untuk menanti pengadilan. Jadi, bagimanakah rupanya nanti lapangan padang Masyhar tersebut dan bagaimanakah sesak serta deritanya untuk dihadapi, yang masa menanti disitu juga akan mengambil ribuan tahun kiraan waktu didunia ini?

Angka-angka untuk populasi insan dari dahulu sehingga kini, hanya berupa angka-angka yang kian meningkat, sedang jiwa yang diangkakan didalamnya, sebenarnya sentiasa berganti-ganti setiap saat, dengan adanya jiwa yang menemui kematian dan ada jiwa baru yang dilahirkan. Dimana dalam setiap angka, adanya pertukaran jiwa-jiwa insan didalamnya sebagaimana tukaran siang dan malam buat tarikh-tarikh setiap hari, yang masing-masing hadir untuk merasa kematian tanpa dapat kembali hidup didunia ini tidak kira siapa dirinya kerana tiada satu jiwa pun yang akan tinggal selama-lamanya didalam dunia yang fana ini.

Nama-nama buat jiwa-jiwa insan 7 billion ini pula hanyalah berputar pada nama-nama yang aktual dizaman serta keadaan buat pengenalan atas siapa seseorang tersebut sesejak lahirnya dan lazim terjadinya nama-nama yang sama dimiliki oleh individual yang berbeza, namun begitu, setiap dari jiwa yang hadir, sesejak mula kewujudan insan sehinggalah keakhir kewujudannya, memiliki ID atau pengenalan yang berbeza antara satu sama lain seperti contoh cap jarinya. Yang mana, tiada insan didunia ini yang memiliki cap jari yang sama, biarpun mencecah angka billion dari billion jumlahnya.


Bersambung...

Sunday, November 06, 2011

Populasi dunia - 1


 
  • telah mencapai 7 billion pada 31.Okt.2011
  • dianggarkan angka meningkat ke8 billion pada tahun 2025
  • meningkat 2 kali ganda sepanjang 40 tahun, iaitu dari tahun 1959 (3 billion) kepada 6 billion pada tahun 1999
  • meningkatan populasi penduduk dunia adalah bermula dari zaman industrial revolusi iaitu pada abad ke-19, angka populasi penduduk dunia hanya lebih kurang 1 billion, namun sejak itu angkanya meningkat 2 billion pada tahun 1930, 3 billion pada tahun 1930, 4 billion selepas 15 tahun kemudian pada tahun 1974, 5 billion pada tahun 1987 dan seterusnya kepada angka 7 billion pada tahun 2011. Dalam abad ke20 sahaja, angka populasi penduduk dunia dari jumlah 1.65 billion kepada 6 billion.

Dipetik dari utusan online:  Tujuh bilion manusia jadi bongkah piramid makanan

Bilangan manusia didunia sudah mencapai tujuh bilion. Bagi sebahagian orang, perkara ini tidak menjadi sebarang makna. Mereka terus hidup seperti biasa, makan dan membiak. Bagi mereka yang merenung jauh sedikit, ada juga terfikir apa akan berlaku bila bilangan penduduk terus bertambah dan bertambah. Akan berlakulah lambakan manusia.

Untuk mereka yang mempunyai aliran berfikiran tertentu, pertambahan bilangan manusia tidak mendatangkan sebarang kerisauan. Ini kerana tidakkah semua manusia diperuntukkan rezeki masing-masing? Sudah tentu bumi ini mempunyai sumber yang mencukupi untuk semua orang.

Tetapi bagi mereka yang berkecenderungan kepada hal-hal alam sekitar, pandangan tentu berbeza. Apa yang mereka lihat ialah bumi ini tidak mampu untuk menampung manusia yang begitu banyak. Untuk itu mereka mesti merancang sesuatu supaya sumber bumi ini cukup untuk semua orang.

Kebimbangan terhadap bilangan manusia yang semakin besar bukan sesuatu yang baru. Perkiraannya adalah mudah kerana apabila banyak manusia, sudah tentu sumber untuk mereka gunakan juga bertambah. Sedangkan sumber bumi ini terhad. Maka mereka yang berfikiran jauh merenung ke angkasa. Apa yang dibayangkan ialah perlunya sebahagian manusia berhijrah ke bumi lain. Maknanya manusia perlu dua bumi untuk menampung bilangannya yang bertambah berkali-kali ganda di samping langkah-langkah lain seperti mengehadkan kelahiran.

Tetapi ada golongan lain pula berpendapat, bilangan manusia akan terkawal dengan semula jadinya. Bencana alam dan peperangan akhirnya akan mengehadkan bilangan manusia. Jadi, usahlah bimbang kerana alam akan memastikan bahawa bilangan manusia tidak akan berterus-terusan bertambah.

Tetapi sepanjang sejarah manusia, peperanganlah yang mengakibatkan bilangan manusia terkawal. Bermula dari kampung ke kampung hinggalah ke peringkat empayar. Kematian daripada peperangan menjadikan bilangan manusia terhad. Peperangan Dunia Kedua ditamatkan dengan ledakan bom atom dengan mengorbankan banyak manusia. Maka selepas pepeperangan itu, bilangan manusia tentunya menurun dan terkawal. Tetapi apabila aman, bilangan manusia terus meningkat. Hinggakan sumber bagi negara-negara tertentu tidak mencukupi.

China memaksa rakyatnya cuma mempunyai seorang anak kerana jika tidak, akan berlaku kekurangan makanan dan kebuluran. Sungguhpun begitu, China tetap menjadi negara yang memiliki bilangan penduduk paling ramai. Kini ia merupakan negara paling penentu masa depan dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah kuasa terbesar tetapi China yang menjadi tonggak kepada kelangsungan hidup negara itu.

Bukan saja kepada Amerika, tetapi terhadap dunia. Antara sebab utamanya ialah China memiliki penduduk yang ramai. Oleh kerana penduduk yang ramai itulah, dunia berebut-rebut hendak berdagang dengannya. Apa yang dilihat oleh negara lain terhadap China adalah dua perkara, pertama ia mempunyai pekerja yang boleh diupah murah. Kedua, ia memiliki pasaran besar.

Begitulah, bilangan manusia itu dimanfaatkan sebagai modal insan dan pasaran. Amerika dan negara-negara Barat lain melihat China sebagai sumber modal insan yang boleh menjadi sumber bagi mengeluarkan barang-barang murah dan kemudian dijual kepada pasaran di seluruh dunia, sebahagian besarnya di China sendiri.
Sementara itu keuntungan dinikmati oleh minoriti orang kaya dunia. Untuk memudahkan perkiraan, satu peratus orang kaya dunia menikmati hidup dengan wang yang tidak ada hadnya atas keringat 99 peratus manusia yang lain dunia dalam pelbagai peringkat tahap pengeluaran.

Maka tujuh bilion manusia yang ada dilihat oleh sebahagian kecil golongan amat kaya sebagai sumber modal insan mereka untuk mengeluarkan barang-barang yang akan dijual kepada sebahagian besar manusia lain pula, dan dalam proses itu menambah kekayaan mereka. Maka kanibalisme atau orang makan orang dalam erti kata memakan daging manusia sudah tidak ada di dunia hari ini. Tetapi orang makan orang dalam bentuk lain pula yang timbul. Ada sebahagiannya menjadikan orang lain sebagai hamba kepada kesenangan golongannya.

Secara umumnya di dunia sudah tidak ada lagi sistem perhambaan. Tetapi bahawa sebahagian besar manusia di dunia digunakan oleh sebahagian kecil manusia terus berlaku. Ia seolah-olah berbentuk piramid. Lapisan masyarakat bertimpa-timpa hingga ke puncaknya, dengan golongan kecil mengeksploit pihak yang di bawah, dan seterusnya hingga ke dasarnya.

Lihatlah di Amerika dan Eropah yang memiliki golongan elit amat kaya harta. Hinggakan harta mereka itu tidak akan habis walaupun beberapa generasi berlalu. Dengan kekayaan itu mereka boleh menentukan kuasa politik kerana sumber kempen mereka adalah besar. 

Dalam sistem pilihan raya dua parti yang secara semula jadi muncul melalui pilihan raya dalam demokrasi berparlimen, mana-mana parti politik perlu dana besar untuk beroperasi apatah lagi bagi menjalankan kempennya. Maka dalam hal ini, Parti Republikan Amerika umpamanya adalah jelas menolak sebarang campur tangan kerajaan terhadap sektor swasta. Bagi mereka kerajaan yang baik tidak campur tangan dalam perniagaan. Pasaran mesti dibenarkan bebas.

Tentulah cara fikir sebegini mendapat sokongan daripada golongan yang menguasai syarikat-syarikat besar Amerika. Mereka mahu kerajaan kurangkan cukai terhadap mereka. Maka kekayaan mereka bertambah meningkat sementara para pekerja bertambah susah. Apabila syarikat mereka gagal, mereka tetap diberi imbuhan besar sedangkan para pekerja terpaksa menerima pengangguran.

Buat masa ini Barat dilanda krisis kewangan yang kritikal. Pengangguran meningkat di Amerika dan Eropah Barat. Tetapi kekayaan golongan amat kaya bukan saja tidak terjejas tetapi bertambah pula. Tonggak kekuatan Barat ini terletak pada kemampuan China mengeluarkan barangan yang dihasilkan oleh buruh-buruh murah.

Kesanggupan sebahagian penduduk China menjadi pekerja berpendapatan rendah adalah kerana bilangan mereka amat ramai. Sememangnya kehidupan mereka lebih baik daripada kebuluran. Tetapi hidup mereka adalah kais pagi makan pagi. Mereka tidak dapat menikmati apa yang orang amat kaya hidup.

Sebahagian besar penduduk bumi akan menjadi hamba moden kepada segolongan kecil di muka bumi ini.
Maka kita semua adalah bongkah dalam piramid makanan. Kita tidak boleh lari daripada keadaan ini.



Friday, October 28, 2011

Hidup-mati diktaktor





Hidup penuh kemewahan,
mati pula diinjak kehinaan,
disambut mungkar membakar,
dan bangkit dibakuli persoalan.

Hidup bermegah atas kebesaran,
semadi harta-akuan dinegara jauh,
nanti juga, kempunan untuk dimiliki,
sedang bukan kerabatnya dianiaya,
dijati rakyatnya panggilan pengemis,
dibumi sendiri yang kaya hasilan.

Hidup tersohor disana-sini,
kelohoran peribadi dibawah kuku-besi,
dengan teks, ditulis simahir kelentong,
bak rak bunyinya tapi buahnya kosong.

Hidup seakan gergasi kebal,
hatta lalat tak berani menyengap,
bermusik hidup, menari-nari tuak,
dijalanan merintih, sifakir marhain.

Hidup-hidup, terdengar jeritan,
kala hayatnya dizenith kekuasaan,
mati-mati, pula laungan kemudian,
sebelum mencium debu kejatuhan.

Hidup diktaktor, bertakta dimata, dikeji dihati.




Wednesday, August 31, 2011

Dikir Raya



- SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR SERTA BATIN -

Sunday, August 14, 2011

Imam Al-Ghazali rah.



Abu Hamid Muhammad al-Tusi famous in the world of learning as al-Ghazzali. The Imam major Shafi‘i jerist, heresiographer and debater, expert in the principles of doctrine and those of jurisprudence.

He was born in 450 AH (1058 A.D). in Tus (modern Mash'had in NE Persia). He attended the village madressa and as a young man went to the Nizamia Madressa, which was a very famous educational institution in Nishapur. He was a clever and keen student who took interest in all subjects.

His cleverness as a student was commented upon in court circles in Persia and the Grand Vizier took special interest in his progress and encouraged him to devote himself to the pursuit of knowledge.
Al-Ghazzali justified the confidence shown in him by his patron and graduated from the Nizamia Madressa at Nishapur, with distinction.

Later he was appointed as a Professor  at the Nizamia a famous University  in Baghdad, where he proved very successful in imparting knowledge to the scholars under his care. This valuable gift of sustaining interest of his pupils and passing on his knowledge to them made him so famous that students from all parts of the country flocked to study under him.

Among his teachers in law, debate, and principles are Ahmad ibn Muhammad al-Râdhakâni in Tus, Abu Nasr al-Isma‘ili in Jurjan, and Imam al-Haramayn Abu al-Ma‘ali al-Juwayni in Naysabur, from where he departed to Baghdad after the latter’s death. Ibn ‘Asakir also mentions that during the last days of his life al-Ghazzali addressed himself wholeheartedly to the study of the traditions and studied Sahih   al-Bukhari and Sahih Al- Muslim.

Al-Ghazzali came to Baghdad in 484 and began a prestigious career of teaching, giving fatwa, and authoring books in nearly all the Islamic sciences of his day. His skill in refuting opponents was unparalleled except by his superlative godwariness, which led him to abandon his teaching position at the Nizamiyya school four years later, deputizing his brother Ahmad, famous for his preaching, to replace him. Upon completion of pilgrimage to Makkah  al-Ghazzali headed for Damascus, then al-Qudus, then Damascus again where he remained for several years, taking up the ascetic life with the words: "We sought after knowledge for other than Allah’s sake, but He refused that it be for anything other than Him.

In his autobiography, al-Munqidh min al-dalal (The Deliverer from Error), written late in his life. It was his habit from an early age, he says, to search for the true reality of things. In the process he came to doubt the senses and even reason itself as the means to ‘certain knowledge’, and fell into a deep scepticism. However, he was eventually delivered from this with the aid of the divine light, and thus recovered his trust in reason. Using reason, he then set out to examine the teachings of ‘the seekers after truth’: the theologians, philosophers, Batinites   and concluded 'There remained, then, only what was attainable, not by hearing and studying, but by fruitional experience and actually engaging in the way'  As a result of these studies, he came to the realisation that there was no way to certain knowledge except through Mysticism. In order to reach this ultimate truth of the Sufis, however, it is first necessary to renounce the world and to devote oneself to mystical practice. Al-Ghazali came to this realization through an agonising process.

It was in Damascus, Syria, that al-Ghazzali began writing books on religious philosophy which later made him famous throughout the world. He was a prolific writer and he wrote nearly  400  books on a variety of subjects which covered several volumes.
some of his works include:
  • Four works in Shafi‘i fiqh: the large al-Basit, the medium, seven-volume al-Wasit, and the two-volume al-Wajiz, condensed in al-Khulasa. Al-Wasit received many commentaries and abridgments, among them al-Nawawi’s Rawda al-Talibin.
  • Four books on usûl al-fiqh: al-Mankhul, written in the lifetime of his teacher, Imam al-Haramayn; Shifa’ al-Ghalil fi Masa’il [or Masalik] al-Ta ‘lil; al-Maknûn; and al-Mustasfa. "Imam al-Ghazali’s Encyclopedia of Shari‘a Source Methodology, his fourth book on the subject, and his last word, was al-Mustasfa, which has been printed several times in Egypt and elsewhere. Indeed, this is the work he wrote after coming out of his period of meditation and seclusion."
  • Ihya’ ‘Ulum al-Din, among his last works.
  • al-Imla’ ‘ala Mushkil al-Ihya’, in which he replied to some of the insinuations made against the Ihya’ in his lifetime. This book is also called al-Ajwiba al-Muskita ‘an al-As’ila al-Mubhita.
  • Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, now lost.
  • Jawahir al-Qur’an.
  • al-Arba‘un fi al-Tawhid, originally part of Jawahir al-Qur’an.
  • al-Asma’ al-Husna.
  • al-Ma’akhidh, on the divergences of jurisprudents.
  • Tahsin al-Ma’akhidh, a commentary on al-Ma’akhidh.
  • Kimya’ al-Sa‘ada, The Alchemy of Happiness, originally written in Persian.
  • al-Lubab al-Muntakhal, on disputation.
  • al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, i
He came out of seclusion in 499 and travelled to Cairo, Iskandariyya and other places, finally returning to Baghdad where he taught his magnum opus Ihya’ ‘Ulum al-Din until his death in nearby Tus, occupying the remainder of his time with devotions, Qur’an recitations, prayer and fasting, and the company of Sufis.
Al-Ghazali died at Tabran in Jamadi al Ukhra 505 AH at the age of 55 years. Ibn al-Jawzee narrated in al-Thabat ‘Inda al-Mamat ("Firmness at the Time of Death") from al-Ghazzali’s brother Ahmad: "On Monday [14 Jumada al-Akhira] at the time of the dawn prayer my brother Abu Hamid made his ablution, prayed, then said: ‘Bring me my shroud.’ He took it, kissed it and put it on his eyes, saying: ‘We hear and obey in readiness to enter the King’s presence.’ Then he stretched his legs, facing the Qibla, and died before sunrise – may Allah sanctify his soul!"

Imam al-Ghazzali was  fondly referred to as the "Hujjat-ul-lslam", Proof of Islam, He is honoured as a scholar and a saint by learned men all over the world.

Al-Ghazzalli taught his followers to love and serve Allah, trust in Him and to do good. He enjoined them to realise that man can do nothing without the help of Allah ; but that should not be made an excuse to be lazy and indolent. Man possesses the freedom of choice as far as good and evil actions are concerned, but this freedom does not extend beyond certain limitations.

Imam al-Ghazzali's life was spent in self-sacrificing service of God and his fellowmen. He left behind him a fine example for all men to follow.





Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga