
Konsep kendiri (Self concept) adalah suatu penilaian atau suatu tanggapan seseorang terhadap dirinya sendiri samaada dilantasan kebaikan, keburukan, positif atau negatif. Suatu konsep yang meliputi persepsi tentang dirinya, kebolehannya, kemampuaannya serta penampilannya dalam mana suatu proses yang menentukan seterusnya tingkah-laku, pemikiran, gaya hidup mahupun kepada jati-diri yang dimiliki.
Konsep kendiri ini adalah suatu konsep yang bergantung dari sudut mana yang diambil untuk menilai sesuatu tersebut, tentang apakah yang dianggap sesuatu itu kebaikan atau keburukan dan asas yang diambil untuknya menetapkan sesuatu keputusan tentang apakah sesuatu tersebut samaada asas dari dirinya iaitu dari pegangan hidup, pengalamannya, pengetahuan, imaginasi diri dan seterusnya atau dari penilaian pihak lain seperti masyarakat sekitarnya, teman-temannya, alam pendidikannya, pengaruh media-media, sesuatu ideologi dan seterusnya.
Sesuatu penilaian atau tanggapan pada konsep kendiri itu mungkin pada dirinya adalah sesuatu kebaikan tetapi pada penilaian pihak lain, ia adalah suatu keburukan atau sebaliknya. Mungkin juga dalam masyarakat ditempat dimana tinggalnya, bercanggah-canggah penilaian terhadap sesuatu tersebut, namun begitu dalam apa-apa keadaan, tetap adanya rumusan pada setiap individu apa itu konsep kendirinya samada kesan dari tanggapan pihak majoriti atau pihak minoriti serta juga mungkin bentuk rumusannya adalah luar dari persepsi masyarakat sekitarnya.
Apa yang dimengertikan melalui tanggapan masyarakat sekelilingnya yang menganggap sesuatu itu kebaikan mungkin hakikatnya adalah suatu keburukan seperti contohnya disuatu masyarakat yang tanggapan umumnya yang menilai seseorang yang begitu bergaya, berpakaian berjenama mahal, berkenderaan mewah itu membawa tanda seorang yang berjaya atau penuh kebaikan sedangkan hakikatnya ramai yang penilaian konsep kendirinya sebegitu, terperangkap dengan hutang yang menimbun serta hidup dalam hipokrasi dibawah falsafah biar papa asal bergaya.
Atau dalam sesuatu masyarakat yang menganggap sesuatu itu keburukan sedangkan hakikatnya adalah kebaikan contohnya suatu masyarakat yang menganggap seorang gadis yang menutupi auratnya, bertudung labuh mahupun berniqap adalah kolot atau ketinggalan zaman sedangkan pada gadis yang konsep kendirinya menutup aurat itu adalah suatu kebaikan dalam mana sigadis tersebut terselamat dari gejala fitnah seperti mengoda setiap lelaki untuk melihat tubuh badan dirinya mahupun terselamat dari kehidupan bebas lepas yang membuat ramai gadis lain yang tidak menutup auratnya menderita dipermainkan oleh pihak-pihak lelaki jahat.
....bersambung....